Wednesday, March 16, 2011

.:.ziKir iTu iNdah.:.

..unGkapan ziKir harus daLam ayat yG semPurna??..


bismillahirrahmanirrahim

seperti yang dijanjikan, setelah melakukan sedikit research, kali ni ana nak cite sikit tentang ungkapan zikir. sebagai muslim,sememangnya setiap hari kita akan berzikir. sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan, mahupun dalam pintasan hati kita.

الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السماوات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار
maksudnya - (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. (aali 'imran,3:191)

ada beberapa keadaan seseorang muslim di kategorikan sebagai zikrullah (mengingati Allah). melakukan ketaatan @ kebaikan @ kebajikan dan meninggalkan maksiat,itu juga dikira zikir. ringkasnya, hampir setiap saat seorang muslim itu akan berzikir. kita solat, baca quran, jutup aurat, juga dikira zikir -kalau diaksanakan la=(-. tapi kali ni, ana nak kongsi sikit tentang zikir melalui lisan. kenapa setiap saat Allah mengizinkan kita untuk mengingatiNya? hinggakan hanya dengan mengagumi sesuatu ciptaanNya juga dikira sebagai zikir..adakah zikir memberi kesan pada Allah??
la'..tidak sama sekali. andai seluruh manusia beriman dan berzikir pada Allah, tidak sedikitpun mempengaruhi kekuasaan Allah. apatah lagi sebaliknya, sekalipun seluruh isi bumi tidak mengakui Allah sebagai pemilik alam ini, hal itu tidak sedikitpun mengurangkan kekuasaanNya. subhanallah..


طيب..back to the topic. Dr. Rushdi Ramli dalam karyanya Khazanah Cinta Ilahi, yang  mengetengahkan  beberapa pemikiran, ijtihad dan tafsiran imam Ahmad ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa, dalam salah satu babnya menulis tentang maksud zikir al ismul mufrad.. iaitu bermaksud pengungkapan lafaz ALLAH..ALLAH..ALLAH secara berulang. ia adalah antara amalan teras segelintir ulama tarekat dalam usaha mereka memperdalam rasa kehadiran Allah dalam hati yang akhirnya mencapai hakikat ma'rifatullah.

antara ulama kontemporari tersohor yang berpendapat bahawa zikir seperti ini dibolehkan ialah almarhum Shaykh Sa'id Hawwa serta imam al Ghazali seperti yang dapat dilihat dalam ihya' Ulumuddin.

tetapi menurut syeikhul islam,Ahmad ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa: ungkapan zikir seharusnya dalam bentuk ayat sempurna (jumlah taammah) yang mengandungi unsur sanjungan serta pujian terhadap Allah. apa yang dinyatakan ini merupakan ijtihad beliau.

generasi salafussoleh tidak pernah mengamalkan zikir seperti al ismul mufrad ini (pengungkapan lafaz ALLAH..ALLAH..ALLAH) atau zikr al ismul mudmar (ungkapan HUWA..HUWA..HUWA). bahkan Rasulullah juga tidak mensyariatkannya (sebagai satu kaedah berzikir dalam islam).   

pembacaan zikir seumpama ini tidak dapat memberikan kepada hati pengamalnya suatu 'ma'rifah yang berfaedah' atau peningkatan kerohanian yang bermanfaat. sebaliknya, ianya akan membentuk suatu gambaran yang bersifat mutlak, tidak boleh disabit atau dinafikan.

tidak sedikit ahli sufi yang dan ahli tarekat yang tekun mengamalkan zikr seumpama ini yang terjerumus ke dalam pengalaman2 kerohanian yang pelbagai serta melibatkan unsur al-ilhad dan al-ittihad (penyatuan manusia dengan Allah).

pendapat ibn Taymiyah amat berbeza dengan pandangan majoriti ulama tarekat dan tasawuf - iaitu mengamalkan zikr ism mufrad adalah antara metodologi zikr yg berkesan untuk menyemarak rasa keimanan dan keasyikan kepada Allah. pendapat2 ibn taymiyah menyebabkan beliau kurang disenangi dan kurang diterima dalam kalangan ulama tarekat.

islam telah mensyariatkan ungkapan2 zikir yang jika diamalkan dengan penuh kesedaran dan penghayatan, pasti akan memberi manfaat terhadap pengamalnya serta mengukuhkan ikatan jiwanya kepada Allah.

jadi, terpulanglah kepada individu masing-masing untuk menilai dan mengamalkan zikir dengan sebaik mungkin. pendapat ana, dalam mengamalkan zikir, janganlah sampai apa yang diwariskan oleh Rasulullah kepada kita, kita tinggal jauh-jauh, yang tidak ma'thur dari baginda SAW kita utamakan. buatlah penilaian sebaik mungkin, mudah-mudahan Allah menerima amalan kita. terdapat banyak hadis seperti yang terlakar dalam al-muwatto' dan sebagainya yang menunjukkan kepada kita zikir2 yang ma'thur dari Rasulullah. jadi, selamat beramal;-)






..:.zikir itu indah=D.:..




 

2 comments:

madu lebah said...

ehem2..salamun alaik,,:)
org tu da ad blog,,xbgtau ek,,hu2,,
selamat meneruskan perjuangan,,
rsa sgt gmbira dpt truskn dengar mauizah dari awk wlpn dari jauh,,huhu,,
well,,syahidaku tersayangsemakin maju,,ha2,,
miss u a lots,,

SyaheeDah said...

wa 'alaik assalam..

maduku..well,see the leg la,.even u can't see me,juz imagine it!=D
nak bgtau la ni,tapi rencana Allah itu yg paling sempurna..

mcm mana nak t.i.d.o ni.. أشعر بالسرور جدا
apepun,alhamdulillah,dpt jumpe madu lebah kat cni..
harap dpt mgulang kisah silam 'berdebat' dgn azilahku tersayang lagi=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers