Saturday, August 6, 2011

mencari 'BEKAL' yang paling 'SEDAP'

ada lipas kt blog??lama xsapu la ni..
Bertemu kembali^_^..alhamdulillah..
Bekal ape plak puasa-puasa ni???
Bekal ke akhirat la..hmm, takkan nak bawak roti+peanut butter kot...=D
.........................................................................................................

Al-Fudayl bin 'Iyad telah berkata :
Meninggalkan amal kerana manusia adalah riak.
Manakala beramal kerana manusia adalah syirik.

………………………………………………………………….....

Ada kisah Farqod Assabkhy; seorang yang berpura-pura tawadhu', berpura-pura soleh dan berilmu, masuk ke rumah Imam Hasan Basri dengan memakai baju dari bahan yang kasar. Sedangkan Imam Hasan Basri memakai baju yang bagus.

Kemudian Farqod memegang-megang baju Imam Hasan dengan maksud menyindir.

Maka Imam Hasan Basri berkata:
            "mengapa engkau melihat bajuku? Bajuku ini baju ahli syurga, baik-baik, sedangkan bajumu itu adalah baju ahli neraka, konon kebanyakan ahli neraka itu memakai baju yang kasar, tetapi didalamnya penuh takabbur".

Kemudian Imam Hasan Basri berkata:
            "zuhudnya mereka hanya dalam baju sahaja, sedangkan dihati mereka ada takabbur".

Mereka yang pakaiannya kasar tapi hatinya penuh takabbur, akan lebih takabbur dari orang yang bagus pakaiannya tapi tawadhu'.

 Dan kepada tujuan inilah yang dimaksudkan oleh Al-Imam Dzunnun rahimahullah, ketika beliau berkata:

تصوف فازدهى بالصوف جهلا # ويعض الناس يلبسه مجانة
Katanya dia bertasawwuf, tetapi dia suka bermegah-megah dengan bajunya yang kasar, kerana jahil  #  memang ada orang yang memakai baju-baju kasar (yang biasa dipakai oleh solihin), tetapi hanya untuk membadut saja.

يريك مهانة ويريك كبرا # وليس الكبر من شكل المهانه
 Dia ingin kelihatan sebagai orang tawadhu' tetapi kelihatan pada dirinya ialah suatu sifat takabbur.

تصوف كي يقال له امين # وما معنى تصوفه الانه
Dia itu bertasawwuf supaya dikatakan orang dia orang terpercaya  #  padahal tasawwufnya kalau ada maksudnya.

ولم يرد الاله به ولكن # اراد به الطريق الى الخيانة
Dia berbuat demikian bukan kerana Allah, tetapi dia ingin ada jalan untuk berkhianat nantinya.

……………………………………………………………............

Kisah Farqod tadi, adalah kisah yang ana petik dari kitab minhajul 'abidin dari Imam Ghazali. Ana masih ingat, bila ditanya tentang kitab ni pada Ust Wahid masa di maahad dulu, ustaz kata kitab ni adalah antara kitab tasawwuf yang ringan. 
ni mr.google punye..ma punye yang ana amek lebih kurang cam ni ler kalernye..^_*

Ringan?? Ana baca dulu pun dah pening-pening lalat. Agaknya lalat pun tak pening macam ana^_^

moga Allah terima..
Di bulan puasa ni, ana yakin ramai yang mengerah diri untuk beramal. Iringilah setiap amalan itu dengan ilmu yang benar, insyaAllah Allah terima.



Selamat berpuasa! Sama-sama memaknai ramadhan kali ini, insyaAllah....


*alhamdulillah, Allah beri peluang kebaikan yang teramat banyak pada kita*

06082011, m214, 0332pm

10 comments:

~kueh~ said...

salam alaik~~
nauzubillah!
xnak jadi orang yang tkbbur..isk3..

moga2 amalan kita diterima + diberkati..InsyaAllah^^,

em, kne mkn panadol skmo ida ni..baru xpnin lalat...hehehe:) (gurau2)

SyaheeDah said...

wa'alaik assalam..

moga Allah beri kekuatan skmo..
insyaAllah Allah terima(",)

xpe2,slagi pnin tersebut blh d kawal, maka pndol tu akn d jauhi sjauh yg mungkin,heeee

*hidup mencari redha Ilahi*

Anonymous said...

mntk jauh dari takkabur..

salam ramadhan

~cik atin~ said...

semoga setiap amalan yg kite lakukan diterime oleh ALLAH.

"biar sedikit asalkan istiqamah"

SyaheeDah said...

~sifu im..

moga Allah bagi kekuatan

..salam ramadhan..
moga kita semua lebih memaknai ramadhan ini

SyaheeDah said...

~cik atin..

mudah-mudahan..

benar atin..
lakukan semampu yg boleh,kemudian istiqamahla di jalan yg dipilih tu

RuMaH TuA said...

Bekal paling 'sedap' biasanya bekal dari 'syurga'...

Tgk gambr 2 teringat dengan slide show K.U kite...
Hee~~~

SyaheeDah said...

~rumah tua...
sodaqti..
untuk mendapatkan yg sedap di syurga, dunia adalah tempat yg paling sesuai untuk menanam bekal tu..
agar kita tdk membawa tangan yg kosong ke sana nanti..

slide? sory k.U,tak perasan terpromote gambar yg sama..heheh

cekgu bm said...

assalam..slamat menyambut merdeka raya..raya kat mana taun ni??

SyaheeDah said...

~cekgu bm..

wsalam.salam eidulfitr+merdeka..
raya kt klate,macam biase..
cekgu bm ni yg mana ye? ramai sgt kawan yg jadi 'ckgu' bm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers