Thursday, June 20, 2013

munajat Abdul Malik Al-Dharir -2-


بسم الله الرحمن الرحيم


الهي ان كنت اهلا للمنع فأنت اهل للإعطاء

Tuhanku, jika aku adalah orang yang layak untuk dihalang, maka Engkaulah yang layak memberi

وان كنت بادي العيب فأنت اكرم من غطى

Jika diriku terdedah dengan keaiban, maka Engkaulah yang Maha Mulia untuk menutupnya

وان عرفت بالإساءة فانت المعروف بالاحسان

Jika diriku dikenali dengan kejahatan, maka Engkau dikenali dengan Ihsan

وان عدت للجهالة فانت العواد بالغفران

Jika aku kembali kepada kejahilan, maka Engkaulah yang berulang kali memberi pengampunan. 

وان ناديتك لفاقتي فمن اخلاقك اغاثة اللهفان

Sekiranya aku menyeruMu disebabkan kefakiranku, maka perlakuanMu adalah menorong orang yang ditimpa kesusahan

وان عجز عني فعلي فانت على رحمتي قدير

Jika aku lemah melakukan sesuatu, maka Engkaulah yang Berkuasa untuk mengasihani aku

وان صغر حالي عن سؤالي فلا شيء عليك كبير

Jika keadaan diriku tidak sepadan dengan permintaanku, maka tidak ada sesuatupun yang membebankanMu

فان عدلت فانك خبير بصير

Jika Engkau mengubah sesuatu, maka Engkau adalah Maha Mengetahui dan Maha Melihat

وان تفضلت فما عليك تحجير

Jika Engkau memberi kelebihan, maka sememangnya Engkau tidak menyempitkan



فبدل دمي مع اخلاقي بخلق حميد

Kerana itu gantikanlah akhlak yang sebati pada diriku dengan akhlak yang terpuji

وحولني عما تكره الى ما تحب وتريد

Ubahlah diriku kepada suatu yang Engkau sukai dan mahukan

واسرج باطني من نور اليقين

Pancarkanlah batinku dengan cahaya keyakinan

وزين ظاهري بسمات الصادقين

Hiaskanlah zahirku dengan tanda-tanda orang yang benar

 وغيب قبائحي في جميل اوصافك

Hilangkanlah kejelekanku dalam keindahan sifatMu

وتداركني قبل نفوذ القضاء بالطافك

Perbetulkanlah diriku sebelum dilaksanakan ketetapan dengan kehalusan dan kelembutanMu

يا لطيف يا لطيف يا لطيف

Wahai Yang Maha Halus

وتولني حين تنقطع الاسباب والعلائق

Pimpinlah aku ketika sebab musabab dan pergantungan terputus

ويسرلي الشهادة عند الموت بلا عائق

Dan permudahkanlah kesaksianku tanpa sekatan ketika kematian

وصل اللهم على مطلع شمس القدم.
والحمد لله رب العالمين.



***  Sebahagian petikan munajat Abdul Malik Al-Dharir Al-‘Alawi Al-Hasani.  ***




200613. 0324pm. m218.

2 comments:

RuMaH TuA said...

Kerdil dalam pandangan.
Hina sebagai hamba.
Harapan seperti fakir.

Bersama di jalanNya.
Insyaallah sahabat.

Moga Allah kasih.

SyaheeDah said...

- rumah tua

Takut bagai si kerdil.
Harap bagai seorang pencinta.

Di jalanNya..insyaAllah sahabat.
Jzkk..

Barakallahufik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers