Thursday, June 9, 2011

Niqab itu pilihan Allah buatku -part 2-


Tidaklah aku memakai niqab ini melainkan untuk memuliakan pakaian ummahatul mukminin.

& sebagai usaha untukku jadikan ia sebagai tanda cintaku pada Allah dan RasulNya melebihi cintaku pada makhlukNya.

Tidaklah aku berusaha melebihi kemampuan yang ada pada diriku, yang diberi oleh Allah yang kurindu, yang diajar oleh Rasul yang kukasih.

Aku ingin capai "redha Allah itu pada redhanya kedua ibu bapa".

Tuuut,tuut…
Sape la bertuah sungguh mesej ana malam-malam ni. Baru je sampai, tak sempat nak duduk pun lagi.

Membebel kat sape wahai cik adik?
  
Tanya kak Dija.

Ni, sms ni agak memotong line Sufi nak landing dengan aman. Dah sebulan lebih tak jumpa katil ni.

Sms je, ingat gempa bumi kat mana tadi.

Heheee..

Salam..saudari ni Sufi kan?

Lerr, sape pulak ni. Reply esok jela.

Jom kak, turun. Masakan umi sedang menanti, melambai-lambai kat Sufi ni.

Sebelum melangkah keluar bilik, Sufi menoleh ke arah telefon bimbitnya di atas meja berhampiran katil.

Hmm, kalau tak ada hal, takkan ada orang sms. Balas la dulu, mana tahu ada hal penting, ada yang mintak tolong ke Nak lagi kalau ada "masalah umat". Ingat Sufi, masa dan tenagamu untuk islam.

Pesan Sufi dalam hati.

Wsalam.. ye, ana Sufi. Ada apa ye?

Umi!! Dari atas bas lagi Sufi dah terbau-bau masakan umi. Umi masak apa hari ni?

Ya Allah, hishh, terkejut umi. Hmm, hari ni umi masak air je.

Alaa, umi saje je.

Tu mula la tu, buat mulut muncung 6 inci.

Sampuk abi.

Biar umi,abi. Buat mulut macam tu senang sikit nak ikat. Biar senyap terus lepas  ni.

Abang Azam pula mencelah.

Hiiii..memang tak sayang mulut. Sejak Sufi tak duduk rumah, semua berpakat nak serang Sufi la ni. Huhh! Layan nasi ni lagi bagus.

Tawa memenuhi segenap ruang tempat kami sekeluarga berkumpul malam itu.

Maaf saya mengganggu. Boleh saya nak berkawan dengan Sufi?

Apa hal pulak orang ni. Entah sape-sape. Kalau dah ayat macam ni, tak ada benda lain la ni. Entah-entah pakcik driver bas tadi,hehe.

Astaghfirullah. Jangan nak zhon macam-macam Sufi. Kalau tak tahu jangan nak fikir bukan-bukan. Stop, titik.

Lailah sa'idah ya nafsi, selamat malam.

5:10 a.m.
Ana tersedar mendengar alarm pada telefon bimbit.

Allah. Lima lebih dah. Mesti alarm ni berbunyi dari tadi.

2 unread messages.
Saya memang nak mencari calon isteri yang berpurdah……………etc
??????  

Sufi, ustaz Firdaus dah 2 kali tanya ustazah. Sufi macam mana, sudah berpunya? Kalau belum, dia nak taqdim.

Ana terdiam. Mencari kata-kata yang paling sesuai untuk diucap.

Ustazah harap Sufi dapat beri jawapan, kesian pada ustaz. Dia bimbang kalau Sufi sudah menjadi tunangan orang. Nabi juga melarang seorang lelaki meminang wanita yang sudah dipinang muslim yang lain. Sebagai seorang lelaki yang soleh insyaAllah, sekiranya Sufi belum dikhitbah atau ditaqdim, ustaz berhak untuk mendapat pertimbangan dari Sufi.

Benar ustazah. Sufi faham keadaan tu. beginilah ustazah, Sufi harap ustazah dapat sampaikan pada ustaz, bahawa Sufi belum dikhitbah oleh sesiapa mahupun ditaqdim. Tapi, keadaan ana sekarang, ana masih belum bersedia untuk fokuskan diri ke arah tu lagi. jadi terpulang pada ustaz untuk membuat penilaian dan pertimbangan semula.

**************************************************************************
 Sufi, Chah tanya sikit boleh?

Hai Chah, kenapa jadi polite sangat hari ni? Tanya jela.

Sepanjang setahun Chah kenal Sufi, Chah tak pernah dengar pun Sufi sebut pasal someone special kat hati Sufi. Hmm, a.k.a, future husband Sufi. Dulu, masa mula-mula kita belajar kat sini, ada seorang akak ni, tanya pasal Sufi. Dia agak Sufi dah ada yang punya, betul ke?

Ana tersenyum.

Kenapa pulak tiba-tiba akak tu cakap macam tu?

Entah, dia cakap tengok dari gaya Sufi. Mungkin sebab Sufi tak banyak bercerita kot.

Jadi..Chah nak korek apa dari sufi?

Laa..punya panjang Chah bagi mukaddimah, siap pembayang sekali. Rasanya guna balaghah tak tinggi sangat, kias-kias pun tak ada.

Ok ok. Hmm, sebenarnya… Eh Chah, jangan la sampai melopong macam tu.

Hehe, suspen ni. Limited edition. Cepat la cerita.

Jangan jual cetak rompak sudah. Sebenarnya, tak ada cerita pun Chah.

Laa..Sufi tak percaya dengan Chah ke?

Bukan la cik adik. Memang itu hakikatnya. Sufi memang tak ada apa-apa. Setakat saat ni, Allah belum izinkan Sufi untuk jumpa bakal zauj Sufi lagi. tak tahu la sape orang tu. wujud ke tak. Entah-entah sekarang ni ada kat Amerika kot.

Ok ok, dah nak maghrib ni. Cepat siap, hari ni kita pergi masjid sama-sama.

Ok bos!

Chah, Chah…hmm..
**************************************************************************
Biarla.. ana yakin jodoh itu adalah rezeki. Setiap hamba Allah itu dah ditentukan rezekinya, setiap orang. Tidak akan terkecuali walau seorang pun. Sebagai hamba, ana harus berusaha, berusaha mempersiapkan diri untuk melalui hidup di dunia,, untuk dijadikan ladang agar dapat ana tuai hasilnya di akhirat kelak. insyaAllah.

Yang penting, di samping menjaga syariatullah, raikan bersama sunnatullah.

Syariatullah-hukum yang ditentukan Allah untuk kemaslahatan hidup manusia.
Sunnatullah-sesuatu kejadian mempunyai peranan tersendiri iaitu peraturan alam mengikut ketentuan Allah.

"Mereka yang menyintai Allah, adalah mereka yang paling dalam cintanya terhadap sesama manusia".

Dari satu peristiwa ke satu peristiwa. Dari fitnah dikaitkan dengan lelaki ajnabi, hinggalah taqdim yang pernah diaju. Ana pernah tersungkur, dek ujian perasaan yang dikurnia oleh Allah. Namun, itulah tarbiyah langsung dari Allah. Membuatkan ana lebih hampir padaNya. Ana bersyukur, ana jatuh di tahap yang tidak jauh. Allah berkehendak memimpin ana semula.
Namun, segala peristiwa itu menjadikan hati ini lebih kuat untuk menundukkan kehendak diri yang memberontak dalam setiap jiwa anak remaja seperti ana.

Ana lebih mengerti dengan sunnatullah. Ana lebih memahami bahawa setiap manusia itu ada kehendak mereka tersendiri.

Hati ni pernah "sakit" dek kata-kata halus dari seorang hamba Allah yang teguh imannya. Namun dia juga seorang manusia. Seharusnya ana sedar, Rasulullah s.a.w dihayat baginda pernah berpesan, fitnah terbesar kepada kaum lelaki adalah harta dan wanita.

Saya, ana,… memang berniat nak beristerikan seorang wanita yang berpurdah…

Hati ana sayu. Mudahnya manusia melontar kata-kata sebegini dari bibir yang akan dipersoal kelak!

Ayat yang akhirnya ana anggap sebagai suatu tiket untuk meraih perhatian wanita berniqab. astaghfirullah…
**************************************************************************

Assalamualaikum.

Pak cik sekeluarga, mudah-mudahan dalam rahmat dan berkah Allah sentiasa. 
Ana titipkan surat ini, ana berharap agar ianya dibacakan dihadapan Sufi dan ahli keluarga yang lain. Seperti yang diizinkan pak cik dalam pertemuan antara pak cik, mak cik dan kedua orang tua ana, ana utuskan surat ini kepada Sufi melalui pak cik. Maaf andai cara ini bukanlah cara terbaik menurut pak cik sekeluarga. Namun kekangan keadaan ana yang berada jauh di rantauan dan demi syariat yang kita sanjung, maka inilah jalan terbaik yang ana ambil, insyaAllah.  

Buat Sufiah Hanin binti Muhammad yang ana hormati. Maaf andai surat ini mengundang tanda tanya. Besar harapan ana, melalui surat ini, secara terus-terang ana ingin menyatakan niat ana untuk mengambil ukht menjadi zaujah ana. Sekiranya telah termaktub rezeki buat ana juga ukht, ada jodoh antara kita, moga dipermudahkan segalanya.

Sekadar ini, salam dari keluarga ana buat pak cik sekeluarga, dengan lafaz assalamualaikum.

Hamba Allah, al-faqir ilallah,
Muhammad Ilham bin Muhammad.

Allahuakbar..

Petang tersebut, ana mengunjungi sahabat di pusat tahfiz. Ana berhajat menghabiskan 2 hari dari cuti selama seminggu ni di tahfiz. Di samping menjalani hidup seperti pelajar lain di situ, ada suatu jawapan yang dipinta oleh keluarga yang perlu ana cari. Surat yang dibaca oleh abi pagi tadi…..  

Jauh dari sudut anak-anak kecil yang sedang khusyuk menghafaz al-Quran, Ikram tersentak. Wanita berniqab yang dipanggil Sufi itu, benar-benar mirip adik kembarnya, Aisyah, yang juga berniqab.

Allah, siapa dia……………

To be continued…insyaAllah


*cerita ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, idea asal merupakan ilham dari Allah dan disebarkan untuk tujuan perkongsian. mudah-mudahan dapat diambil iktibar. Tidak bertujuan untuk memburukkan mana2 hamba Allah, insyaAllah.

filbait, 0217am, 10062011.

2 comments:

~cik atin~ said...

adoyai...bersambung lagi ke??...asal x ending kan terus??...x saba nak taw ending dye...he3

SyaheeDah said...

~cik atin~

asif ye..tak tercapai maksud lagi cite ni..
insyaAllah another 1 episode..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers