بسم الله الرحمن الريم
Tidaklah
digerakkan jemari ini melainkan dengan mengharap kedekatan itu semakin jelas
bagiku.
“Jika engkau masuk
kepadaku, maka masuklah kamu sementara kamu telah melepaskan ilmu-ilmumu, amalmu,
mulutmu, nasabmu dan pangkatmu, serta melupakan harta dan keluargamu.
Berdirilah di hadapanku dengan hati yang kosong selain daripada al-Haq,
sehingga Dia akan memberi pakaian dengan hampir kepadaNya, anugerah dan
nikmatNya.”
- Syeikh Abd. Qadir AlJailani.
Memperbaiki
diri.
Barangsiapa yang ingin memperbaiki
dirinya, maka hendaklah dia berlatih untuk memerangi nafsunya, sehingga dirinya
bebas daripada cengkaman kejahatan dan pengaruh nafsu.
Kebaikan dalam
kebaikan.
Apabila kamu mampu menundukkan
nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik, yakni kebaikan yang berada
di dalam kebaikan. Sehingga jadilah ia menurut semua ketaatan dan meninggalkan
semua kejahatan dan kederhakaan.
Sabar.
Allah memberi pertolongan kepada
orang yang sabar bersamaNya di dunia tanpa batas, sementara di akhirat pula ia
akan dianugerahkan dengan kenikmatan tanpa batasan.
إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب
Sesungguhnya hanya orang-orang yang
bersabarlah yang diganjarkan dengan pahala mereka tanpa batasan.
Pasti.
Tiadalah samar bagi Allah, segala
sesuatu yang ditanggung oleh orang-orang yang menanggung keranaNya. Bersabarlah
seketika bersamaNya, sementara kamu telah melihat kelembutanNya dan Dia telah
memberikan kenikmatanNya bertahun-tahun.
Keberanian
adalah sabar untuk seketika.
Dengan pertolongan dan harapan,
bersabarlah bersamaNya. Ingatlah kepadaNya. Janganlah kamu sedar setelah
kematian.
Perbaikilah hati kamu, kerana
apabila hati itu sudah baik, maka akan baiklah seluruh keadaanmu. Memperbaiki
hati itu hanya dapat dilakukan dengan takwa, tawakkal kepadaNya, mengesakanNya
dan berlaku ikhlas dalam setiap amalan.
Tanpa
ia…
Tanpa sikap-sikap yang disebutkan
ini, maka hati akan rosak. Hati adalah ;
bagaikan
burung di dalam sangkar,
bagaikan
berlian di dalam ikatannya,
bagaikan
harta yang tersimpan sempurna di dalam almari.
Adapun yang diperhitungkan di sini
adalah burungnya, bukan sangkarnya. Berliannya, bukan pengikatnya. Hartanya
bukan almari. Bayangkanlah seekor burung tanpa sangkar, sebentuk berlian tanpa
ikatan atau setompok harta tanpa tempat menyimpannya.
"Wahai
pemuda! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu, sebelum kamu menasihati orang
lain. Adalah penting sekali bagimu mengekang atau melawan kehendak nafsumu dan
janganlah engkau berlebih-lebihan menasihati orang lain, sedangkan dalam dirimu
sendiri masih berada dalam sesuatu yang perlu engkau perbaiki."
~~(Fath alRabbani – Rahsia-rahsia
Agung Berjumpa Allah, Lautan Hikmah Kekasih Allah - Syeikh Abdul Qadir
AlJailani alQuraisyiy).
يا بحر فضل وتاج عدل # جد
لي بوصل قبل المنية
Wahai
lautan kemuliaan, mahkota keadilan
# berikan aku jalan hubungan
sebelum menemui kematian.
*kenalkan
daku padaMU*
filbeit. 181112. 0526pm.
10 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Tundukkanlah hawa nafsu dengan kesopanan nescaya kamu beroleh keikhlasan ketika solat.
terengat kate kate seorang ustaz. nafsu akan dikalahkan dengan iman dan taqwa :)
Bismillahirrahmanirrahim
1)macam ku kenal buku ini ^_~.
2) gmbr baru ter...
3) hmmm mperbaiki diri... berusaha utk sentiasa mrasakan diri sbnr2 hmba.
Kepasrahan hanya bisa diperoleh jika KEYAKINAN kita kepada ALLAH SWT jauh melebihi PERMASALAHAN yang kita hadapi. Maka ketika kita berdzikir Allahu Akhbar…Allahu Akhbar…..Allahu Akhbar, kita benar-benar mengecilkan diri dan permasalahan yang kita hadapi dan sebaliknya Allah SWT di “BESAR” kan. Dengan demikian kita mendidik “IMAN” kita untuk selalu meyakini bahwa “TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT”.
Jika tingkat keimanan kita sudah sampai pada tahap seperti itu, apapun yang kita hadapi, ringan maupun berat, mudah maupun susah, kita tidak lagi pernah gentar, karena kita sudah mampu berserah atau pasrah kepada NYA.Dengan kepasrahan inilah, maka kita akan selalu ikhlas dalam menjalani ibadah apapun, karena kita tahu apa yang kita lakukan, apa yang kita amalkan semua dari ALLAH SWT, manusia hanya sebagai perantaranya, semua milik ALAH SWT dan dikembalikan untuk kemulian NYA semata..............
Ya ALLAH Ya Rabbi, kepada MU lah hamba berserah, tiada kekuatan apapun selain hanya ENGKAU..........
------> جد لي بوصل قبل المنية
Wahai lautan kemuliaan, mahkota keadilan # berikan aku jalan hubungan sebelum menemui kematian. :( amin ya ALLAH.
jzkk ya ukht
~abd Razak
وعليكم السلام ورحمة الله
mudah-mudahan Allah beri kekuatan buat kita semua.
terima kasih,jazakallah khaer.
~cik atin
moga Allah ilhami kekuatan dan kesabaran..bersamaNya..
jzkk sahabat!
~anis
1)macam je? incik تيسكو mari la ni..hehe
..bahagia Allah temukan dgnnya..bahagia bila baru beberapa 'majlis' dlm buku ni dilewati, Allah terus 'nilai'^_^
2)erm,tu gambar 30 tahun yg lalu..
3)T_T proses setiap saat,setiap hela nafas..
jzkk ukht..
perkongsian k.anis sangat2 bermakna..
"ku mahu meninggalkan sekutu dengan sgala sebab, kerana ku mahu kebersamaanku ada dengan yang Maha Penyebab".
*Ya ALLAH Ya Rabbi, kepada MU lah hamba berserah, tiada kekuatan apapun selain hanya ENGKAU..........
jzkk k.anis!
insan...
tidak akan melakukan maksiat bila diri mengingati allah..
insan..
sedetik terleka dan terlepas dari zikir , nafsu akan mengawal diri bukan diri mengawal nafsu
hakikatnye..diri tidak selalu lazim tenggelam dalam zikir
syaheedah: jazakillah
SyaheedaH:
Alhamdulillah, memikat hati dgn nukilan pena yang cantik dan mendalam...
Perubahan pada blog..mmm..menarik
satu penghijrahan..hehehe ^_*
pe pun, alhamdulillah...kemelut dalam hati in shaa Allah akn berakhir setelah bace n3 eyda ni...
in shaa Allah, Allah akn permudahkan sgale buat ila dn kite seme2..
*n3 eyda ni mcm thu2 je ila sdg berperang dgn masalah,hihi
thanks dear ^_^
~iffah nasuha
insan..
tidak akan pernah ada kekuatan melainkan dariNya semata.
*bukan sedikit lekaku dr ingtan pdNya
*ada sesuatu yg terdetik di hati sebelum bertemu enti tmpoh hari..
jzkk,sahabat..
~angah
Alhamdulillah..
cuba mengetengahkan karya waliyullah,mga ada keberkatan.
bait2 yg tertulis dipilih,berdasarkn ilham, cebisan dari nukilan sebenar yg sgt panjang.
tak perasan ada tanda2 hijrah di sini,khaer harapnya^__^
*ida mcm tahu,tp Allah mmg sah2 tahu & mengerti(^_^)
..tidak samar bg Allah apa yg berlaku pdmu sahabat.
thanks my dear!
Post a Comment