Wednesday, October 24, 2012

rASa


بسم الله الرحمن الرحيم.

Sedikit rasa kelapangan waktu Allah beri sejak pulang bercuti di rumah. Alhamdulillah. Teringat seorang sahabat pernah sebut,

Tak sabar sangat nak balik. Dah lama tak balik,ida. Kat rumah, rasa tenang sangat-sangat.^__^ 
  
Buat sahabat-sahabat alFaqirah, dah balik rumah kan, jangan stress-stress ya ^__^.
 
Orang baik.

Orang yang baik, Allah akan jadikan orang lain juga rasa ingin berbuat baik pada orang tersebut. Pengalaman sendiri, berhadapan dengan manusia-manusia pilihan Allah ini, alFaqirah rasa tak sanggup nak buat sesuatu yang boleh melukakan hati mereka. Automatically.

Percaya tak? Cubalah jadi orang baik, let us see, apa yang jadi? (“,)

Sakit.

Sedar atau tidak. Saat ini, setiap manusia Allah kurniakan kisah masing-masing yang berbeza-beza. Ada yang sihat, ada yang sedang sakit. Dan, ada juga yang sedang ‘beralih’; dari kehidupan dunia ke alam bertemu Tuhan.

Back to the topic. Berhadapan dengan insan yang diuji kesakitan, benar-benar terasa Allah mahu hambaNya mengenal DIA sebagai penyembuh. Hatta sakit kerana digigit semut sekalipun, penyembuhnya Allah. Sedikit memetik kalam dari Kitab atTibb anNabawi,

Faktor kesembuhan itu bermacam-macam. Jika hati sudah terikat dengan Tuhan dari sekalian makhluk, Pencipta dari segala ubat dan penyakit, Pengatur dan mengurus segala sesuatu sesuai dengan kehendakNya sendiri, pasti ia mempunyai bermacam-macam ubat yang tidak ada pada orang yang jauh dan berpaling dari Allah.

Tidak mungkin dinafikan bahawa ubat paling mujarab itu ada pada orang yang tabiat dan jiwanya kuat, yang selalu merasa senang dan tenteram kerana menjadi dekat dengan Penciptanya, merasa suka dan nikmat berzikir kepada Allah, segenap kekuatan tertuju hanya kepada Allah, selalu memohon pertolongan dan bertawakkal kepada Allah.

Tegur direct.


 Kalam murabbi merangkap ayahanda angkat alFaqirah,

Orang yang sebati dalam jiwanya dengan zikir, anggotanya tidak akan terkesan dengan sebarang ‘sakit’.

Orang yang sebati jiwanya dengan zikrullah, manusia lain tidak akan dapat melihat emosi sebenarnya. Apakah dia sedang gembira, sedih, kecewa, takut, atau sebagainya.

Dan alFaqirah. Dengan emosi-emosi inilah alFaqirah seringkali tewas. T_T

Maka itu namanya hamba. Hina.

Bukan empunya. Tidak memiliki apa-apa bahkan sebenarnya dimiliki Allah.

Berkongsi.

Ada yang bertanya, salahkah untuk berkongsi perasaan apabila ditimpa kesakitan?

Pada pandangan alFaqirah, tidak ada salahnya. Siapa tahu, perkongsian itu memberi ruang untuk orang lain juga mendapat tarbiyah, pengajaran dari Allah. Bahkan, mungkin beban kesakitan atau musibah itu akan terasa lebih ringan, biiznillah.

Keelokan Islam.

Beberapa hari ini teringat pada salah sebuah hadis dalam matan arba’in. Akhirnya alFaqirah buka kitab dan rasanya mahu dikongsi sesuatu dari syarah hadis ini.

عن ابي هريرة رضى الله عنه قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من حسن اسلام المرء تركه ما لا يعنيه.
- حديث حسن. رواه الترمذي وغيره هكذا -

Dari Abi Hurayrah r.a. katanya: telah bersabda Rasulullah SAW:
“ daripada keelokan islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna baginya”.

Saat bagi yang berakal.

Orang yang berakal, selama ia tidak dikalahkan akalnya, mempunyai 4 saat (waktu) :

  •       Untuk bermunajat (sempurna beribadat, zikir) dengan Tuhannya
  •    Untuk menghitung dirinya
  •     Untuk memikirkan perbuatan Allah
  •       Untuk urusan hajat

Means, kesemua saat bagi orang yang berakal, adalah saat yang perlu diisi dengan pekerjaan.

Usaha orang yang berakal.

Maka, janganlah berusaha melainkan untuk 3 perkara :
  • Berbekal untuk akhirat
  • Bekerja untuk kehidupan
  • Berlazat-lazat dengan benda yang tidak haram

Perhatian!

Esok, puasa hari Arafah. ^__^

Beruntung mereka yang diizinkan, mereka yang mamnu', la ba's, Allah sayang semua!

Rasa.

Kenapa tajuknya rasa? Rasionalnya, kita sentiasa merasa, terasa, rasa-rasa, dirasa (??). Tidak kiralah apa sahaja istilah yang ada, kita akan sentiasa mempunyai ‘rasa’. Dan apa yang diizinkan Allah untuk tertulis di sini, bahkan segala yang berlaku dalam hidup kita, hakikatnya memerlukan kita untuk mempunyai ‘rasa’.

Biarkan rasa itu yang membawa kita merasa wujudnya yang memberi rasa itu. (sila ulang pembacaan sekiranya ayat ini agak pelik^_^).

Ibaratnya, makanan. Kalau tak dirasa, sunnatullahnya, mana mungkin kita boleh menikmati makanan tersebut sama ada ia sedap atau sebaliknya.  
  
Jadi, setiap sesuatu, kalau kita tak rasa, maka tiadalah nikmatnya.

Orang yang menjadikan ‘la ilaha illa Allah’ sebagai kalam di bibir semata-mata, sudah tentu berbeda bagi mereka yang menjadikan kalimah itu sebuah rasa yang benar-benar dirasa.

Contoh lain. Cuba fikir, kita sayang seseorang, tapi dalam masa yang sama, kita cakap kita tidak pernah rasa sayang pada dia. Logik tak? (masing-masing jawab sendiri ya).
kalau tak dirasa, boleh ke jadi macam ni?^_^

(cuba bilang, ada berapa perkataan 'rasa' dalam entry kali ini.(~_^)).

* Belajar memaknai saat diajar Allah*


filbeit. 24102012. 1015pm.






4 comments:

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum.

Salam aidiladha.

Selalu rasa yang tidak perlu itu diharap kunjung tiba di hati sedang rasa yang diperlukan hakikatnya memang dan disitu tempatnya.
Mencari.

Orang yang sebati dengan zikrullah juga, tatkala dipandang tak terasa untuk berbicara dunia serta tergambar keelokan islam pada dia.

*panjang entry (tak terkomen).

Moga Allah kasih dirimu.

Anis said...

Assalamualaik...
puan ida... kak nis rasa :(


* Belajar memaknai saat diajar Allah*

SyaheeDah said...

~rumah tua

waalaikumussalam wbt.

mengharap Allah memudahkan kita untuk qana'ah.

T_T

ma sya Allah. benar sahabatku..

entry lebih bermakna dengan perkongsian dari sahabat..

syukran!

moga Allah redha kita semua.

SyaheeDah said...

~anis

waalaikumussalam wbt.

puan k.nis(up sikit 'darjat' huhu)

"..dan masa (kejayaan & kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran)..." (3:140)

antara ayat DIA pujuk ida..

^__^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers