Wednesday, January 23, 2013

ziarah Nabi S.A.W


 بسم الله الرحمن الرحيم


عن عبد الله بن مسعود, قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة.

“Sesungguhnya orang yang paling utama bagiku pada hari kiamat nanti ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku”. ( riwayat imam Tirmizi – hasan).

 
Kenangan 2005.

Pertengahan tahun 2005. Ziarah Madinah, tanpa menziarahi makam Rasulullah. Saat itu masih terlalu ‘mentah’ untuk memahami.

Rugi. Bila dikenang terasa teramat rugi. Tapi apa yang berlaku itulah menjadi sebab untuk menyimpan kemas rasa rindu, harapan agar Allah menghantar jasad ini ke sana lagi. Amin.


Berlebihan.


"Janganlah berlebihan..."

Wajarkah merindui kekasih Allah dikatakan berlebihan-lebihan?

Tatkala nabi dipuji,
Wajarkah dikatakan pujian pada Baginda itu berlebihan?

Apakah disisimu ada alasan untuk menghalang seorang yang tenggelam dalam kecintaan pada Baginda, untuk tidak henti-henti merindu dan mengasihi kekasihnya?
 Baginda itu Kekasih Allah.
 Biarkanlah..andai pujian itu menambah kecintaan.

Ya, cinta Baginda dengan mengikuti sunnah.
Namun bukan bermakna wujudnya cinta itu hanya pada zahir.

Cinta itu di hati dan ikutan itulah yang menguatkannya.
 

**************************************************

دعوني دعوني أناجي حبيبي  #  ولا تعذلوني فعذلي حرام
Biarkanlah aku, biarkanlah aku bermunajat dengan Kekasihku # jangan salahkan aku kerana yang demikian itu adalah haram. 

 **************************************************

Mendakwa cinta.


Dakwaan cinta tanpa mencontohi, tanpa mengasihi.
Maka orang itu khianati pada dakwaannya.
Cuai dalam percintaannya.
Merosakkan hubungannya dengan kekasihnya.

Bagaimanakah mencintai sedangkan tidak menyanjung sunnah dan adab-adab?.
Akan tetapi cinta itu juga bukan semata-mata mencontohinya.
Kekadang dicontohi kerana takut, mahukan sesuatu, sekadar menjaga perasaan atau malu.
Bukannya kerana kasih sayang.

الحب ذوق في القلب
Cinta itu adalah perasaan di dalam hati.
Perasaan itulah yang akan menggerakkan hati untuk mencontohinya setelah itu.



يا هنا نا


عن الحسن بن علي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حيثما كنتم فصلوا علي فإن صلاتكم تبلغني.

“Di mana sahaja kamu berada, ucapkanlah selawat kepadaku. Sesungguhnya selawat kamu itu akan sampai kepadaku”. ( riwayat imam atThabrani).

  
240113. 0355pm. m218.
“Cinta Nabi”, habib Ali AlJufri.

7 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Sesiapa yang berterusan rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, tidaklah akan pernah merugi di dunia dan akhirat.

kueh said...

ya syahida syahidan >>

selawat dan terus berselawat ke atas nabi kita, Muhammad S.a.w..
moga kita sama mendapat redho Nya.

da'uni... da'uni..

ya hanana.. kami rindu padamu..
syafaatkan lah kami kelak..

^-^V

SyaheeDah said...

~Abd Razak.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

benar.
janji itu pasti.

وينال البركة # كل من صلى عليه
& akan memperoleh keberkatan # bagi sesiapa sahaja yang berselawat ke atasnya.

jazakallah.

SyaheeDah said...

~kueh

ye sufi sufian ~_^

amin3.

يا إمام الأتقياء # إن قلبي ذاب
wahai imam sekalian orang yang bertaqwa # hatiku tersangkut padamu & mengingatimu

impianku setinggi-tinggi cita # moga diberi tuah melihatmu.

اللهم اجعلنا من اهل شفاعة محمد صلى الله عليه وسلم امين

^_____^

SyaheeDah said...
This comment has been removed by the author.
RuMaH TuA said...

Merindui pada yang selayaknya.
Nabi Muhammad s.a.w.

Moga Allah kasih dirimu.

SyaheeDah said...

~rumah tua

lillah walirasulillah, selayaknya berikhlas dalam merindu.

ada rindu kerana takut, kerana tamakkan sesuatu, kerana menjaga perasaan..

rindu itu selayaknya kerana kasih dan cinta.
cinta itu di hati.

syukran,
moga Allah kasih dirimu jua^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers