Tuesday, November 20, 2012

Lautan Hikmah : Majlis 1 – bahagian 2.


بسم الله الرحمن الريم

Tidaklah digerakkan jemari ini melainkan dengan mengharap kedekatan dan kebersamaan itu semakin jelas bagiku.

***************************************************************


Pandangnya Allah padamu.

Jika kamu mengharapkan agar Allah sentiasa memandang kepadamu, maka sibukkanlah dirimu dengan melakukan ketaatan kepadaNya, bersabar bersamaNya, redha dengan semua ketentuanNya terhadap dirimu dan orang selain kamu.

Tiada alasan bagimu tentang tindakanmu terhadap Allah, melainkan mencintaiNya dan beramal untukNya. Takut kepadaNya bukan kepada selainNya.

Semuanya ini dilakukan dengan hati, bukan dengan lidah. Semuanya ini dilakukan di dalam kesunyian, bukan di dalam kesibukan dan keramaian.

Apabila tauhid berada di ambang pintu, sedangkan syirik berada di dalamnya, maka itu namanya munafik.

Lembutlah terhadap takdir.

Wahai hamba! Tidurlah kamu di bawah naungan takdir, berbantallah engkau dengan kesabaran, bersikap redhalah engkau terhadap takdir, beribadahlah engkau dengan selalu menanti dan mengharapkan kebahagiaan.

DIA akan mengurniakan anugerah dan nikmatNya, di luar yang pernah engkau cari dan dambakan.

nafsu.
 
Hawa nafsu, maka hendaklah kamu mengendalikannya. Nafsu itu tidak ubah seperti anak kecil yang belum mempunyai akal. Bagaimana engkau mesti belajar dan mengambil sesuatu darinya?

Janganlah engkau terbelenggu bersama makhluk, sementara engkau terjauh dari Khaliq.

Taubat.


Tanggalkanlah baju kederhakaanmu dengan taubat yang tulus. Taubat adalah perbuatan hati, setelah sucinya anggota badan dengan amal syar’i. Orang yang mempunyai hati itu beramal, sementara hati itu sendiri juga beramal.

Apabila hati itu keluar daripada lingkaran sebab-musabab dan berhubungan dengan makhluk, maka ia telah mengharungi samudera tawakal, ma’rifat kepada Allah, meninggalkan sebab dan mencari Penyebabnya. Maka ia akan berkata seperti yang dinyatakan dalam firmanNya ;

الذي خلقني فهو يهدين
(iaitu Tuhan) Yang Menciptakanku, maka Dialah Yang Menunjuki aku.

Maka dia diberi petunjuk, dari suatu tempat ke tempat lain, sehingga ia berhenti di sebatang jalan yang lurus.

di jalanan tidak sendiri.

Apabila pada suatu perjalanan dia merasa takut akan kerosakan, maka tampillah keimanannya, lantas menimbulkan keberanian, dan api ketakutan akan padam dengan sendirinya. Sebagai ganti, akan datanglah cahaya terang benderang, cahaya ketenteraman dan kebahagiaan yang lahir dari hasil taqarrubnya kepada Allah.

Wahai hamba! Apabila suatu penyakit menimpamu, maka terimalah ia dengan penuh kesabaran, dan tenanglah engkau sehingga datang ubatnya. Apabila begitu, terimalah ia dengan kesyukuran. Kamu akan berada dalam kehidupan yang tenang dan bahagia.


Pengganti.

Ingatlah! Dunia ini mempunyai pengganti, iaitu akhirat. Makhluk juga punya pengganti, iaitu Khaliq. Setiap kali kamu meninggalkan sesuatu di dunia ini, maka engkau akan memperoleh gantinya yang baru dan lebih baik di akhirat.
  
Ya Allah..
Sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepadaMu, dan hati kami dengan ma’rifat kepadaMu.
Sibukkanlah sepanjang hayat kami, pertemukanlah kami dengan orang-orang soleh yang sudah mendahului kami.
Berilah kami rezeki sebagaimana rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka.
Datangkanlah kepada kami sebagaimana Engkau datangkan kepada mereka.  

~~(Fath alRabbani – Rahsia-rahsia Agung Berjumpa Allah, Lautan Hikmah Kekasih Allah - Syeikh Abdul Qadir AlJailani alQuraisyiy).

***************************************************************

سألت الله بارينا # يبلغنا امانينا
Aku memohon kepada Allah Tuhan Pencipta kami # agar dimakbulkan kehendak kami
ويذهب مننا الأكدار # ربي واجعلنا من الأخيار
Dan hilangkan kekeruhan dalam kehidupan kami # Tuhanku golongkan kami dikalangan hamba yang terpilih.


*musyahadah zauqiyah*
-Penyaksian dengan perasaan-

filbeit. 211112. 0105am.

6 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Barangsiapa menghimpun enam perkara, bermakna dia tidak membiarkan syurga untuk dicari dan neraka untuk disingkiri, mengenal Allah SWT kemudian mentaati~Nya, mengenali syaitan sebagai musuh Allah kemudian mendurhakainya, mengenali kebenaran kemudian mengikutnya, mengenali kebathilan kemudian menyingkirkannya, mengenali dunia kemudian meninggalkannya dan mengenal syurga kemudian syurganya.

SyaheeDah said...

~abd Razak

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

syukran atas perkongsian ustaz,menambah erti entry ini.

"...dan mengenal syurga kemudian 'syurganya'"...?

typing error mungkin?

جزاك الله خيرا

Abd Razak said...

Allahu Akhbar...tersilap pada perkataan syurganya...sepatutnya 'mencarinya'

Maaf...

RuMaH TuA said...

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.

Ibrahim: 24


Belajar memahami kesempurnaan makrifat...

(^_^)y Rindu-rinduan.
Selamat menghabiskan baki2 cuti. Hee~~~

Moga Allah kasih dirimu sahabatku.

SyaheeDah said...

~abd razak

tidak mengapa.
alhamdulillah, syukran.

SyaheeDah said...

~rumah tua

لا راحة لمؤمن غير لقاء ربه عز وجل

"tiada kegembiraan bagi orang yang beriman kecuali bertemu dengan Tuhannya 'Azza waJalla".

rindu-rinduan pada penulis entry rindu,hehe

salam kerinduan buat sahabat yang berjauhan..

ceeeewah...
hehe..

moga dalam barakah Allah sahabatku^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers