Saturday, February 22, 2014

HIKMAH, HIKMAH & HIKMAH.


Lama dipandang sepi ruang ini. Hati terus tenang dengan kasih Allah, cinta dari Rasul. Alhamdulillah akhirnya diizini jua. Diupdate jua dengan izin Allah. ^__^ 


*******************************************************************
   
Ma..
 
Dulu mahupun sekarang, itulah ma, ibu yang telah melahir dan menjaga insan kerdil ini bersama 5 adik beradik yang lain.

Dengan berjuta hikmah, kehidupan kami sekeluarga berubah sejak ma diserang angin ahmar, hampir 4bulan yang lalu. 

Setiap dari kami, dari ayah, abang, kakak sehinggalah ana, masing-masing merasai ‘kehilangan’ ma.
Jasad ma masih wujud di hadapan kami. Namun perasaan kami tidak seperti dulu.

10 tahun lalu. 

Ya. 10 tahun yang lalu, kami hampir kehilangan ma. Ma kemalangan saat pulang dari solat tarawih. Takdirnya ma memandu sendirian. Ayah yang memandu kereta lain di belakang tidak jauh dari kereta ma, usai sampai di tempat kejadian dikhabarkan isterinya itu sudah ‘tiada’.

Beberapa tahun ma mengambil masa untuk pulih, dan saat itulah Allah mengajar ana meniti alam remaja dengan kasih seorang ibu yang masih dalam rawatan pulih dari kecederaan. Berdikari, namun masih penuh dengan curahan kasih sayang dari ma dan ayah. Rentetan kemalangan itu, ma mengambil keputusan untuk bersara awal.

Mungkin 10 tahun yang lalu, keadaaan ma terlantar sakit tidak menjadi suatu kesusahan hati bagi anak bongsu yang baru berusia 12 tahun saat itu. Melihat ma yang masih boleh senyum, walau terlantar tidak mampu bergerak, itu sudah menjadi kelegaan bagi diri ana yang seusia itu.

Namun di usia 23 tahun. Melihat insan yang paling dicintai selepas Allah dan Rasul, yang perilakunya adakala keanak-anakan sejak diserang angin ahmar, Allah…ana mengaku hati kecil ini tidak setiap saat tabah.


Pembedahan.

Hari tersebut ana meninggalkan sekolah jam 9 pagi, meninggalkan tugas sebagai mc sebuah program di sekolah. Memandu sendirian pulang ke Kelantan, air mata tak henti-henti mengalir. Tidak betah menutup bacaan alQuran yang dipasang sepanjang perjalanan, bimbang hati dan fikiran menerawang jauh. Setiap kali hati berfikir yang bukan-bukan, kalimah Allah membawa ana sedar ke fatrah redha dan tawakal. 

Allah..Allah..segalanya Allah....

Seminggu selepas pembedahan membuang tempurung kepala, adalah saat yang paling menguji hati. Ana pulang hampir setiap hujung minggu, saat itu masih berpraktikum di SK Berchang. Ma tidak mahu bercakap, tidak mahu makan dan tidak mengenali sesiapa. Saat dibacakan ruqyah bila ma berlaku agresif, ma memanggil ana ‘ustaz’. Hati akur bahawa itu bukan ma. Akur bahawa ana perlu bertanggungjawab.

Ikhlas.

Enti jangan menyesal belajar ilmu ni…ikhlas…

Itu ungkapan ayahanda Ustaz Borhan. Guru merangkap ayahanda angkat yang dengan izin Allah membawa ana sedikit sebanyak kenal dunia perubatan islam.

Ana tidak menyesal, insyaAllah. Allah menguji, DIA tahu sejauh mana perasaan ana.

Pernah terdetik, untuk menamatkan pengajian di IPG. Tidak sanggup menahan perasaan, setiap kali teringat ma, satu kerja pun tak mampu disiapkan.

Digagahi jua. Alhamdulillah, pengajian semester lepas berjaya ditamatkan, hadiah keputusan peperiksaan akhir yang ma harapkan dalam nada gurauannya setiap kali ana minta ma doakan, yang ana fikir agak mustahil dicapai, akhirnya Allah beri rezeki. Alhamdulillah. walau ma seperti tidak terlalu faham bila dikhabarkan result tersebut.

Banyak yang Allah ajar. Erti kehidupan. Erti hamba. Siapa Allah. Siapa Rasulullah saw.

Masih belajar ikhlas. Dan terus belajar…


Tabir yang disingkap.


Ana melihat sekujur tubuh yang benar taat pada Allah. Ma sangat-sangat sedih kerana 16 juzuk alQuran yang ma hafaz beberapa tahun lalu hampir kesemuanya hilang. Ma mula menghafaz alQuran dalam usia 50-an selepas bersara. Ma menangis bila ma tidak mampu mengingat tahiyat akhir untuk solat. Namun ma redha. Semuanya hak Allah. Kalimat pengakuan sebagai hamba sering meniti di bibir ma. Walau taklifan solat telah gugur dari ma, ma masih tahajud. 

لا حول ولا قوة إلا بالله

Ana melihat kasihnya seorang suami, setia hingga ke akhir. Seorang hamba yang taat, suami yang sangat baik; ayah yang setia menjaga, melindungi dan mengasihi ma. Sehinggakan tempat ayah tidak mampu kami 6 beradik ganti di hati ma. Sungguh Allah telah memuliakan ayah. Moga Allah mengasihi ayah. Melengkapkan seluruh kehidupan ayah dengan kebahagian janji Allah yang benar.

Ana melihat kasih anak-anak pada ma. Perasaan sayu dan cinta yang tidak mampu kami anak-anak ungkap dengan kata. Melihat wajah ma, sangat susah untuk menahan air mata. Syukur Allah memberi ruang untuk kami berkhidmat, walau tidak seberapa.

Ana melihat kasih dan hormat abang dan kakak ipar terhadap ma. Syukur Alhamdulillah Allah memperlihatkan bahawa mereka menyayangi ma seperti ibu kandung sendiri.

Ana merasai perasaan yang tidak mampu diungkap. Mengingati ma saat berada di kejauhan, Allah, itu perasaan yang cukup sukar. Tidak mampu ditafsir mengapa setiap kali ingat pada ma, setiap kali itulah air mata tidak mampu ditahan. Siapa sahaja yang menyebut perkata ‘ibu’, pasti akan mengundang perasaan yang cukup berat di hati.

U 'left' so soon..


Sangat terasa lainnya, kalau dahulu bila ingin melangkah keluar, pasti akan dimaklumkan pada ma. Sangat-sangat terasa kehilangan. 

Namun kami tidak pernah kehilangan doa ma. Menemani ma solat, saat itulah baru ana berpeluang mendengar bait doa yang ma pohon. Sayu. Ma sentiasa sebut kami dalam doa ma!

Mulianya seorang ibu.
Tidak lain dan tidak bukan, Allahlah yang mencampakkan rasa itu di dalam hati. DIAlah yang memuliakan ibu.

*******************************************************************

Ya Allah..
Walaupun dia begitu…
Di saat dia tidak mampu menafsirkan katanya sendiri,
Dia tidak pernah mementingkan diri.

Masih segar di ingatan..
Walau dia yang diuji sakit,
Dia masih bertanyakan bagaimana makan si suami
Dia masih bimbangkan si anak.

Ya Allah sembuhkan dia.
Peluklah dia erat dengan hangatan kelembutan kasih sayangMu!

ALHAMDULILLAH,
segalanya penuh hikmah! (",)
  

*******************************************************************


17jan14. M219. 6.07pm.
posted : 22feb14. bentong. 7.34pm.

11 comments:

iffah nasuha said...

dear..
i felt terkilan sbb xdapat jenguk ur mom..

and always hoping and praying both of u strong in every test He gives.

may allah bless you all.
aminnn

SyaheeDah said...

amin.

tak pe dear..
doa sahabat ana ni more than enough dh^_^

abis praktikal t meh la jenguk2,hee

thanks a lot,
may Allah bless and ease everything.

luv u fillah!

Anis said...

Assalamualaikum ida, tiada apa yang terluncur untuk dikata. Melainkan doa agar Allah ikatkan hati ida, ma dan semuanya dengan keikhlasan. Rasa nak peluk dari jauh. Tapi, cukuplah doa untuk memujuk rasa. semoga terus sabar dan tabah. Bahagia dengan ujian.

Pesan ida kat kak nis dulu, Laluilah takdir dengan ikhlas, kitalah yang menjadikan kehendak kita selari dengan kehendak Allah. Enjoy dis moment sebagai hiburan daripada Allah. Kak nis selalu ingat kata2 ida.

SyaheeDah said...

waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

amin3.
alhamdulillah. masyaAllah!
di saat sering lupa, ada insan yang tak pernah lupa mengingatkan.

doa k.nis insyaAllah buat ida rasa dipeluk erat!

alhamdulillah3! ^_______^

terima kasih ats sgala perhatian yg k.nis beri. sungguh, ada ketenangan jauh di sudut hati.

*pelajaran ikhlas dari Rabb.
nikmati saat dihibur Allah, kan? ^_^

inni uhibbuki fillah!!

RuMaH TuA said...

Sayu hati.
Terasa-rasa saat membaca.

Allah itu kekuatan.
DIA dihati.

Moga Allah kasih.

ku said...

syahida syahidannnn :)

terusik hati kecil hamba baca entri enty..
Moga terus kuat..
innaAllaha ma'ana :)

nukilan khas buatmu...
sekadar renungan bersama...

jika engkau mencintai bunga, sedarlah bunga itu akan layu.
jika engkau mencintai harta, harta itu nanti kau akan tinggalkan.
jika engkau cintakan manusia, sedarlah nanti dia akan pergi.
cintailah ilahi.
itulah cinta hakiki :)

sayang ida fillah <3

SyaheeDah said...

~rumah tua

"Allah itu kekuatan"
ye,benar sahabat..selamanya itulah kekuatan.

terima kasih..doa, sokonganmu terlalu besar ertinya.

moga Allah kasih dirimu jua^_^

SyaheeDah said...

~ku

mudah-mudahan,amin3^__^

patik tidak berniat mengusik hati puan hamba,hee

terima kasih sahabat dunia akhiratku.
sungguh bermakna nukilan tu.
hakikat cinta kasih.
(zauqnye lain, dpt dari bakal puan,^_^)

cintai Allah..maka usah runsing pada segala selainNya.

sayang ku fillah juga(",)

lia said...

assalam asyyaheedah syahida
seriously mengalir ayaq mata ni waktu baca post ida hok ni
lame tak jenguk blog ida
terus Allah pilih mata ni utk membaca bait-bait ida yang satu ni

semoga Allah sentiasa memelihara ida sekeluarga
trust me.ma ida insan yang hebat dan sangat kuat
sebab tu diuji sedemikian
even lia pun kalau duk tempat ida tak tau la cane
indeed

layukallifullahu nafsan illa wus'aha

:)
ida pun mujahidah yg hebat dan solehah
solehah utk ma dan ayah.inshaAllah

moga terus thabat ya!
moga ida sekeluarga sihat2 sokmo :))
may Allah bless

SyaheeDah said...

~lia

wassalam alaik lia..
alhamdulillah tsumma alhamdulillah

allahumma amin.
terima kasih ats doanya.
moga segala kebaikan dan kelembutan Allah buatmu sahabat.

ida yakin lia bahkan manusian lain juga diuji kan, ramai dari kita yg nikmat dan musibahnya bersilih ganti.

dan adakala nikmat & musibah, keduanya menjdi ujian.

kehendak Allah. pasti & pasti kerana hikmah dan rahmat utk hambaNya.

ada ketika itulah cara Allah memperkenalkan DiriNya.

moga lia dan keluarga baek2 skmo juga^__^
luv u fillah!

اللهم صلى على محمد ^_______^

anna Insyirah said...

k.ida, miss u... (sobs2)

rindu kehadiran k.ida,
rindu kata2 k.ida
rindu senyuman k.ida...

Moga k.ida sentiasa qawiyy

May ALLAH bless...syg k.ida kerana Allah <3 <3 <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers