Monday, June 25, 2012

Dosa yang bermanfaat.


Mata hati.
Ada juga ye dosa yang bermanfaat? Ada. Biasa dengar kan, orang cakap “apa sahaja yang berlaku, itulah yang terbaik untuk kita”. Cumanya, sama ada kita faham atau tidak. 

Maka,beruntunglah bagi mereka yang lihat setiap sesuatu dengan pandangan mata hati.

"....وفي كل خير....."

Ini yang Nabi (saw) sebut pada kita sewaktu baginda (saw) memperihalkan mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah. Antara cirinya, mukmin yang kuat merasakan apa sahaja perkara yang berlaku, itulah yang terbaik.

Rahsia taubat.
Salah satu yang nak ana sentuh dari kitab atTaubah wazifah al-‘umur (Penyucian Dosa Sepanjang Hayat) oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, iaitu:

Terkadang dosa itu lebih bermanfaat bagi hamba, daripada pelbagai ketaatan...
...selama ia disertai dengan taubat.
 
Dosa sebagai ‘catalyst’.
Dosa sebagai pendorong/pemangkin kepada takut,rindu,taubat & cinta kepada Allah? Apa benarrr?

Ibn Qayyim r.h. berkata : “inilah makna perkataan sebahagian salaf yang mengatakan, ‘adakalanya seorang hamba berbuat dosa, namun masuk syurga dan adakalanya seseorang mengerjakan ketaatan, namun masuk neraka’.

Orang-orang bertanya: “bagaimana itu boleh terjadi?”

Beliau menjawab: “dia melakukan dosa, seolah-olah dosa itu selalu nampak di hadapan matanya. Ketika sedang berdiri, duduk, mahupun berjalan, dia selalu ingat akan dosa tersebut sehingga membuat hatinya luluh, bertaubat, menyesal, memohon keampunan kepada Allah, dan menyesali perbuatannya. Hal itulah yang menjadi penyebab keselamatannya.”

Sementara yang melakukan kebaikan, seakan-akan kebaikan itu selalu nampak di hadapan matanya. Ketika sedang berdiri, duduk, ataupun berjalan, dia selalu ingat akan kebaikan tersebut sehingga membuatnya takbur, ujub dan rasa telah mendapat kurnia. Hal itulah yang menjadi penyebab kebinasaannya.


Rahsia yang indah.
Apabila Allah menghendaki suatu kebaikan bagi seorang hamba, maka Dia akan menimpakannya dosa yang membuat hatinya luluh, menjadikan dirinya sedar akan kedudukannya di sisi Allah, dan membuatnya berhenti melakukan keburukan. Kepalanya pun akan tunduk, tidak ujub dan tidak takbur. Di samping itu, Allah akan memberinya kurnia kebaikan kepadanya dan kepada hamba-hamba yang lain sehingga dengan demikian dosa ini lebih bermanfaat daripada sekian banyak ketaatan. Taubat dapat diumpamakan ubat yang diminum untuk mengeluarkan penyakit berbahaya yang ada dalam tubuh.  -madarijus salikin li ibn Qayyim(pendakian menuju Allah).

Hadam ilmu.
Hati-hati wahai hati. Seorang guru pernah menyebut. Tanda sesuatu ilmu itu hadam ke dalam hati adalah; bila kita belajar tentang sesuatu, kita teringat pada diri kita dulu, bukan orang lain. Kita bandingkan diri kita dengan ilmu tu, adakah kita sepertimana yang disebut dalam ilmu yang kita belajar tu. 



Di saat membaca entry ni (taip-buat ana yang menaip), wajah dan hati siapa yang terpapar dalam ingatan?

Andai tak terbayang walau hanya satu perilaku dosa yang pernah dibuat.. Moga ia akan menjadi 'dosa yang bermanfaat'.

‘ala kulli hal, inilah salah satu rahsia yang sangat indah dari rahsia-rahsia taubat. Berita gembira buat yang berdosa (a.k.a manusia), juga peringatan besar buat manusia yang merasa tidak berdosa (???). astaghfirullah.

Akhirnya.
Akhirnya, terpulang pada kita bagaimana menanggapi segala yang berlaku. Bagaimana pandangan dan sikap kita terhadap kesilapan yang saban hari tak terlepas dari insan yang sedar diri. Semuanya telah ada untuk kita pilih.

"Sangat indah bila Allah izinkan untuk kita faham, dan kita, memilih untuk faham."
(^__^)v


m225. 26jun2012. 1222am.

2 comments:

iffah nasuha said...

da : ana wt dosa..

ana berdosa
ana btaubat
tapi ana merasakan diri tidak suci lagi lantaran dosa itu..

ye..
bersangka baiklah bhw allah akan menerima taubat kita..

tp sekalipun allah menerima taubat ini,
diri tetap merasa tdak tenang krn dosa silam..

mcm mn nk tenangka ati yg gersang n run out of iman nie??

TERSEKSA DGN NAFSU
TERBELENGGU DALAM TAUBAT


T.T

SyaheeDah said...

~iffah nasuha

dear,
yg namanya hamba,dosa menjadi hidangan utk dia merasa hina pd Penciptanya sendiri.

bagaimana kiranya kita merasa tidak pernah punya dosa, tidak punya ms silam yg berhiaskan dosa?

apa mungkin kita merasa hina dihdpn Allah?

mengingati kesilapan diri,memberi ruang utk kita sentiasa merendah,tunduk..bahkan tidak berani mendongak menentang 'pandangn Ilahi'.

mcm mn? ana tdk punya jwpn psti..namun,ana ykin jwpnnya ada pd Allah yg Maha mengerti kita,pah..

kembali,sabar, & bersama Allah..

semestinya taubat yg benar menjadi jln melepaskn diri dr belenggu yg fana'..insya-Allah.

Allah a'lam,Allah khaer ulmusta'an

^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers