Thursday, November 1, 2012

manifestasi rindu


بسم الله الرحمن الرحيم.

 
 Telah gering sang kekasih, maka daku menziarahinya
daku juga turut gering kerana risaukannya
datangnya sang kekasih menziarahiku
maka daku pun sembuh kerana melihatnya
(Ibn Muflih, alAdab asShar’iyyah).

Allah memberi kita rasa, untuk kita sebarkan kebaikan di sebalik rasa yang kita rasa itu. 

DIA mahu kita memahami rindu itu. Rindu hakiki.

Sedikit pengalaman yang Allah beri, kemudian DIA beri beribu kisah untuk diselesaikan. Ya, itu cabaran. Namun itu juga namanya; peluang. Peluang mendapat tempat di sisi DIA.

Analoginya. Seorang guru masuk ke kelas, memulakan proses p&p. Di akhirnya, guru tersebut akan memberi ujian untuk menilai kefahaman murid-murid.

الذي خلق الموت والحيوة ليبلوكم ايكم احسن عملا

Liyabluwakum itu untuk kita sebagai makhluk ini melihat, dan menilai diri sendiri. Hakikatnya Allah Maha Tahu. Segala takdir itu atas kehendak DIA. 

Sedar ana insan biasa, tidak seperti serikandi yang lain, mungkin begini cara Allah mendidik insan sekerdil ana ini. Bangga. Terharu!. (tidak mengapa kan perasan disayangi Allah?).

Setelah di train dengan pelbagai rasa,(hingga kelihatan seperti sedikit kurang waras^_^), inilah masanya untuk mengasah skill yang Allah ajar!

Peluang.

Praktis – jasad bersama manusia, hati bersama Allah. hmm..

Peluang menjarakkan sedikit komunikasi langsung dengan manusia memberi ruang yang besar untuk berbicara dengan Allah. Mencerna hikmah. Memperhatikan diri, lebih dari memerhatikan orang lain.

Namun, kaedah ini perlu dilakukan dengan hati-hati. Perlukan kreativiti dan inovasi. Mohonlah Allah menjaga hubungan kita denganNya, dan hubungan kita sesama makhluk.

nasihat.

Allah menjadikan malam untuk kita berehat. (Nasihat seorang sahabat baik, dek kerana ana punya habit yang kurang baik dalam hal ini-tidur lambat.T_T. bab ni tak boleh debat dah. mengaku!)

Berehat dalam erti kata sebenar. Rehat bersama Allah.

Harus diingat juga, mukhalatah sesama makhluk juga perlu. Di situ terselit berbagai hikmah dan hakikat. Andai kita mampu menarik hikmah-hikmah yang ada ke dalam hati, kemudian disebarkan pula, Allahuakbar, sangat besar nilainya.لا حول ولا قوة إلا بالله

Pengalaman hati.

Pengalaman baru Allah pinjamkan. Benar-benar mengajar ana untuk menghadam setiap yang berlaku dengan sangat berhati-hati. Tidaklah terlalu banyak yang berbeza dengan kehidupan ana sebelum ini, namun yang paling ketara, hikmah. Apa yang berlaku menuntut ana untuk menghitung diri secermat yang mungkin. Ada kalanya ada juga yang tercicir.T_T. Sangat banyak membentuk jiwa dan hati.

Membentuk hati bagaimana untuk melihat setiap kejadian yang Allah takdirkan. Allah..insan ini masih merangkak untuk belajar, berfikir, mengambil dan cuba menyebar manfaat semampunya.

Berkongsi.

Antara yang Allah ajar. Kongsi. Namun bukan semua perkara kita boleh kongsi ya. Berkongsilah, dengan niat mahu melihat orang lain turut sama mengambil ibrah. Tidak mengulangi andai perkara itu satu kesilapan, buat yang lebih baik andai ia perkara benar.

Belajar.

Belajarlah sebelum kita benar-benar perlu belajar tentang sesuatu perkara.

Maksudnya. Belajar walaupun kita merasakan belum tiba masanya untuk kita belajar. Ana tak nafi, dalam islam keutamaan adalah kita belajar apa yang menjadi keperluan untuk kita belajar. Contohnya kita merupakan seorang anak kepada ibu bapa kita. Maka menjadi fardhu ain untuk kita belajar menjadi seorang anak yang baik. Tidak wajib pada waktu tersebut untuk kita belajar menjadi seorang nelayan yang baik. – ini contoh O_O.

Ilmu Allah itu terlalu luas. Memang tak mampu untuk kita belajar semua perkara. Pada ana, cukuplah kita belajar dan ambil tahu sedikit sebanyak mengenai perkara yang ‘belum sampai masanya’ itu.

Tolonglah..ya..

Silalah ambil ibrah dari hal ini,ya. Kerana ana telah merasai betapa kelam kabutnya bila terpaksa berada dalam suatu keadaan, tapi kita tidak punya ilmu tentang keadaan itu. Lebih parah lagi, ana sendiri yang menolak untuk belajar tentang itu, kerana merasakan ‘belum sampai masanya lagi’. Sungguh tragis! T_T. (soal ini, baru sahaja disyarah bersama roommate^_^)

Sebagai contoh. Ingat ya, contoh sahaja.

Alkisah, tahun lepas, seorang hamba Allah ni ‘terbeli’ sebuah buku, berkaitan peringatan buat wanita. Tertarik dengan tajuk, dek kerana tidak banyak masa untuk menilik buku tersebut, terus dibeli. Balik rumah, antara 3 buah buku yang dia beli, buku tersebut yang jadi pilihan pertama untuk dibaca. Buka halaman kandungan, tersentap! Laa, buku untuk wanita yang bergelar isteri rupanya. Belek sekejap, tutup, dan buka buku lain; aqidatun najin. Perasaan stabil, tiada tanda-tanda untuk rasa bersalah. Memang itulah reaksi spontan yang dilakukan. (aksi ini kurang sesuai untuk ditiru).

Bukanlah langsung tidak disentuh buku sebegitu, ilmu penting tu. Namun ia tidak menjadi pilihan utama pada waktu itu. Kerana merasakan ada yang lebih penting untuk dibaca.

Cerita ini dari kisah benar, namun dicoretkan hanya sebagai dalil aqli untuk menguatkan hujah. ^_^

End of story.

Surprise.

Ibrahnya, belajarlah. Walaupun rasa ‘belum sampai masa’.

Sahabat-sahabat, kita manusia. Pengetahuan dan rencana kita sangat terbatas. Siapa tahu, masa yang kita rasa ‘belum sampai’ itu, akhirnya sampai sebelum kita rasa ‘memang dah sampai masa’. Allah nak bagi surprise ^_^.

Begitulah juga kematian - لا يستئخرون ساعة ولا يستقدمون.

Sama ada kita rasa ‘dah sampai masa’ atau ‘belum sampai masa’, ia tetap akan datang hatta tanpa kita merasa apa-apa pun. Yang ini pun surprise, sama ada surprise yang ‘best’ atau sebaliknya, kita punya pilihan sebelum masanya sampai.

Orang paling bijak – sentiasa ingat mati dan bersedia untuknya.

Orang yang bijak – orang yang mengolah seni kematiaannya.

Mohonlah Allah memberi kita rasa ‘kematian itu hampir’ walaupun masanya belum tiba. 

"..كل نفس ذائقة الموت.." 
 
‘zaaiqah’ itu rasa…

~tertipu dalam sedar T_T. (quote : ‘puan’ k.nis)

      *belajar untuk belajar*
*memahami rindu hakiki*

  


Made : 01112012 (just before exam pim3107)(“,)
Posted : 02112012. 0857am. M225.

6 comments:

iffah nasuha said...

assyaheedah : hihiks..i knew it da...

having dat kind of feeling is not a crime, but kte yg kna didik dia..

*nasihat kpd diri*

SyaheeDah said...

~iffah nasuha

opss dear..i think i know what u mean..
hmm,but i think this entry has been misunderstood^_^

yap,madly in love wif Allah..miss HIM madly..of course its not a crime..

so..this entry is not about tuuuttt,hehe...not about that kind of feeling,k..

btw...thanks 4 da advice..insyaAllah very useful,.soon..hehe

ckp omputeh la plak..erm,waiting 4 ur nex entry la dear~_~

mau belajar about 'that feeling' plak..seems like i've found the specialist for this part - the owner of efanasir.blogspot!hik3

iffah nasuha said...

oit cik kak..ape plak..nk bljr about dat feeling..hahahahaha

its sounds funny..

xtaw nk tulis ape lam blog 2..
serabut otak..
xdpt fikir pape
..

hm..wt eva it is..

rasa 2 yg mdekatkan diri pada TUHAN YANG 1..
rasa ingin mdekati dan mengenaliNYA lebih dkat..
rasa ingin mencintai dan dicintai oleh DIA..

xmudah tp nothing is impossible..
dan ..

i'm looking 4 dat way to walk into it..
towards its..
wish me luck..

^___^

Anis said...

opsss! mengapakah ada nama puan kak anis ?_?... adudu....

.mg Allah memberikan kepadaku dan kpdmu kebaikan yang banyak juga perasaan merasai kebaikan yang Allah berikan. :(

SyaheeDah said...

~iffah nasuha

hehe,.tapi patik tak reti, jadi kena belajar la..huu

tulis pe yang Allah izin^__^

"aku tidak tahu..aku tidak mengerti apakah itu..

..tapi aku tetap yakin dengan Tuhanku..DIA Tuhanku..sangkaan baikku tetap utk DIA..keyakinanku tetap pd DIA"

insyaAllah..doakan shbtmu ini jua..

luv u fillah!

SyaheeDah said...

~anis

sebab..ayat itu diciplak dari seorang puan bernama k.anis,hehe

kenapa k.anis tersebut dipanggil puan?? sshhh..rahsia!*_^

amin..amin..amin T_T

ida mahu rasa tu! ida nak kita semua rasa perasaan tu..

Allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers