Sunday, June 26, 2011

seMaLam...


Pucat!
Itula keadaan wajah ana masa tengok kat cermin lepas balik dari surau semalam.
Takut!
…………………………………………………………….....

Untuk menghabiskan sisa muraja'ah hafalan, ana menyambung bacaan seusai solat isyak. Tak lama lepas tu, hujan turun lebat sangat-sangat.

Lepas sorang, sorang balik. Tinggal ana sorang-sorang. Takpe, memang ana suka balik sorang pun. Errrk..

Sebelah muslimin dah gelap. Bagus!

Jam 9:35. Tiba-tiba seluruh surau gelap. blackout ke?? Guruh. Astaghfirullah. Innalillah. Ana tutup Quran, tutup semua suis lampu & kipas, (dalam tak nampak), terus keluar. 

Hujan lebat sangat-sangat. Ya Allah, macam mana nak balik? Dengan guruhnye lagi. Nak tunggu kat dalam surau, buatnye ada muslimin, eh..tak boleh, tak boleh.

Semua perasaan ada, takut, bimbang. Hati hanya mampu berdoa.

tak ada sape-sape boleh bantu waktu tu. rumate tak ada, handphone tinggal kat bilik.

Redah jela. Kalau ana mati dalam keadaan ni, husnul khotimah ke?

Ya Allah, izinkan ana balik. Kiranya ini pengakhiran hidup ana, redhalah terhadap ana, & jadikan ana redha terhadap takdirMu..
……………………………………………………….............

Saidina Ali r.a. pernah berkata “Sesungguhnya manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya.”

Berbeza dengan orang yang hatinya sentiasa mengingati mati, maka kematian itu bagi mereka ibarat sebuah jambatan untuk menuju kepada suatu pertemuan dengan Allah SWT yang sering disebut dan diingatinya. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim Khalilullah a.s. yang didatangi oleh malaikat maut.

“Apakah kamu hendak mengambil nyawaku?” tanya Nabi Ibrahim kepada Izrael,

“Benar,” jawab malaikat maut.

“Tidakkah engkau tahu bahawa aku adalah Khalilullah (kekasih Allah) yang selalu didampingi dan mendampingi-Nya? Adakah munasabah seorang kekasih hendak mengambil nyawa kekasihnya?”

Dengan kata-kata Nabi Ibrahim a.s. itu maka malaikat maut kembali semula mengadap Allah SWT, lalu Allah perintahkan Izrael supaya menemui Nabi Ibrahim dengan membawa pesanan dari Allah. Malaikat maut pun berkata kepada Nabi Ibrahim:

“Justeru dengan kematian itu, bererti Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput kekasih-Nya agar datang menemui-Nya.” Dengan penjelasan malaikat maut itu maka Nabi Ibrahim a.s. amat gembira menghadapi kematian itu.
………………………………………………………………………………………………

Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 78
أينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم في بروج مشيدة...الخ  
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh".

Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya “Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup,” 
bertanya Abu Hurairah “Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?”
 jawab Rasulullah “Zikrulmaut” iaitu mengingati akan mati.
 .............................................................................................................................

Nampaknya, tanggungjawab kita belum selesai di dunia ni. Buktinya, ana mahupun antum masih diizinkan berada di hadapan laptop/komputer masing-masing saat ini.. kan.. (^_^)

Mati itu indah…??

Sentiasalah berdoa sebegini..
اللهم اختم علينا بحسن الخاتمة, ولا تختم علينا بسوء الخاتمة.
 “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan janganlah akhirkan hidup kami dengan su'ul khotimah (kesudahan yang buruk)”.
 اللهم هَوِّنّا علينا سكرات الموت
“Ya Allah, permudahkan kepada kami ketika sakaratul maut”.

..di samping perindahkan akhlak.

 * hitung diri *

fi ghurfati m214, 26062011, 0436pm

7 comments:

RuMaH TuA said...

Alhamdulillah...
Lancar perjalanan nak komen hari ni...
Hee~~~
(^-^)

Da...
Memang mendebarkan...


اللهم هَوِّنّا علينا في سكرات الموت


Jumaat baru ni, Iqa jalan nak p ta'lim, ingat Allah nak tamatkan wak2 2.... Sampai surau... Alhamdulillah... Saling kuat menguat dengan ustazah yg kbtulan x dapat nk blk... 2 jam jugak la...


"Hidup tanpa perjuangan hidup dalam keaiban"

SyaheeDah said...

~ rumah tua..

alhamdulillah..^_^

kenapa iqa?? tak dengar cite ape pun..semuanya baik2 je kan?

~perjuangan itu akan indah bila Allah menjadi tujuan, Rasulullah jadi ikutan~

~kueh~ said...

ida syg^^
ehem3..
mendebarkan bace citer 'semalam' tu..
ape2 pun, ade hikmah disebalik perjalanan tu..ehehe:)

(ida, ade hobi baru eaa??heheh)

SyaheeDah said...

~kueh shayang..

tak taula knp brdebor semacam, mcm2 pk..
btol2, insyaAllah ada hkmh..

errr..wait n c,smpai bila hobi ni blh berthn,hehe

"tiada suatu pun yg Allah jadikan itu sia-sia"

~cik atin~ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ummu Aiman said...

salam alaik ya UKHTI...
oleh krana bru ingt password, so komenya lambt ckit ya!..
sdikit p'kongsian..
kematian tetap akn b'kunjung dlm apa jua keadaam..bahkan mat rempit yg merempit laju sklipun,xmmpu lari dr malaikan maut..(ayat im)sO, smada kita tkut or brani or bahgia maut tetap datang...kita hanya perlu bersiap dan igtlh ramai yang karam semasa pelayaran menempuh kematian...moga kita terselamat..amin..

SyaheeDah said...

~ummu aiman~

wa'alaik assalam ukht...
amin ya Rabb..sodaqti..
sykrn atas pkongsian, nanti kita smbung dalam u_ra_..=D

"...ramai yg karam semasa menempuh kematian.." - Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers