بسم
الله الرحمن الرحيم.
Alhamdulillah. Allah izinkan juga untuk publishkan sesuatu
di sini. Kepala terasa berat, tapi tangan mahu tulis yang 'ringan-ringan'. Kerana
hati sangat berbunga-bunga. (sejak bila hati jadi taman bunga? Errr) ~_~
Salah faham.
Salah faham, tapi tidak punya ruang untuk perbetulkan
kembali keadaan.
Sangat sulit rasanya.
Pernah rasa?
Menjaga hati.
Bukan mudah. Juga bukan susah bila kekuatan untuk menjaga itu
dikurnia Allah.
Hati sendiri, masih boleh dirunding. Hati insan lain?
Allahuakbar.
Hati sendiri sakit, sendirilah yang cari ubat.
Tapi andai hati insan lain sakit disebabkan kita?
Tekanan.
Sehari-hari kita akan berhadapan dengan pelbagai tekanan. Dari
sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya.
Tekanan itu mendidik kita. Tekanan itulah yang akan
menaikkan potensi.
Tekanan itu jugalah yang membuka ruang pahala, atau mungkin
sebaliknya, wal’iyazubillah.
Kerenah.
Berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Mana nak dijaga
hati sahabat, kawan, rakan, keluarga, guru.
Allah. Bukan senang ye.
Belum lagi dikira dengan kerenah diri sendiri.
Akhirnya, tension.
Tapi siapa yang pegang hati-hati manusia yang punya pelbagai
kerenah ini?
Tidak lain dan tidak bukan..
Allah.
Furuq fardiah.
Perbezaan individu. Andai rupa paras pun sudah berbeza, apa
lagi perkara lain yang lebih dominan dalam diri manusia.
Pemikiran, perangai, kesukaan.
Bahkan sesama adik beradik sekalipun, tetap akan berbeza.
Maka, raikan perbezaan itu.
Perbezaan itu suatu perkara untuk difahami, didekati dan dihargai.
Bukan semakin dibeza-beza dan dibesar-besarkan.
Untuk Kita rasa.
Adakala bimbang tindak tanduk kita membuat orang lain
tersinggung.
Allah sedang tarbiyah untuk kita rasa kita ini bukan
siapa-siapa.
Dan Allah itu…….(jawab sendiri ye).
Kehendak.
Kehendak Allah itu sama sekali tidak sama dengan kehendak
kita. Namun bila Allah berkehendak, DIA
boleh jadikan kehendak kita seiring
dengan kehendakNya.
Bila itu yang terjadi, insyaAllah segala yang berlaku akan
dirasa sangat smooth, lancar. Segalanya dirasa baik, kerana apa yang
kita mahu, hakikatnya ia telah menjadi kehendak Allah!.
Walau mungkin jalan yang ditempuh nampak sangat tidak lurus,
tapi hati tetap tenang.
Itulah rasanya. Hanya dia dan Allah yang memahami rasa
tersebut.
Seronok bukan?
Nak peduli tak?
Peduli atau tidak, hakikatnya bergantung pada kita sendiri.
Peduli, dan dalam masa yang sama, serahkan pada Allah.
Bukan kita yang memegang hati manusia. Pintalah Allah
menguruskan segalanya untuk kita.
Formulanya mudah :
Serah urusan pada
Allah, Allah akan uruskan segalanya untuk kita.
Serah urusan pada
manusia, maka hanya manusia yang sama-sama lemah seperti kitalah yang akan
menguruskannya (itupun kalau ada yang sanggup uruskan untuk kita).
"وهديناه النجدين". (90:10)
“dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan
kejahatan)”.
Yang mana menjadi pilihan hati?.
![]() |
cermin tak tipu. cermin-cerminlah diri, tapi jangan 'melampau', lain pula maksudnya nanti. |
Tenang-tenang aje.
Tenangkan jiwa kita. Senangkan hati insan di sekitar kita.
.........كما تدين تدان" ”
(….apa yang kamu
perbuat, demikianlah balasannya).
Maknai hidup ini
dengan kebaikan dan kelembutan.^__^
(dan segala ke__an
yang lain juga).
كل مولود يولد على الفطرة... |
rindu kamu T_T |
*anak-anak yang lain, insyaAllah ciksu upload nanti ok ~_^
fi m225. 11.10.12. 0250am.
9 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Hendaknya kita bersikap rendah hati sebab ia adalah nikmat yang tidak didengki oleh orang lain. Caranya adalah dengan tidak merasa memiliki kelebihan dalam diri kita, tidak menyaksikan kekhususan dalam diri kita serta menuduh diri kita sendiri dalam setiap perkara.
Assalamualaikum...
Kata seorang sahabat, semua perkara berpasangan. Oleh itu, wajarnya hati berpasang dgn ikhlas.
Juga masih berunding dengan hati. Doakan...
Cumilnya bb tu... Pp chubbiee...
Moga Allah kasih dirimu.
~abd razak
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
beruntunglah mereka yang merendahkan hatinya.
semuanya dari Allah, dan akan kembali padaNya pabila tiba waktunya.
jazakallah khaer,syukran utk perkongsiannya.
~rumah tua
waalaikumussalam warahmatullah
betul2..pasangannya ikhlas, kerana itu ia terletak di situ.
insyaAllah sahabatku, moga Allah beri kita semua hidayah & kekuatan.
*tengok mak saudara dia pula kan,hee (sahabat mak saudara dia pun cumil juga,yang duk kat tepi kanan dalam kelas tu^__^)
barakallah fiik
makin byk sy membace makin merendah diri rase nye Allah... syukran awi2...
salam ukhuwah..nice to read ur sweet entry..btw done followed yours,do visit mine k! skasstory.blogspot.com =)
~bulan syurga firdausi
beruntunglah orang yang semakin hari semakin dia mengenali Tuhannya..
syukran atas ziarahnya.
~khairunnisa. 1989
salam ukhwh.
thanks. nice to read yours too^_^
barakallah fiik.
Post a Comment