Wednesday, October 10, 2012

untuk hati..


بسم الله الرحمن الرحيم.

Alhamdulillah. Allah izinkan juga untuk publishkan sesuatu di sini. Kepala terasa berat, tapi tangan mahu tulis yang 'ringan-ringan'. Kerana hati sangat berbunga-bunga. (sejak bila hati jadi taman bunga? Errr)  ~_~

Salah faham.

Salah faham, tapi tidak punya ruang untuk perbetulkan kembali keadaan.

Sangat sulit rasanya.

Pernah rasa?

Menjaga hati.

Bukan mudah. Juga bukan susah bila kekuatan untuk menjaga itu dikurnia Allah.

Hati sendiri, masih boleh dirunding. Hati insan lain? Allahuakbar.

Hati sendiri sakit, sendirilah yang cari ubat.

Tapi andai hati insan lain sakit disebabkan kita?

Tekanan.

Sehari-hari kita akan berhadapan dengan pelbagai tekanan. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya.

Tekanan itu mendidik kita. Tekanan itulah yang akan menaikkan potensi.

Tekanan itu jugalah yang membuka ruang pahala, atau mungkin sebaliknya, wal’iyazubillah.

Kerenah.

Berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Mana nak dijaga hati sahabat, kawan, rakan, keluarga, guru.

Allah. Bukan senang ye.

Belum lagi dikira dengan kerenah diri sendiri.

Akhirnya, tension.

Tapi siapa yang pegang hati-hati manusia yang punya pelbagai kerenah ini?

Tidak lain dan tidak bukan..

Allah.

Furuq fardiah.

Perbezaan individu. Andai rupa paras pun sudah berbeza, apa lagi perkara lain yang lebih dominan dalam diri manusia.

Pemikiran, perangai, kesukaan.

Bahkan sesama adik beradik sekalipun, tetap akan berbeza.  

Maka, raikan perbezaan itu.

Perbezaan itu suatu perkara untuk difahami, didekati dan dihargai.

Bukan semakin dibeza-beza dan dibesar-besarkan.

Untuk Kita rasa.

Adakala bimbang tindak tanduk kita membuat orang lain tersinggung.

Allah sedang tarbiyah untuk kita rasa kita ini bukan siapa-siapa.

Dan Allah itu…….(jawab sendiri ye).

Kehendak.

Kehendak Allah itu sama sekali tidak sama dengan kehendak kita. Namun bila Allah berkehendak, DIA 
boleh jadikan kehendak kita seiring dengan kehendakNya.

Bila itu yang terjadi, insyaAllah segala yang berlaku akan dirasa sangat smooth, lancar. Segalanya dirasa baik, kerana apa yang kita mahu, hakikatnya ia telah menjadi kehendak Allah!.

Walau mungkin jalan yang ditempuh nampak sangat tidak lurus, tapi hati tetap tenang.

Itulah rasanya. Hanya dia dan Allah yang memahami rasa tersebut.

Seronok bukan?

Nak peduli tak?

Peduli atau tidak, hakikatnya bergantung pada kita sendiri.

Peduli, dan dalam masa yang sama, serahkan pada Allah.

Bukan kita yang memegang hati manusia. Pintalah Allah menguruskan segalanya untuk kita.

Formulanya mudah :
Serah urusan pada Allah, Allah akan uruskan segalanya untuk kita.

Serah urusan pada manusia, maka hanya manusia yang sama-sama lemah seperti kitalah yang akan menguruskannya (itupun kalau ada yang sanggup uruskan untuk kita).

"وهديناه النجدين". (90:10)
“dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)”.

Yang mana menjadi pilihan hati?.

cermin tak tipu. cermin-cerminlah diri, tapi jangan 'melampau', lain pula maksudnya nanti.

Tenang-tenang aje.

Tenangkan jiwa kita. Senangkan hati insan di sekitar kita. 

.........كما تدين تدان"
(….apa yang kamu perbuat, demikianlah balasannya).

Maknai hidup ini dengan kebaikan dan kelembutan.^__^
(dan segala ke__an yang lain juga).

كل مولود يولد على الفطرة...

rindu kamu T_T
*anak-anak yang lain, insyaAllah ciksu upload nanti ok ~_^

fi m225. 11.10.12. 0250am.


9 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Hendaknya kita bersikap rendah hati sebab ia adalah nikmat yang tidak didengki oleh orang lain. Caranya adalah dengan tidak merasa memiliki kelebihan dalam diri kita, tidak menyaksikan kekhususan dalam diri kita serta menuduh diri kita sendiri dalam setiap perkara.

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum...

Kata seorang sahabat, semua perkara berpasangan. Oleh itu, wajarnya hati berpasang dgn ikhlas.

Juga masih berunding dengan hati. Doakan...

Cumilnya bb tu... Pp chubbiee...

Moga Allah kasih dirimu.

SyaheeDah said...

~abd razak

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

beruntunglah mereka yang merendahkan hatinya.

semuanya dari Allah, dan akan kembali padaNya pabila tiba waktunya.

jazakallah khaer,syukran utk perkongsiannya.

SyaheeDah said...
This comment has been removed by the author.
SyaheeDah said...

~rumah tua

waalaikumussalam warahmatullah

betul2..pasangannya ikhlas, kerana itu ia terletak di situ.

insyaAllah sahabatku, moga Allah beri kita semua hidayah & kekuatan.

*tengok mak saudara dia pula kan,hee (sahabat mak saudara dia pun cumil juga,yang duk kat tepi kanan dalam kelas tu^__^)

barakallah fiik

Bulan Syurga Firdausi said...

makin byk sy membace makin merendah diri rase nye Allah... syukran awi2...

khairunnisa said...

salam ukhuwah..nice to read ur sweet entry..btw done followed yours,do visit mine k! skasstory.blogspot.com =)

SyaheeDah said...

~bulan syurga firdausi

beruntunglah orang yang semakin hari semakin dia mengenali Tuhannya..

syukran atas ziarahnya.

SyaheeDah said...

~khairunnisa. 1989

salam ukhwh.
thanks. nice to read yours too^_^

barakallah fiik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers