Sunday, November 18, 2012

Lautan Hikmah : Majlis 1 – bahagian 1.

بسم الله الرحمن الريم

 
Tidaklah digerakkan jemari ini melainkan dengan mengharap kedekatan itu semakin jelas bagiku.

“Jika engkau masuk kepadaku, maka masuklah kamu sementara kamu telah melepaskan ilmu-ilmumu, amalmu, mulutmu, nasabmu dan pangkatmu, serta melupakan harta dan keluargamu. Berdirilah di hadapanku dengan hati yang kosong selain daripada al-Haq, sehingga Dia akan memberi pakaian dengan hampir kepadaNya, anugerah dan nikmatNya.”  - Syeikh Abd. Qadir AlJailani.

Memperbaiki diri.

Barangsiapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih untuk memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman kejahatan dan pengaruh nafsu.

Kebaikan dalam kebaikan.

Apabila kamu mampu menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik, yakni kebaikan yang berada di dalam kebaikan. Sehingga jadilah ia menurut semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kederhakaan.

Sabar.

Allah memberi pertolongan kepada orang yang sabar bersamaNya di dunia tanpa batas, sementara di akhirat pula ia akan dianugerahkan dengan kenikmatan tanpa batasan.

إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diganjarkan dengan pahala mereka tanpa batasan.
 
Pasti.

Tiadalah samar bagi Allah, segala sesuatu yang ditanggung oleh orang-orang yang menanggung keranaNya. Bersabarlah seketika bersamaNya, sementara kamu telah melihat kelembutanNya dan Dia telah memberikan kenikmatanNya bertahun-tahun. 

Keberanian adalah sabar untuk seketika.

Dengan pertolongan dan harapan, bersabarlah bersamaNya. Ingatlah kepadaNya. Janganlah kamu sedar setelah kematian.

Perbaikilah hati kamu, kerana apabila hati itu sudah baik, maka akan baiklah seluruh keadaanmu. Memperbaiki hati itu hanya dapat dilakukan dengan takwa, tawakkal kepadaNya, mengesakanNya dan berlaku ikhlas dalam setiap amalan.

Tanpa ia

Tanpa sikap-sikap yang disebutkan ini, maka hati akan rosak. Hati adalah ;

bagaikan burung di dalam sangkar,
bagaikan berlian di dalam ikatannya,
bagaikan harta yang tersimpan sempurna di dalam almari.

Adapun yang diperhitungkan di sini adalah burungnya, bukan sangkarnya. Berliannya, bukan pengikatnya. Hartanya bukan almari. Bayangkanlah seekor burung tanpa sangkar, sebentuk berlian tanpa ikatan atau setompok harta tanpa tempat menyimpannya.


"Wahai pemuda! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu, sebelum kamu menasihati orang lain. Adalah penting sekali bagimu mengekang atau melawan kehendak nafsumu dan janganlah engkau berlebih-lebihan menasihati orang lain, sedangkan dalam dirimu sendiri masih berada dalam sesuatu yang perlu engkau perbaiki."

~~(Fath alRabbani – Rahsia-rahsia Agung Berjumpa Allah, Lautan Hikmah Kekasih Allah - Syeikh Abdul Qadir AlJailani alQuraisyiy).


يا بحر فضل وتاج عدل  #  جد لي بوصل قبل المنية
Wahai lautan kemuliaan, mahkota keadilan  #  berikan aku jalan hubungan sebelum menemui kematian.




*kenalkan daku padaMU*

filbeit. 181112. 0526pm.

10 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Tundukkanlah hawa nafsu dengan kesopanan nescaya kamu beroleh keikhlasan ketika solat.

~cik atin~ said...

terengat kate kate seorang ustaz. nafsu akan dikalahkan dengan iman dan taqwa :)

Anis said...

Bismillahirrahmanirrahim
1)macam ku kenal buku ini ^_~.
2) gmbr baru ter...
3) hmmm mperbaiki diri... berusaha utk sentiasa mrasakan diri sbnr2 hmba.

Kepasrahan hanya bisa diperoleh jika KEYAKINAN kita kepada ALLAH SWT jauh melebihi PERMASALAHAN yang kita hadapi. Maka ketika kita berdzikir Allahu Akhbar…Allahu Akhbar…..Allahu Akhbar, kita benar-benar mengecilkan diri dan permasalahan yang kita hadapi dan sebaliknya Allah SWT di “BESAR” kan. Dengan demikian kita mendidik “IMAN” kita untuk selalu meyakini bahwa “TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT”.

Jika tingkat keimanan kita sudah sampai pada tahap seperti itu, apapun yang kita hadapi, ringan maupun berat, mudah maupun susah, kita tidak lagi pernah gentar, karena kita sudah mampu berserah atau pasrah kepada NYA.Dengan kepasrahan inilah, maka kita akan selalu ikhlas dalam menjalani ibadah apapun, karena kita tahu apa yang kita lakukan, apa yang kita amalkan semua dari ALLAH SWT, manusia hanya sebagai perantaranya, semua milik ALAH SWT dan dikembalikan untuk kemulian NYA semata..............

Ya ALLAH Ya Rabbi, kepada MU lah hamba berserah, tiada kekuatan apapun selain hanya ENGKAU..........


------> جد لي بوصل قبل المنية
Wahai lautan kemuliaan, mahkota keadilan # berikan aku jalan hubungan sebelum menemui kematian. :( amin ya ALLAH.

jzkk ya ukht

SyaheeDah said...

~abd Razak

وعليكم السلام ورحمة الله

mudah-mudahan Allah beri kekuatan buat kita semua.

terima kasih,jazakallah khaer.

SyaheeDah said...

~cik atin

moga Allah ilhami kekuatan dan kesabaran..bersamaNya..

jzkk sahabat!

SyaheeDah said...

~anis

1)macam je? incik تيسكو mari la ni..hehe
..bahagia Allah temukan dgnnya..bahagia bila baru beberapa 'majlis' dlm buku ni dilewati, Allah terus 'nilai'^_^
2)erm,tu gambar 30 tahun yg lalu..
3)T_T proses setiap saat,setiap hela nafas..

jzkk ukht..

perkongsian k.anis sangat2 bermakna..

"ku mahu meninggalkan sekutu dengan sgala sebab, kerana ku mahu kebersamaanku ada dengan yang Maha Penyebab".

*Ya ALLAH Ya Rabbi, kepada MU lah hamba berserah, tiada kekuatan apapun selain hanya ENGKAU..........

jzkk k.anis!

iffah nasuha said...


insan...
tidak akan melakukan maksiat bila diri mengingati allah..
insan..
sedetik terleka dan terlepas dari zikir , nafsu akan mengawal diri bukan diri mengawal nafsu

hakikatnye..diri tidak selalu lazim tenggelam dalam zikir

syaheedah: jazakillah

Angah Rahim said...

SyaheedaH:

Alhamdulillah, memikat hati dgn nukilan pena yang cantik dan mendalam...

Perubahan pada blog..mmm..menarik
satu penghijrahan..hehehe ^_*

pe pun, alhamdulillah...kemelut dalam hati in shaa Allah akn berakhir setelah bace n3 eyda ni...

in shaa Allah, Allah akn permudahkan sgale buat ila dn kite seme2..

*n3 eyda ni mcm thu2 je ila sdg berperang dgn masalah,hihi

thanks dear ^_^

SyaheeDah said...

~iffah nasuha

insan..
tidak akan pernah ada kekuatan melainkan dariNya semata.

*bukan sedikit lekaku dr ingtan pdNya

*ada sesuatu yg terdetik di hati sebelum bertemu enti tmpoh hari..

jzkk,sahabat..

SyaheeDah said...

~angah

Alhamdulillah..
cuba mengetengahkan karya waliyullah,mga ada keberkatan.

bait2 yg tertulis dipilih,berdasarkn ilham, cebisan dari nukilan sebenar yg sgt panjang.

tak perasan ada tanda2 hijrah di sini,khaer harapnya^__^

*ida mcm tahu,tp Allah mmg sah2 tahu & mengerti(^_^)
..tidak samar bg Allah apa yg berlaku pdmu sahabat.

thanks my dear!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers