Itu yang
ana rasa.
Buat sahabat dunia akhiratku,
...NUR AZILAH AB. HALIM...
Dia seorang
sahabat yang terlalu baik. Jujur menerima ana seadanya.
Dialah
yang selalu berdebat dengan ana sewaktu di maahad dahulu.
Dia juga yang membawa
harapan ana bersama apabila dia meneruskan kehidupan mencari ilmu di bumi
Jordan.
Dia
juga yang mengenalkan ana pada kitab-kitab. Kami membaca dari kulit ke kulit. Kami
berbicara soal tasawwuf bersama. Dan kami akan ‘pening-pening lalat’
bersama-sama.
Kami
sama-sama menghafaz ayat-ayat Allah. Allah masih izinkan kami bersama dalam mencari
cintaNya. Dan kami akan sama-sama murajaah dalam kelas.
Tawaf maahad bersama. Puasa bersama. Tamrin bersama.
Namun
hari ini. Di hari bahagianya sebagai seorang wanita yang mengharap cinta
Rabbnya, ana tidak mampu menghadirkan jasad ini untuk bersama dia.
Seandainya
penyesalan mampu mengubat hati ini, maka itulah yang mungkin ana pilih. Namun
ana tahu, bukan itu yang seharusnya ana pilih.
Begitu
juga di hari keberangkatan dia ke Jordan. Kami hanya sempat bersua mata hanya untuk seketika.
Sanggupnya
ana melayan dia sebegitu rupa.
Tapi,
itulah antara peristiwa yang benar-benar membuat ana terasa bahawa hanya Allah
yang berhak menentukan segalanya. Dan ana, bukanlah sahabat sebaik dia.
Nikah.
Di saat
mendapat tahu tarikh sebenar akad nikah, hati ana merasa kosong.
Allah..bagaimana
ana nak selesaikan hal ni.
Ana tak
boleh hadir pada tarikh tu. Sedangkan sebelum dia pulang ke Malaysia lagi,ana sudah
berjanji untuk cuba sedayanya untuk hadir, kalimah insyaAllah menjadi hiasan di mulut. Doa
menjadi nyanyian dalam hati. Mudah-mudahan Allah izin ana bersama dia pada saat
itu.
Solat
hajat pinta penyelesaian dari Allah. Benar-benar terasa seolahnya seperti
seorang manusia yang kehilangan tangan, kaki, mulut, bahkan seluruh anggota. Seolahnya
tiada apa yang ana mampu lakukan.
Allahuakbar.
La haula wala quwwata illa billah. Apapun,andai menjadi kehendak Allah, tak
mustahil ana boleh ke sana, penuhi harapan dia. Kun fayakun. Tidak ada yang bisa
menolak andai Allah berkehendak.
Siapa tahu, kelas pada tarikh tu dibatalkan. Atau ana diberi cuti. Atau apa sahaja asbab yang tak mampu ana fikirkan. Segalanya boleh berlaku dengan izinNya. Di saat itu, sedar bahawa hakikatnya apa yang bakal berlaku itu telah ada dalam pengetahuan Allah. Hanyasanya ana sebagai hamba, tidak tahu dan kerana itu usaha sebaiknyalah yang perlu ana lakukan.
Tidak.
Akhirnya.
Telah sempurna takdir ana pada tarikh tersebut. Iaitu hari ini. Tercatat di
lauh mahfuz.
Jasad
ana masih jauh dari jasadnya.
Masih
ada harapankah?
Sahabat..
Sungguh,
lisan ini tak sanggup mengeluarkan sebarang kata. Tiada kata yang mampu
menggambarkan rasa hati ini.
Sungguh.
Mengenali dia merupakan suatu nikmat yang cukup besar dalam sepanjang hidup ini.
Melihat
wajah dia membuat ana teringat kepada Allah. Ana yakin pada Allah bahawa dia
adalah sahabat dunia akhirat ana.
Saat
bersama dia yang sangat terhad merupakan anugerah yang sangat indah buat ana.
"Bila seseorang hamba itu benar-benar
dekat dengan Allah, maka Allah akan menjadikan kehendaknya sesuai dengan
kehendak Allah."
Termenung sendiri tatkala hati teringat akan bait kata-kata ni.
*********************************************************************************
Azilah..
Maaf. Mungkin kehinaan yang menjadi pakaian harian saya ini menyebabkan saya
tidak mampu menjadi sahabat yang baik. Ya, benar segalanya dari Allah. Walau ianya
baik mahupun buruk pada pandangan mata kita. Hakikatnya segala takdir Allah itu
adalah yang terbaik.
Awak
hadiah yang sangat indah dari Allah buat saya, insan yang hina dina ini.
Sedih.
Mungkin kerana mengenangkan saya tidak mampu membalas kebaikan awak pada saya. Namun
akhirnya saya tersenyum bila mengingat kembali bahawa Allah yang memiliki
segalanya itulah yang akan membalas kebaikan awak. Dengan balasan yang saya
sendiri tidak mampu bayangkan.
Maaf
atas segalanya.
Namun.
Apa saja yang terjadi antara kita, benar-benar membuat saya semakin mengerti
tentang kehidupan dunia. Allah mendidik kita untuk benar-benar mengharap pada
Dia. Benar-benar terasa doa menjadi penghubung kita. Benar-benar terasa ada DIA
di antara kita.
DIA menjadi
penghubung dan penguat hubungan kita.
Takdir
saya hari ini. Menuntut kekuatan yang cukup besar untuk membuahkan perasaan
redha yang benar-benar kerana Dia semata. Saya mahu air mata yang tumpah itu
untuk redha yang sebenarnya sebagai seorang hamba.
“Allah
jaga dan sayang awak lebih dari saya sayang awak. Maka saya serahkan awak pada
DIA.”
Moga
doa awak untuk menjadi bidadari buat zauj tercinta di dunia dan akhirat menjadi
kenyataan. Amin.
Tidak
terniat di hati untuk mengagungkan dia. Kerana ana yakin Allah yang Maha
Agunglah yang telah menjadikan dia sebagai seorang sahabat yang sangat-sangat
baik buat ana.
Selama
ana mengenali dia, Alhamdulillah Allah tunjuk pada ana, dia seorang yang dekat
dengan Allah.
Alhamdulillah,
dia selamat diijabkabul dengan suami pilihan dari Allah, pada waktu dhuha tadi.
Waktu tersebut dipilih kerana dhuha memberi makna yang mendalam antara
dia dan Allah sebagai Kekasih abadinya.
Jodoh
terbaik dari Allah untuk dia. Kuasa Allah, walau ana tak pernah kenal suami
sahabat baik ana ni, Allah tunjuk pada ana bahawa dia seorang yang soleh
insyaAllah. Pasangan yang soleh dan solehah insyaAllah.
Moga layaran bahtera kalian sentiasa dalam tuntunanNya.
بارك الله لكما وبارك
عليكما وجمع بينكما في خير.
~INNI UHIBBUKI FILLAH~
9 comments:
nak tumpang wish jugak. barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fil khair azeelah.. :D
** ida. jangan sedey sedey.. mungkin sebabab kalam yang ida ukir ni datang dari hati. sapaikan aty orang boleh terasse betape dalamnye ikatan persahabatan kalian. may ALLAH bless ur friendship till jannah (^___^)
my dear...sampaikan rindu dan sayangmu utk shbt dalam untaian doa2..itu lbh bmakna dlm memaknakan pshbtn.. bertemu di alam realiti dlm membahagiakn shbt satu hrpn, nmun xmgkn setiap saat kita mmpu..berusaha sebaik tadbir, namun ttp dibatasi taqdir..
#sweetnya azilah n zauj...kak nis tgk pic kawen dlm fb..
~cik atin
^__^
insyaAllah,xnak sedih2..
sangat terharu dgn hikmah yang cukup banyak yang Allah beri..
dikurnia shbt sebaik kalian semua..
amin,syukran cik atin!
may Allah bless our relationship(",)
~anis
betul k.nis..ingatan seperti tu yg mampu membuat hati lbh tenang..
kerana DIA yang menjadi penguat & pghubung hubungan kami...
hubungan kita semua juga..
*orang yg mmg dh sweet, lagi sweet bila tambah sorg lagi^__^
sempurna separuh iman...insyaAllah
..n k.nis..ida akn sbr mnunggu utk tgk k.nis btmbh2 sweet,hehe
semoga berjaya melawan Dasim laknatullah :) haaza min fadli rabbi :)
~bulan syurga firdausi
syaitan lari bertempiaran bila manusia melafaz akad pernikahan.
moga Allah pelihara kita semua.
Assalamualaikum,,
Ehem! Syahdu ayatnya... T_T
Segarkan rasa gembira itu bia mengatasi sifat hati yang mudah berasa sedih... <3
"Iqa tengok macam muka toke la kawan ida.." Hee~~~
Moga Allah kasih.
~rumah tua
waalaikumussalam w.b.t..
insyaAllah, jazakillah khaer iqa..
"dalam gambar je kot ada iras. tp ok jgk,blh tgk muka toke klu teringt kt kawan ida ni,hehe (n vice versa la,hi3)
*mahu berasa hamba mudah2an segala menjadi tenang^__^
Post a Comment