Sunday, December 25, 2011

Zahid pada Dunia & Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama tinggalkan blog ni. Sengaja memberi masa pada diri untuk mentelaah hikmah dalam ilmu yang teramat banyak, itupun hanya sedikit diberi pada manusia. insyaAllah kali ni, rasa teringin nak kongsi syarah 1 hadis ni, ana ulangkaji masa tunggu ayah jemput lepas habis 1 test rabu lepas.(test ape cuti-cuti ni,jeng3) Tunggu punya tunggu sampai tak sedar dah sejam lebih. Sapa orang kat tepi sudah, tengok alam sekitar sudah, what else? Haa, jangan lupa, ada "khazanah" kat dalam beg..

Orang kata, penantian itu 1 penyeksaan. Nak tau cara tunggu tanpa merasa bosan mahupun terseksa?^_^

-         Zikir…tak kira dengan apa cara sekalipun. One of it, baca sesuatu yang boleh mengingatkan kita. Hmm,'baca orang' pun boleh^_^.gurau2.. 
      biasanya orang putih cakap, you are what you eat kan, rasanya boleh kot ana tukar jadi you are what you read. Kalau setuju, sila doakan kejayaan kita semua dunia akhirat, ok..
……………………………………………………………………

Hadis 31

Ana petik dari matan arba'iin susunan imam AnNawawi. Matannya insyaAllah boleh lihat dalam kitab ni, terjemahannya :-


Dari Abi al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idiy r.a. katanya: telah datang seorang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulallah! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi aku oleh manusia. Kemudian Rasulullah berkata: hendaklah zahid pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah; dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia.

Zahid Pada Dunia Dikasihi Allah.

Erti zahid dalam kalangan ulama tasawwuf:

# Benci dunia dan berpaling darinya.

# Tinggal kesenangan dunia kerana kesenangan akhirat.

# Kosong hati dari daripada suatu yang tiada di tangan.

# Menghindar duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan apa yang ada.

Yang lebih masyhur dan dipersetujui ulama yang diberi 2 pengertian oleh Ibn Qayyim alJauzi :-

  1. Zahid itu ialah kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid golongan 'arifin (mengenal Allah).
  2. Zahid itu ialah kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau dari syurga kecuali Allah; ertinya kepada Allah sahaja tujuannya iaitu untuk mencapai keredaanNya semata-mata. Inilah zahid golongan muqarrabin (yang mendampingi peribadi kepada Allah).

"Bukanlah zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka". – Imam Ghazali.

"Kalau seorang lelaki mengambil sekalian apa yang ada di permukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia". – Sayyidina 'Ali.

"Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada di tangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama seperti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau".1

Makanya, zahid pada dunia ada 3 perkara; semuanya dari amalan hati bukan dari amalan anggota badan, iaitu :-

1- Percaya kepada suatu yang ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yang ada pada diri sendiri.

2- Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia kerana kehilangan sesuatu, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan dikala tiada kesusahan tersebut.

3- Sama saja perasaan dan sikap tatkala dipuji mahupun dicela kerana kebenaran yang dilakukan.

Zahid Pada Barang Di Tangan Manusia, Dikasihi Manusia.

Wasiat Rasulullah kepada seorang lelaki ;-

"Putuslah harapan engkau dari apa yang ada dalam tangan manusia, nescaya engkau dikasihi manusia".

Pernah seorang badwi penduduk Kota Basrah bertanya:

"Siapakah ketua masyarakat di sini?" Ada seorang yang menjawab: "Kota masyarakat ialah al-Hasan". Dengan apa yang mulia itu menjadi ketua?". "Dengan ilmunya dan sikapnya. Kerana manusia berkehendak kepada ilmunya, sedang ia tidak berkehendakkan kepada dunia mereka".

.............................................................................................................

Teringat pada seorang murabbi di maahad. Murabbi pernah cakap, dia sedaya upaya tidak akan meminjam kitab dari orang lain. Hati ana tertanya juga, kenapa begitu, tapi tak tertanya pula. Perhaps, murabbi ni zahid dengan apa yang ada pada tangan manusia, insyaAllah. Pada ana, murabbi ini seorang yang tawadhu'. Dan, dia antara orang yang punctual, kalau masuk kelas lambat, dia akan minta maaf dan sebut berapa minit dia terlambat. Tapi, mungkin rezeki ana yang lain, ana tak pernah belajar dengan murabbi ini secara formal dalam kelas.  

Seingat ana hampir setahun lepas, ana pernah balas pertanyaan ustaz semasa di jabatan, ustaz tanya;

enti tak masuk bertanding jadi calon ke?

Zuhud, ustaz. (~_~)

Saja berseloroh. Nak membalas pertanyaan orang pun kena berseni kan. Sunnah tu. (walaupun maksudnya tak kena pada tempat), tapi sekurang-kurangnya kita bawa keluar perkataan yang boleh mengingatkan kita dan orang lain, insyaAllah.

zuhud? insyaAllah mudah-mudahan.. sahabat2 lain,gambar 'Iranian look' yg ni je ida ada,asif jiddanT_T



________________________________________________
1. maksud hadis riwayat Muhammad bin Muhajir dari Yunus bin Maisarah.


fi baiti,
dec2011,25
0933pm

21 comments:

~cik atin~ said...

terime kaseh ida.. malu rasenye.. stakat ni x'sempat ag' nak sapai ke bab syarah hadis ni.. 'bz' kononnye..nak kene upkan siket usaha ni.. (",)

alhamdulillah.. perkongsian yg sgt b'gune..

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum...

Post ni post yang paling iqa suka... 'terasa' kat hati ni... Sebab diri ni masih lagi gembira dengan apa yang ada dan duka atas yang tiada...

"Moga Allah pelihara"

SyaheeDah said...

~cik atin..

sama2 fatin.
bz dgn hal yg mengingatkn kita pd Allah,tak salah kan?^_^

mudah2an Allah permudah dan redha usaha kita,amin.

insyaAllah, berkongsi utk pringatan bsama(",)

SyaheeDah said...

~rumah tua a.k.a baitilatiq

waalaikumussalam w.b.t

alhamdulillah,.
ida baca n blaja tentang ni pun, ada rasa 'terasa' tu.
mungkin jauh lagi level zahid tu dari diri ni.hmm..

*moga Allah beri kekuatan sokmo.amin

Addien said...

Hadith arbain an-Nawawi dengan sanad hasan jika saya tidak salah..takhrijnya juga tiada error..

sekadar berkongsi..

ذكر ابنُ القيم أنَّ قيمة الإنسانِ همتُه ، وماذا يريدُ ؟! .
وقال أحدُ الحكماءِ : أخبرْني عن اهتمامِ الرجلِ أُخبرْكَ أيُّ رجلٍ هو


(al-Hafidz) Ibn al-Qayyim (w.751H, manhaj salafiyah Syria) menyebut, nilai manusia itu diukur dgn wawasan (himmah) yg ia miliki; maka apa lagi yg diperlukan manusia melainkan memiliki sebuah wawasan setinggi mungkin?

Berkata seorang hukama' (bijakpandai), "Khabarkan kepadaku apa cita2 seseorang itu niscaya akan aku khabarkan siapa sebenarnya si dia itu." [Madarij as-Saalikin, 3/171]

Bulan Syurga Firdausi said...

Allah,....sejuk mata tgk gambar tu :)

peRmaTa_ aGamA said...

perk0ngsian yg mnarik..m0ga tr0s istiqamah dlm mncari redha Nya..=)

~ sharing is caring..(^_~) ~

SyaheeDah said...

~Ad-Dien

sodaqta,.maaf tidak diletakkan taraf hadis.

syukran ats perkongsian & pringatan yg sgt2 bmakna.

teringat pada ibn Ato'illah dlm al-Hikamnya,
"سوابق الهمم لا تخرق أسوار الأقدار"
“Kekerasan himmah itu, tidak dapat menembus tirai takdir.”

syukran, jazakallah khaer, amin.

SyaheeDah said...
This comment has been removed by the author.
SyaheeDah said...

~permata agama

amin, syukran atas doanya ^__^
moga terus istiqmh jua.

caring is loving,hee

SyaheeDah said...

~bulan syurga firdausi

mudah-mudahan mmbawa kita semua utk ingat pada Allah.

tiada yg Allah jadikan itu sia2, melainkan utk diambil pengajaran darinya.

alhamd hanya utkNya.

Bulan Syurga Firdausi said...

yup btl..smua tu kuasa Allah kan...ziarah cni lg ye..

SyaheeDah said...

~bulan syurga firdausi

semuanya dalam tadbir Allah.

*moga Allah redha kita semua,amin.

tme kasih.

Ummu Aiman said...

trime ksih ida..
meaningfull...:)

kueh said...

Allah..
baru kali ni sempat nak komen..
bz sgt berniaga..hehe:P

mula2 nk komen sal gambar tu je, sbb ada 'kueh' .hehe..

zuhud.
senang sebut, susah nak buat. pasti & pasti ada ujian utk terus kuat..ke cam na??

^moga terus istiqamah^
^^,

Addien said...

tidak mengapa, lebih afdhal jika sanadnya di takhrij aatau tahqiq. Jika ada kemampuan dalam rijalul hadith wa ta'dil

p/s- student hadith ke???
uni madinah?

SyaheeDah said...

~ummu aiman

sama2, buat peringatan kita bersama.insyaAllah

*usrah xblh 'jalan'..T__T

SyaheeDah said...

~ummu aiman

more meaningfull bila ada teman 'se-tren' di situ,^___^

SyaheeDah said...

~kueh

takpe, bz dgn sunnah^_^

betul2, krn status kehambaan itu melayakkan kita utk menerima anugerah ujian dari Tuhan..

Allahu yubarik fiik.

*pasni kena letak gmbr kueh byk2..^__~

SyaheeDah said...

~ad-dien

insyaAllah, afdhalnya begitu.

لا, ولكن..
ارجو على الله أن يهدين الى المعرفة الحقيقة التي يقودوني اليه عز وجل, امين

..syukran.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers