Sunday, January 8, 2012

.:..tiDak maHukah kiTa?..:.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sedikit ruang hujung minggu yang berbaki ini, Allah kurniakan ilham dan kekuatan untuk menulis sesuatu di sini.

Sesuatu yang sangat menyentuh hati ini.

Ana tidak mahu mencatat sebarang nas mahupun sebarang syahid di sini. Izinkan ana meletakkan sedikit bait kata bagi menggambar rasa hati pemberian amanah Tuhan ini.

..........................................................................................


Buat diri ini dan saudaraku sekalian.

Jagalah kalam Allah, jagalah bacaannya, jagalah hafazannya.

Tolong dan tolong..

Tidak sekali-kali kita dikurniai hadiah berharga seperti itu, melainkan untuk kita memahami bait cinta Allah kepada hambaNya itu..

Siapa hamba itu?

hamba itu kita...kita!

Itu hadiah buat kita. Hargai ia. Tolonglah!

Tolong..dan tolonglah...

Andai pernah, walau hanya sekali, terdetik di hati untuk menghafaz mahupun belajar tentang Al-Quran..

Bangunlah, pintalah kekuatan dari Allah untuk melaksanakannya.

Jangan sesekali membiarkan ilham itu pergi berlalu begitu sahaja.

Saya tak ada masa nak belajar.
Saya tak mampu nak hafaz. 

Kamu tidak akan pernah mampu melakukan apa pun, hatta untuk mengedipkan mata sekalipun!

Kemampuan yang ada pada kamu hanyalah dari Allah semata.

Hati-hati wahai mulut amanah Allah itu.
Jangan kamu menafikan hak Allah untuk memberi kemampuan kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya!

Saya cinta Allah, saya cinta Rasul.

saya akan jaga hubungan sesama manusia setiap hari.

Buktinya, saya rela bersembang berjam-jam, bergelak ketawa setiap hari..berbaik-baik dengan semua orang, baru dapat selitkan dakwah, orang pun suka..itu tanda saya cinta Allah dan Rasul.


Relanya kita mempersembahkan ibadah seperti itu, sedangkan Al-Quran kita tak sanggup baca lebih dari 5 minit!

Zalimnya kita!

Mana hubungan kita dengan Allah?

Relanya kita menghafaz setiap bait teori dari manusia yang sangat dangkal ilmunya untuk menghadapi peperiksaan, sedangkan Al-Quran, kita mind setkan bahawa kita tak mampu untuk hafaz.

Sombongnya kita!

Relanya menipu diri sendiri sedangkan takdir Allah itu tidak akan pernah dapat kita jangkaui.

Sahabat-sahabatku,

Andai pernah terdetik dihati untuk mendalami al-Quran, teruskan.

Andai pernah hati itu terjentik untuk menghafaz al-Quran, jangan biar 'jentikan' Allah itu berlalu begitu saja.

Hargai diri kita, pujuklah diri kita untuk menyemat kemas kalam Allah dalam hati kita.

Setelah kesusahan itu ada kesenangan.
Tidak mengapa andai perlu bertatih di usia ini.

Maaf andai tidak terbit dari mulut amanah Allah ini, untuk mendorong. Maaf.
Diri ini terlalu dho'if, faqir di sisi Allah.

Benar, adakalanya suasana sangat tidak membantu.

Namun..
Kita ada Allah..kan..

Tidak mahukah kita menyarung mahkota buat ayahanda dan bonda di akhirat kelak?

 fi m225, 
080112, 0522pm.

14 comments:

anna Insyirah said...

alhamdulillah, Allah masih bagi peluang utk mendalami ilmu Al-Quran...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga dikurniakan kesihatan yang baik..

Ya, matlamat kita adalah kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab neraka..

RuMaH TuA said...

Kita menghafaz seluruh al - quran atau sebahagian daripadanya merupakan ehsan daripada Allah taala. Tanda berterima kasih dengan ehsan yang Allah berikan, beramallah dengan al - quran.


Sabda nabi,
"Sesungguhnya orang - orang yang tiada sesuatu daripada al - quran dalam dadanya seperti rumah yg ditinggalkan kosong. Sebagaimana rumah itu ceria apabila berpenghuni begitulah hati manusia ini akan ceria apabila adanya ayat - ayat al - quran yang dihafal dalam dadanya.

"tak mahu menjadi sombong"

~cik atin~ said...

ida.. xtaw kenape rasa sebak menyelinap dalam diri lepas bace entry ni.. rase dapat sedikit kekuatan... terime kaseh sesangat..

Bulan Syurga Firdausi said...

Allahuakbar...terima kasih atas peringatan...

SyaheeDah said...

~anna insyirah

alhamdulillah, mga kita terus dberi kekuatan..cuba sedayanya memanfaatkan peluang yg Allah beri..

*ilmu Allah sgt2 luas, sdgkan ilmu y dberi pd kita amatlah terbatas*

SyaheeDah said...

~abd razak
waalaikumussalam wbt

amin, terima ksh ats doanya, buat saudara2 kita yg laen jua.

betul, seseorg yg jelas dgn mtlamat hidup akan mgerti kbhgiaan dunia yg benar akn mmbawa kbhgiaan abadi d akhrt.

"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"

SyaheeDah said...

~rumah tua

betul, tnda ihsan dr Allah.

syukran, sabda Nabi itu sgt2 bermakna dlm entry ni ^__^(mmg patut ida xletak sbrg nas, dpt pkongsian dr iqa,alhamdulillah).

*Allah tambah lg peringatan dlm kliah PQE td,.sebak pn ad, alhmdulillah..

SyaheeDah said...

~cik atin

alhamdulillah..tiada yg dpt mghlg andai Dia bkhndak mmbri kkuatan^_^

sbgaimn diri ini pernah rasa sebak bile nk smbung hfln..
tp stlh tu Allah pujuk..
alhmdulillah, skdr mahu bkongsi apa yg Allah beri rasa.

*syukur..

SyaheeDah said...

~bulan syurga firdausi

walillahilhamd..
sama2..slg mngingati insyaAllah moga Allah redha.

Anis said...

T_T.. allah..bertahun menanam kekuatan, namun aturan Allah i2 indah, mahu diri merasai sikit demi sikit halawah menghafaz kalimah cintaNYA.. berfikir,betapa unik caraNYA mberi.. berbeza cara ALLAH mngurnia nikmat ini ke dalam dada hambaNYA. cepat atau lmbt.. semoga masih punya waktu..

sungguh! mana mungkin aku tdk mahu menyarung mahkota buat abah dan mak..!


Allah...saaiduuuni .. insya ALLAH Allah daiman maa'iii...

kueh said...

'ha za min fadhli rabbi'

tiada yang milik kita, semua Allah punya. kalau kemahuan itu ada, InsyaAllah, Allah akan bantu kita walau di mana kita berada..

terkena dgn ayat "saya xmampu nk hafaz"..
hehe:)

^hablum minAllah, hablum minannas^
^^,

SyaheeDah said...

~anis..

benar k.nis..

stp hamba itu punya bhgiannya yg tersendiri..
bgaimana, bila..smuanya tlh ad dlm ilmu Allah.

insyaAllah..wktu itu akn msh ada..insyaAllah, Allah daiman ma'ana.

*sntiasa tercari2 & mgumpul kekuatan utk meneruskan...T__T

SyaheeDah said...

~kueh

na'am..fahuwa min fadhli rabb..

ye..habl..amanah yg manuntut kita utk senantiasa bersabar & brsyukur..

*maka kita tukar..saya mmpu hafaz krn Allah 'memampukan' saya!^__^
amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers