Thursday, March 17, 2011

.:.waJah kerinDuan.:.

setiap hati yang dilabuhkan kepadaMu
ia tidak memerlukan lentera penerang 
wajahMu yang teragungkan adalah pencarian kami 
ada hari dimana setiap manusia datang dengan membawa pencarian 
aku melihat wajahMu dengan hatiku
aku berdoa kepadaMu dengan lisan hatiku

~dalam sebuah riwayat dijelaskan: adalah asy-Syibli di usia senjanya dia terkena kerabunan hingga buta. suatu malam al-Juned datang mengunjunginya. ia mendapati asy-Syibli berputar-putar di dalam rumahnya yang gelap gelita sambil melantunkan bait syair ini~

syukron for the special tribute for me from my everlasting ukht, sohabatil mahbubah, nur azilah ab. halim from jordan (http://hidanganrohani.blogspot.com)..
kasih sayang yang terbit dari hati dengan izin Allah ini, hakikatnya tidak setara malah tidak akan pernah sama andai dibandingkan dengan kasih sayang Allah padamu.=D

fil bait,1058am

..habiBati wa haBibi..

بسم الله الرحمن الرحيم

ditarikh ini 20 tahun lahir seorang puteri comel yang ditunggu penuh kasih kedua ayah bondanya;D
qamat syahdu ucapan pertama ayahandanya,
# semoga dia anak solehah, 
hidup di matanya dalam iman, 
& bahagialah dia dunia dan akhirat #
ini doa bondanya sedari dulu, kini dan selamanya!
selamat dan syukur dihari lahirmu!

inilah sms yang ana ceritakan dalam beberapa entry yang lepas. sebuah sms yang sangat2 berharga dihari lahir ana, (di samping dari sahabat2 yang lain-tak sempat nak letak semuanya dalam blog ni), di saat diri ini ditarbiyah dengan ujian hidup yang memberi kesan dalam diri ana.  alhamdulillah..

tuut tuut tuut...(imagine how the sound is by yourself,k)

(di saat ana hampir kehilangan fokus semasa mendengar satu forum kat surau assyafie ipgmktaa, dek kerana think a lot abaout something..ditambah kedudukan ana agak terkebelakang sikit malam tu-takdir Allah=D. telah tercatat di lauh mahfuz,  sms kat atas ni, dari ma ayah yang ana cintai selepas Allah dan RasulNya insyaAllah, singgah menginap dalam telefon bimbit ana. 
ma ayah's annual ziarah at Makkah
dan ana abadikan dalam blog ni. tak semena-mena muka yang berkerut macam pemikir dunia (memang pun.. err,agaknya la) diizinkan Allah untuk bertukar mengukir senyuman paling bahagia pada hari tersebut. agaknya panel kat depan tu pun pelik tengok ana-sekali lagi episod perasan berlaku*(^_^)*) 

did i reply it?? yap,i did. tapi yang tu, could not be shared with others =).. just for ma and ayah! khususon liman fi qalbi wa ruhi!

tidaklah ana mencatat segala apa yang tercatat pada entry kali ini,   
melainkan dengan tujuan buat berkongsi kegembiraan dan menikmati nikmat sementara yang diberi pinjam oleh Allah untuk ana rasai.
juga buat menyatakan sepenuh kesyukuran pada Dia yang Maha Tahu tentang hati ini.



You filled my heart with love, showed me the light above
Now all i want is to be with You
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with You                           (You came to me-sami yusuf)

 فبأي ءالآء ربكما تكذبان

fil bait, 0123am.

Wednesday, March 16, 2011

.:.ziKir iTu iNdah.:.

..unGkapan ziKir harus daLam ayat yG semPurna??..


bismillahirrahmanirrahim

seperti yang dijanjikan, setelah melakukan sedikit research, kali ni ana nak cite sikit tentang ungkapan zikir. sebagai muslim,sememangnya setiap hari kita akan berzikir. sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan, mahupun dalam pintasan hati kita.

الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السماوات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار
maksudnya - (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. (aali 'imran,3:191)

ada beberapa keadaan seseorang muslim di kategorikan sebagai zikrullah (mengingati Allah). melakukan ketaatan @ kebaikan @ kebajikan dan meninggalkan maksiat,itu juga dikira zikir. ringkasnya, hampir setiap saat seorang muslim itu akan berzikir. kita solat, baca quran, jutup aurat, juga dikira zikir -kalau diaksanakan la=(-. tapi kali ni, ana nak kongsi sikit tentang zikir melalui lisan. kenapa setiap saat Allah mengizinkan kita untuk mengingatiNya? hinggakan hanya dengan mengagumi sesuatu ciptaanNya juga dikira sebagai zikir..adakah zikir memberi kesan pada Allah??
la'..tidak sama sekali. andai seluruh manusia beriman dan berzikir pada Allah, tidak sedikitpun mempengaruhi kekuasaan Allah. apatah lagi sebaliknya, sekalipun seluruh isi bumi tidak mengakui Allah sebagai pemilik alam ini, hal itu tidak sedikitpun mengurangkan kekuasaanNya. subhanallah..


طيب..back to the topic. Dr. Rushdi Ramli dalam karyanya Khazanah Cinta Ilahi, yang  mengetengahkan  beberapa pemikiran, ijtihad dan tafsiran imam Ahmad ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa, dalam salah satu babnya menulis tentang maksud zikir al ismul mufrad.. iaitu bermaksud pengungkapan lafaz ALLAH..ALLAH..ALLAH secara berulang. ia adalah antara amalan teras segelintir ulama tarekat dalam usaha mereka memperdalam rasa kehadiran Allah dalam hati yang akhirnya mencapai hakikat ma'rifatullah.

antara ulama kontemporari tersohor yang berpendapat bahawa zikir seperti ini dibolehkan ialah almarhum Shaykh Sa'id Hawwa serta imam al Ghazali seperti yang dapat dilihat dalam ihya' Ulumuddin.

tetapi menurut syeikhul islam,Ahmad ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa: ungkapan zikir seharusnya dalam bentuk ayat sempurna (jumlah taammah) yang mengandungi unsur sanjungan serta pujian terhadap Allah. apa yang dinyatakan ini merupakan ijtihad beliau.

generasi salafussoleh tidak pernah mengamalkan zikir seperti al ismul mufrad ini (pengungkapan lafaz ALLAH..ALLAH..ALLAH) atau zikr al ismul mudmar (ungkapan HUWA..HUWA..HUWA). bahkan Rasulullah juga tidak mensyariatkannya (sebagai satu kaedah berzikir dalam islam).   

pembacaan zikir seumpama ini tidak dapat memberikan kepada hati pengamalnya suatu 'ma'rifah yang berfaedah' atau peningkatan kerohanian yang bermanfaat. sebaliknya, ianya akan membentuk suatu gambaran yang bersifat mutlak, tidak boleh disabit atau dinafikan.

tidak sedikit ahli sufi yang dan ahli tarekat yang tekun mengamalkan zikr seumpama ini yang terjerumus ke dalam pengalaman2 kerohanian yang pelbagai serta melibatkan unsur al-ilhad dan al-ittihad (penyatuan manusia dengan Allah).

pendapat ibn Taymiyah amat berbeza dengan pandangan majoriti ulama tarekat dan tasawuf - iaitu mengamalkan zikr ism mufrad adalah antara metodologi zikr yg berkesan untuk menyemarak rasa keimanan dan keasyikan kepada Allah. pendapat2 ibn taymiyah menyebabkan beliau kurang disenangi dan kurang diterima dalam kalangan ulama tarekat.

islam telah mensyariatkan ungkapan2 zikir yang jika diamalkan dengan penuh kesedaran dan penghayatan, pasti akan memberi manfaat terhadap pengamalnya serta mengukuhkan ikatan jiwanya kepada Allah.

jadi, terpulanglah kepada individu masing-masing untuk menilai dan mengamalkan zikir dengan sebaik mungkin. pendapat ana, dalam mengamalkan zikir, janganlah sampai apa yang diwariskan oleh Rasulullah kepada kita, kita tinggal jauh-jauh, yang tidak ma'thur dari baginda SAW kita utamakan. buatlah penilaian sebaik mungkin, mudah-mudahan Allah menerima amalan kita. terdapat banyak hadis seperti yang terlakar dalam al-muwatto' dan sebagainya yang menunjukkan kepada kita zikir2 yang ma'thur dari Rasulullah. jadi, selamat beramal;-)






..:.zikir itu indah=D.:..




 

Monday, March 14, 2011

...itukan hak DIA...

bismillahirrahmanirrahim

dah lama rasanya ana tinggalkan blog ni tanpa sebarang tulisan. bila bukak,tutup balik.. sibuk dengan amanah assignment yang semakin lama semakin suka menunjukkan 'mukanya'.. tanggungjawab dalam dunia menuntut ilmu,yang takkan pernah selesai,kerana kita takkan pernah selesai untuk menuntut ilmu,kan.. 

dalam tempoh nak melunaskan segala tanggungjawab yang ada ni,Allah mewarnai hidup kita dengan pelbagai ujian,tarbiyah langsung dariNya.. terdetik dalam hati,

"tidakkah kau bangga, tarbiyah itu langsung datang dari Allah? Allah sentiasa di sampingmu, Pemilik segala kejadian itu mengingatimu!"

bayangkan, ana letakkan satu analogi...ada seorang lecterur ni,dulu punye la susah nak sebut nama kita,bukan setakat nama kita,nama sahabat2 yg lain pun sama...tiba-tiba satu hari,dalam kuliah,dia asyik sebut nama kita je..dia puji kita,pastu bila kita dapat jawab soalan dia,dia bagi hadiah plak(sedikit berlebihan)..agak2 la,tak keterlaluan kalau ana cakap,seminggu kita tersenyum cam kerang busuk sebab rasa bangga lect tu macam sayang je kat kita,kan?(kerang jugak yg jadi mangsa)..

itu cuma kisah kita dengan manusia..tak ada tandingan pun dengan kisah antara kita dengan Allah..

bayangkan..Allah;pemilik segala2nya tu,ingat kat kita (a.k.a Dia uji kita)..seharusnya kita berasa sangat2 bahagia,sangat2 bangga..KERANA DIA INGAT PADA KITA...walhal memang setiap masa pun Dia ingat kat kita,perhatikan kita...kita je yang selalu tak sedar, atau mungkin juga buat2 tak sedar..sombong dengan Allah!

sejauh mana kita ingat pada Dia?

bila Allah sayang pada kita,tahukah kita membalasnya?
every single thing yang berlaku dalam hidup kita di dunia ni,hakikatnya adalah ujian,tarbiyah dari Allah. sama ada kita sedar atau tak je..
ana sendiri.. dalam mood recover balik dari suatu peristiwa yang sangat2 membuatkan ana kembali sedar,kembali meletakkan diri ana sebagai seorang manusia yang hakikatnya hanya seorang hamba..seorang yang hina dina pada pemiliknya..
dalam semangat memperjuangkan maruah yang semakin hari dirobek manusia..akhirnya ana tersentak..

kau pejuang maruah? bukan!! kau hanya pejuang ego di hadapan manusia!!
jangan kau mendabik dada, kononnya memperjuangkan maruah..
ya benar,.benar..maruah kau dipijak,kau dihina manusia...
tapi mana maruah kau di hadapan Tuhanmu!!
kenapa maruah di hadapan manusia yang kau tangiskan,sedang di hadapan Tuhanmu kau bukanlah sesiapa! 
kau hanya seorang hamba yang hina dipalit dosa!
apakah pandangan manusia yang masih kau cari???

Allah...

tidak ada salahnya kita membela diri..Allah benarkan..demi kebenaran.(assyura:39-43) namun sunnatullah, walau dalam keadaan ingin membela diri,adakalanya niat dan tujuan kita akan tersasar.

ana terdiam. Allah..teramat banyak hikmah yang Kau kehendakkan untuk diperlihatkan pada ana lewat segala fitnah yang menghujani diri ini.
buat sahabat2 yang setia disisi di saat diri ini hampir tersungkur dek fitnah yg melanda, syukran jazilan,jazakumullah khaeral jaza'..
buat ukhti,akak2,dan semuanya lah..jazakumullah khaeral jaza'.
juga buat hamba Allah yg turut terkesan dgn ujian Allah ini,ana mohon kemaafan kiranya hadirnya ana mengundang kesulitan..syukran atas kesedaran dan pencerahan yg diberi..juga atas kesabaran menghadapi segala mehnah.
terima kasih ya Allah..alhamdulillah

Dia memperlihatkan kekuasaannya...liqa' malam tu,sangat2 memberi kesan pada ana..hikmahnya sangat banyak..dari satu sisi,malu sangat2 pada Allah..rupanya Allah nak ingatkan ana balik,mgkin kebergantungan diri ni pada Allah dah makin surut..dari sisi yg lain, hati dan fikiran ni terasa sgt2 tenang...alhamdulillah
syukran buat 2 orang sahabat ana yang menemani ana malam tu..mudah2an Allah sentiasa merahmati kalian..
sahabat2,saudara2 sekalian..doakan ana sentiasa thabat di jalanNya..begitu jua buat kalian semua!=D

BIG....nice moment,dah lama tak berkhemah..jadi kerbau kat dalam lumpur, and so on...alhamdulillah,Allah bagi banyak pengetahuan,pengalaman...pengalaman dalam masa 2 hari jadi 2 kali mc bidan terjun...rasa macam nak pengsan je...
ala kulli hal..best! dapat kata2 semangat lagi dari kem komandan.hehe..(bangga2...oppss)...cool down...

asif jiddan buat sahabat ana,ummu aiman,tak dapat penuhi jemputan ke rumah ummu..tapi ana berazam,insyaAllah nanti ummu kawen,ana akan cuba sedaya upaya hadir.;-)

syukran juga buat semua atas ingatan dan doa di hari lahir ana baru2 ni..u all are so sweet!..insyaAllah ana akan kongsi mesej birthday dari bonda dan ayahanda tersayang,di saat ana 'agak down' di hari lahir hari tu..

semakin dekat menghitung hari...bertemu sang kekasih hati!=)

*sedang menghabiskan research tentang 'ungkapan zikir dalam bentuk ayat'-khazanah cinta ilahi-dalam karya majmu' fatawa shaykh al-islam ahmad ibn taymiyah...insyaAllah ana akan cuba postkan tentang research ni..

itu hak Dia. wahai diri,sahabat2..merupakan hak Allah untuk menentukan hidup kita. kita milik Dia. biarkan Dia menentukan segala2nya. jangan sedihkan hatimu memikirkan perkara yang telah lalu..jangan runsingkan hatimu memikirkan hari esok. biarkan Dia Yang Maha Tahu itu menyayangi kita mengikut kehendakNya. biarkan hatimu merasai manisnya menyerahkan segala2nya pada Dia!




biarkan Dia menyayangi kita..itukan hak Dia..
biarlah..lagipun,kasih sayang Dia rahmat bagi kita;-) 

suatu hari,kita dihidangkan sekeping roti yg sangat harum baunya..kita terus memakan roti tersebut..sewaktu kita makan roti tu,kita dapat rasai betapa lazatnya roti tu..sampailah roti tu habis..rasa roti tu pun hilang bersama roti yang dah hancur kita telan..

begitulah hidup kita..setiap yg berlaku;tak kira gembira atau sedih, ianya akan meninggalkan kita..kita takkan terus-terusan berada dalam keadaan tu..jadi,tak perlulah kita sentiasa tangisi @ kesali apa yg dah berlaku..yg penting,hitung diri,perbaiki,usahakan yg terbaik..cakap macam senang je,acu cube;) ..begitu juga hal yg akan datang. biarkan ianya datang menjenguk kita. tugas kita,get ready..
..entah2,esok ajal kita..

sesuatu yg ana dapat pagi tadi,penangan tertengok oprah's show(amek yg baik)...

even silence has an end...

renung-renungkan...........

ya allah ya tuhanku 
tiada tuhan melainkan engkau 
engkau cinta agungku 
nabi muhammad pesuruhmu

ya allah engkau sumber bahagia 
engkau sumber keselamatan 
ya allah engkau sumber keamanan 
engkau adalah segalanya
ya allah engkaulah pelindungku
engkaulah sumber rezekiku 
diwaktu sakit kau sembuhkan 
diwaktu lapar kau beri makan

ya allah engkau cinta agungku
cintaku haraplah dibalas
ya allah engkau cinta agungku
janganlah cintaku tidak dibalas
jangan biarkanku tanpa pimpinan
pimpinlah aku ke jalan yg benar
kepada engkaulah harapanku 
janganlah hampakan perasaanku

(cinta agung-qatrunnada)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers