Tuesday, June 7, 2011

Niqab itu pilihan Allah buatku


Tidaklah aku memakai niqab ini melainkan untuk memuliakan pakaian ummahatul mukminin.

& sebagai usaha untukku jadikan ia sebagai tanda cintaku pada Allah dan RasulNya melebihi cintaku pada makhlukNya.

Tidaklah aku berusaha melebihi kemampuan yang ada pada diriku, yang diberi oleh Allah yang kurindu, yang diajar oleh Rasul yang kukasih.

Aku ingin capai "redha Allah itu pada redhanya kedua ibu bapa".
gambar hiasan

Macam mana nak cakap ni, Allah…

Hidangan nasi bungkus didepan mata langsung tidak memancing minat ana, walhal itulah hidangan tengahari yang belum ana sentuh walau saat itu sudah melewati jam 5.35 petang. Menjadi kebiasaan ana di hari persekolahan, tiada hidangan berat sebelum asar, kerana sebaik siap menunaikan solat zohor di sekolah, ana akan terus memulakan sesi muraja'ah hafazan; untuk persediaan tasmi' di pusat tahfiz yang bermula jam 2.30 petang hingga selepas asar. Setelah itu barulah ana akan pulang ke rumah, membersihkan diri kemudian makan sambil menatap akhbar. Itulah rutin harian ana. 

Jantung berdetak laju, paper di tangan dibelek tanpa dihayati berita yang dikandung.

Umi, abi, Sufi nak pakai niqab, boleh?

Suasana sunyi seketika.

Terdengar keluhan berat dari umi.
……………………………………………………......
Setelah habis berbincang, umi bangun meninggalkan Sufi bersama abi. Abi bersuara memecah kesunyian.

Makan la nasi tu.

Hmmm…

Ana menyahut kata-kata abi tanpa mengangkat muka. Hanya sesuap nasi yang mampu ana telan. 

Jangan menangis kat sini Sufi. Habiskan dulu makanan tu. nanti umi dan abi perasan.

Bisik hati ana. Tak dapat menahan rasa, ana mengemas tempat makan. Dan terus berlalu masuk ke bilik.

Malam tersebut ana tidak keluar dari bilik, hinggalah ana tersedar seperti biasa pada jam 2 pagi untuk memulakan hafalan baru dan muraja'ah hafalan alQuran untuk diperdengarkan pada ustaz keesokan harinya.


Itula, dengan muka tak nampak. kan dah gagal!

Keluh umi di hadapan Kak Min dan Kak Ija.

Inilah berita yang kak Ija sampaikan sewaktu ana ceritakan bahawa umi menyuruh ana membuka niqab sewaktu ana melangkahkan kaki ke tempat ujian memandu kereta.


Umi, abi, Sufi nak gerak dah ni.

Harapanku moga doa umi dan abi mengiringi perjalananku hari ini.

Ana capai tangan abi, ana cium tanda hormat dan kasih padanya kerana Allah.

Buat molek-molek. Dah makan belum?

Tanya abi sambil tersenyum.

Sufi puasa kot hari ni. Hehe

Kot??

Ana tersengih macam kerang busuk. Dalam hati mohon Allah kuatkan diri dan hati untuk meneruskan puasa sunat amalan Rasulullah s.a.w setiap hari isnin dan khamis.

Ana capai tangan umi. Itulah tangan mulia yang telah menatang ana selama 20 tahun ni.

Senyuman umi memberi semangat pada ana.

Buka purdah tu, nanti tak pasal-pasal orang jpj tu gagalkan Sufi.

Allah…

Sambil tersenyum ana menyambut tangan umi untuk disalami. Ana terus berjalan menuju pintu rumah.

Dengar tu, buka purdah nak ambil ujian ni.

Ana berpaling seketika pada umi, kemudian meneruskan langkah.

Sufi, jangan malukan abang. Jangan sampai fail. Abang dulu test sekali je tau.

Usik abang Azam.

Huhh, yela. Sufi taula.

Ana mencebik. Geram. Abang Azam ni, dari ana kecik sampaila besar panjang macam ni, tak habis-habis nak usik ana.

Sementara menunggu Kak Zan yang mengajar ana memandu tiba, hati yang sejak semalam berdebar dek ujian memandu pagi tersebut, sekelip mata berubah. Rasanya seperti semua perasaan hilang dibawa angin.

Hmm, umi buat lagi. Hari tu masa mula-mula ana nak belajar memandu kereta pun, umi pesan supaya ana tak pakai niqab. Takpela, umi tu terlebih bimbang pada ana. Pada ana kain kecil yang ana kenakan pada wajah ana ni tak pernah mengganggu urusan ana jauh sekali nak menyusahkan ana. Ana anggap apa yang umi cakap tu sebagai suatu pandangan yang seharusnya ana beri pertimbangan baik buruknya.

Sepanjang perjalanan, ana berfikir.

Eh, dalam etika berpakaian kat tempat belajar memandu tu, tak boleh pakai niqab ke? Ke umi cakap tadi sebab takut jadi penipuan, pastu kalau kat Malaysia ni, dalam urusan rasmi biasanya tak boleh pakai niqab. Alamak, sebab tu ke umi pesan macam tu tadi? Baik ana tanya Kak Zan.

Lerr, zauj dia la pulak yang datang ambik hari ni. Takkan nak tanya kat dia kot. Hmm, biar jela.

Ana bermonolog sendiri.

Sementara menanti masa untuk mendaftar nama, ditakdirkan Allah, ana terpandang peraturan berpakaian semasa belajar dan mengambil ujian di tempat tersebut. Hati ana berdebar. Satu persatu etika ana amati dengan teliti.

Alhamdulillah!!

Perkara yang sangat-sangat dihighlightkan pada peraturan tu, berpakaian SOPAN & MENUTUP AURAT.. dan tak ada langsung peraturan agar tidak menutup wajah.

Lega..alhamdulillah. Hati kembali mantap, astaghfirullah.

Lambat lagi kaunter ni nak bukak, baik ana solat dhuha dulu.


Ingat Sufi, kalau tak lepas test ni, bermakna kamu belum ready untuk pegang lesen memandu, setidaknya buat masa ni. Ok? Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatmu.

Ya Allah, mintak-mintak la dapat penguji jpj yang baik hati untuk ujian jalan raya nanti. Allah dah takdirkan, siapa yang akan jadi penguji ana, kalau Dia nak luluskan ana, tak kira la macam mana cara pun, ana tetap akan lulus. Penguji yang baik ke, ana jadi pemandu paling berhemat ke hari ni, semua tu hanya menjadi sebab untuk Dia meluluskan ana.

Getus hati ana, buat merehatkan hati yang gelisah ni. Mudah-mudahan segala harapan disandarkan pada Yang Maha Satu itu.

Dari dua ujian yang ana ambil, ana gagal dalam ujian pertama iaitu ujian dalam litar. Sedikit rasa sedih, tapi lepas tu, macam tak ada perasaan je. Boleh pula ana tersenyum sendiri. Alhamdulillah, Allah ilhamkan untuk ana ingat kembali 'leteran' diri sendiri sebelum mula ujian tadi.

Salam, kak Ija..berita awal..Sufi fail untuk ujian dalam litar.huhu. k, Sufi nak ready untuk ujian kat jalan raya pula.

Sms ana dibalas.

Wsalam. Aiyakkk.. betul ke? Tak apela, forget it. Buat baik-baik yang lepas ni. Good luck!

Alhamdulillah, pegawai jpj yang menguji ana ni baik hati, banyak juga bagi nasihat. Nasihat untuk jadi pemandu yang baik.

Ana tersenyum sendiri. Nothing to do with my niqab!  
  

Orang-orang kat rumah dah tahu ke Sufi fail satu test ni?

A'ah, kak Ija cakap kat kak Min. kak Min pulak cerita kat umi dan abi.

Abis, umi abi tak cakap ape-ape ke?

Tak.

Tak?? Takkan tak cakap apa-apa kot? Hmm, tadi umi suruh buka niqab. Tapi obviously, pakai niqab tak jadi masalah pun. Siap "pakcik" yang jadi ketua penguji jpj tu borak-borak dengan Sufi, pegawai dia pun sporting je.

Hmm, tula, ada jugak umi cakap tadi. "Itula, dengan muka tak nampak. kan dah gagal!"
Ana tersentak.


Jangan sekali-kali anggap pakaian yang Rasulullah s.a.w ajar isteri-isteri baginda pakai ni sebagai penyebab ana gagal ujian memandu ni!

Ana gagal sebab kecuaian ana sendiri. Allah kehendakkan rezeki ana setakat tu. Ana puas hati, ana dah usaha, natijahnya Allah kurniakan ana rezeki sebegitu. Itu yang terbaik untuk ana menurut Allah. Ana redha. Jangan sampai salahkan niqab ni.
Allah..umi masih tak dapat terima sepenuhnya keputusan ana nak pakai niqab ni. Dah dua tahun umi. Sufi tahu, sepanjang dua tahun Sufi kenakan niqab ni, raut wajah umi tak sama sebagaimana waktu Sufi tak pakai.

Tapi Sufi pakai atas restu abi, dan menjadi tradisi keluarga kita, sekiranya umi tak nak buat keputusan, umi akan serahkan pada abi. Dan keputusan abi akan menjadi keputusan umi juga, jadi Sufi menganggap umi dan abi restu Sufi pakai niqab.

Umi, Sufi tak bermaksud nak membelakangkan pandangan umi. Bahkan apa yang Sufi buat ni sebab Sufi sayangkan umi. Sufi nak cuba sedaya-upaya untuk membahagiakan umi dan abi dunia dan akhirat.

Selama ni Sufi cuba jaga dan tahu diri supaya Sufi tak buat apa yang umi dan abi tak suka. Sufi cuba buat apa yang umi dan abi suka, semampu yang Sufi dapat. Tapi kenapa perkara harus dalam agama yang Sufi mampu amal ni, umi macam tak suka. Sufi manusia biasa, ada perkara yang Sufi tak mampu buat.

Umi, biarla apa yang Sufi mampu buat ni, Sufi amalkan. Sufi tak minta umi galakkan Sufi, suruh Sufi pakai niqab, tapi cukup la dengan rasa senang umi pada niqab yang Sufi pakai ni.
Umi, Sufi yakin umi faham apa itu niqab dalam islam. Dan Sufi juga faham, keluarga kita bukan dalam kalangan yang berniqab. Kerana itula Sufi bertolak ansur, tidak terlalu syadid, dan sekiranya ada keperluan, Sufi boleh pertimbangkan untuk buka niqab, pada keadaan yang dibolehkan dan yang sesuai.

Umi, Sufi sedih. Sufi harap sangat umi tak bermaksud nak menyalahkan niqab ni menjadi penyebab kepada takdir yang Allah telah tetapkan untuk Sufi ni.
Tangisan Sufi setelah selesai solat Zohor itu hanya dia dan Allah yang tahu. Hatinya berharap malaikat di bahu kanannya mencatat sesuatu buat dirinya pada saat itu.


To be continued…insyaAllah


*cerita ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, idea asal merupakan ilham dari Allah dan disebarkan untuk tujuan perkongsian. mudah-mudahan dapat diambil iktibar. Tidak bertujuan untuk memburukkan mana2 hamba Allah, insyaAllah.

filbait, 1234am, 08062011

4 comments:

~cik atin~ said...

tersentap ulu aty bace entry ni...

SyaheeDah said...

~cik atin..

tersentap??
harap2 tersAntap sekali..hehe

~cik atin~ said...

da siap melantak skali pun...cepat la wat smabungan dye...eager 2 know...he3

SyaheeDah said...

ان شاء الله
in progress=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers