Sunday, December 4, 2011

'abd - bint - tholibah..

Bismillahirrahmanirrahim..

 "وأما بنعمتك ربك فحدث"
11.  Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan / menyebut-nyebutnya.

Suatu episod yang pernah berlaku dalam hidup ana. Perkara biasa, ayat yang diungkap adalah biasa kita dengar (mungkin). Tapi,

…kesanِnya sangat besar buat diri yang kerdil ni…

Mungkin kerana :-
-         Kata-kata itu lahir dari hati yang ikhlas, @
-         Si pendengar itu ikhlas, @
-         Isinya sangat menyentuh hati..
Ceritanya begini…

Suatu pagi, ana dan sahabat menemui seorang murabbi. Ana membawa hasrat seorang junior (berkaitan perubatan islam) untuk ditanyakan pada beliau. Selesai sedikit munaqashah dengan murabbi, entah macam mana terkeluar sebuah cerita. Seingat ana, sahabat yang khabarkan cerita tu pada murabbi.

Murabbi mengalihkan pandangan pada ana.

Enti ni kena………………  Terimalah dengan cara baik.


Terima dengan baik? Maksudnya?


……..(murabbi menjawab dengan tenang)

Macam mana boleh jadi macam tu ustaz?


Mungkin…dari nenek moyang, atau amalan, atau anugerah dari Allah.. atau mungkin, doa dari mak ayah yang mahukan kebaikan untuk enti…biarlah yang tu, tak perlu fikirkan….

(munaqashah kami berakhir dengan beberapa lagi amanat dari murabbi).

The end.

Hidayah.

Hidayah Allah, tiada syarat bagi Dia untuk mengurniakan hidayah kepada hambaNya. Yang ada hanyalah syarat bagi kita sebagai hamba untuk mendapatkan hidayah dariNya. Tapi andai kita tidak memenuhi syarat sekalipun, tetap menjadi hak Allah untuk memberi hidayah kepada sesiapa jua. Hidayah itu hak milik Allah yang mutlak!

Kaitannya..

Sebenarnya ana tersentak. Seolahnya ana baru tersedar. Murabbi kata, doa dari mak ayah yang mahukan kebaikan untuk ana.

Seolahnya saat itu ana baru sedar bahawa ma dan ayah tidak pernah putus mendoakan kebaikan untuk ana. ana yakin. Sangat yakin pada Allah itu sememangnya terjadi!
Sewaktu di ipg, setiap kali selepas meletak gagang handphone atau selepas berbalas sms dengan ma atau ayah, terasa hati ini sangat lapang. Ana boleh tersenyum sepanjang hari, hanya kerana hal seperti itu, yang tak pernah ana rasa dengan siapapun. Magic! 

Kebahagiaan sementara.


Itulah kebahagiaan sementara yang Allah beri pinjam, untuk dirasai, dinikmati, dan disyukuri. Menurut Imam Ghazali, maqam syukur lebih tinggi dari sabar, zuhud, khauf dan sebagainya. Sebab, maqam sabar dimaksudkan untuk diri sendiri, dan ianya tidak terputus dan abadi dalam syurga.

"dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin". (Yunus 10:10)

Imam Ghazali berkata, setiap orang akan mengetahui hal tersebut, jika telah memahami hakikat tentang syukur yang terdiri dari tiga rukun:-

….ilmu, tingkah laku dan amal.

Biasa, tapi..

Ya, cerita yang ana catitkan di sini sangat biasa, bahkan mungkin ada yang pernah mengalaminya sebagai suatu rutin.

Tapi ianya sangat menyentuh hati ini.

Doa ibu bapa itu sangat ajaib..

Kata-kata seorang murabbi itu sangat ajaib..

Kerana apa? Kerana mereka adalah insan mulia. Mulia di mata manusia, bahkan mulia di pandangan Allah, amin.

Teguran Allah itu sangat membekas di hati ini.

…….Kerana itulah kebahagiaan buat diri ini..insyaAllah…..

*ana juga, ramai sahabat dan keluarga yang sentiasa mendoakan ana, tanpa pengetahuan ana. Jazakumullah khaer. Janji Allah buat kalian adalah benar!


Filbait,

Made-1226am, 04dec2011.
posted-0338pm, 05dec2011.

6 comments:

iffah nasuha said...

alhamdulillah..perhaps we neva realize betapa sayangnya parents kita pd kita even ada ibu bapa yg xpnh melayan anaknya sbg anak..smsa parens kita still ada, xpnh rasa kita punya parents..bila mereka tiada, barulah kita rasa kita perlu ada mereka..
smoga allah menempatkan ibu bapa kita di maqam yg mulia di akhirat kelak krn mereka lah yang mengajar kita mengenali allah..

aNis hUmaiRa said...

doa dari mak ayah yang mahukan kebaikan untuk enti... (kak nis terkesan dengan kata-kata ni..)

ALLAH...
Hakikatnya mungkin bukan doa kita y makbul, tp doa ibubapa y mahukan kebaikan dari segala sudut buat anaknya itulah y mmbuat jln hidup terasa sakinah wlau punya pelbagai mehnah ..

*Teguran Allah itu sangat membekas di hati ini.

…….Kerana itulah kebahagiaan buat diri ini..insyaAllah…..

INSYA ALLAH.. lebiu dak kecik

aNis hUmaiRa said...
This comment has been removed by the author.
SyaheeDah said...

~iffah nasuha..

yapp..sodaqti..

teringat bila nak tidokan anak sedara(mklumle takde adk)..baru sedar, mmg kita biasanya akn sebut la ilaha illa Allah(ikut irama sndiri la kn)..

n our moms/dads, did it! mrka kenalkan Allah pd kita..
hmm,..
"لا يشكر الله من لا يشكر الناس"
...apalagi pd parens kan..

SyaheeDah said...
This comment has been removed by the author.
SyaheeDah said...

~anis humaira..

betul2!..alhamdulillah, niatnya mahu bkongsi ape yg dirasa wktu tu..

selalu je kita rs ape yg kita dapat,ats usaha sndiri..
up skit level, kita rs sbb Allah ttapkn rzki tu utk kita..

lgsung xde kaitan ngn org lain..

slh 1 hkmah stp org dikurniakan seorg ibu n ayh kndung(walau xsemua bnasib baek utk brada d cc mrk)..mgkn adlh utk mjadi asbab turunnya ketenangan dlm hdup kita..kan k.nis..huhu

*lebiu u too dak besa..erkk!(beso skit je,stahun beso dr dak kecik ni,=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers