Friday, January 25, 2013

Lautan Hikmah : Majlis 2.


 بسم الله الرحمن الريم

*********************************************************
Segala yang ada di sisi Allah akan diperoleh dengan kesabaran.

*********************************************************


Orang yang mencintai Allah akan diberiNya ujian, lantas mereka bersabar serta bersemangat dan terdorong melakukan kebaikan dalam keadaan mereka sedang diuji.

.Pelihara nikmat.

Peliharalah kenikmatan yang dikurniakanNya dengan syukur. Terimalah perintah dan laranganNya dengan mendengar dan mentaatinya. 


Apabila datang kesukaran, maka bertaubatlah dan bimbing serta tuntunlah jiwamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan menganiayai hambaNya. Terimalah kesulitan dan cubaan itu dengan sabar, serta hadapilah kemudahan dengan syukur.

Demikianlah yang diamalkan oleh orang-orang sebelum kamu, dari kalangan para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh.

.Pandangan Allah.

Ingatlah kamu akan kematian dan perkara selepasnya. Ingatlah kamu akan Allah dengan segala perhitungan dan pandanganNya kepadamu.

Masa kini adalah masa orang mengambil keringanan. Masa kini adalah masa riya’ dan munafik. Ramai yang melakukan sesuatu kebaikan demi makhluk, bukan demi Khaliq. Maka jadilah penduduk bumi ini sebagai lubang makhluk yang lebur dalam makhluk lain.

.Hamba = berhajat kepada Allah.

Tanpa adanya Khaliq, semua penduduk bumi berhati beku, bergerak memburu harta semata-mata. Hidupnya suatu hati itu ialah apabila ia telah keluar dari makhluk dan berdiri secara maknawi. Hidupnya hati dengan mengikut perintah Allah, menjauhi laranganNya, sabar bersamaNya atas segala dugaan dan qadha’ dan qadarNya.

Wahai hamba! Serahkanlah kepadaNya segala sesuatu yang sudah ditentukanNya, kemudian berdirilah bersamaNya sesudah itu. Setiap sesuatu  memerlukan asas, kemudian di atasnya berdirilah bangunan, lantas tetaplah dalam keadaan demikian sepanjang waktu. 


.Zikir fikir.
Berfikirlah kamu mengenai hati. Apabila kamu melihat bahawa dirimu mempunyai kebaikan, bersyukurlah kepada Allah. Sebaliknya apabila kamu melihat keburukan, maka bertaubatlah kepadaNya. 
  
.Umat istimewa.

Wahai umat Nabi Muhammad s.a.w.! Bersyukurlah kepada Allah, kerana Dia mahu menerima amalmu walaupun sedikit, dibandingkan dengan amal orang yang terdahulu. Kamu adalah umat yang terakhir, tetapi kamu adalah umat yang pertama di hari kiamat kelak.

Barangsiapa yang benar di antara kamu, maka tiada kebenaran yang akan menandinginya. 

Kamu adalah selamat selama kamu tidak duduk dalam lingkungan nafsu, kesombongan dan perangai yang tidak benar. 

Sebaliknya kamu golongan yang tidak selamat dan tiada kebenaran bagimu, selama kamu berebut apa yang ada di tangan makhluk, untuk menarik perhatian dengan sifat riya’ dan kemunafikan.

Kamu tidak selamat selama tidak terselit dalam batinmu kepercayaan kepada Allah.




~~(Fath alRabbani – Rahsia-rahsia Agung Berjumpa Allah, Lautan Hikmah Kekasih Allah - Syeikh Abdul Qadir AlJailani alQuraisyiy).

1134am. 260113. m218.


8 comments:

Angah Rahim said...

Salam cik Eyda cayang!!!

Alhamdulillah,hari ini diri menerima nasihat yang In Shaa Allah bermanfaat buat diri Ila...hahaa

Ye la, tanda sakit itu tanda Allah berhubung dengan kita sebab itu dalam apa-apa jua keresahan, kebimbangan, kesedihan salurkan semua perasaan itu kepada Allah terlebih dahulu kerana Allah dapat memberikan ketenangan kepada kita...hehehe

^^

ok la,xnk pnjnag2..nanti xcukup org len nak komen,hahaa ^____^

SyaheeDah said...

~Angah

waalaikumussalam cik Eyla cayam..

insyaAllah^__^

setiap perkara yang berlaku menjadi jurubicara antara kita dengan Allah.

panjang tapi bermakna,heee
jazakillah

moga barakah Allah ke atasmu sahabat
^_________^

RuMaH TuA said...

Pesan Imam Malik:-

.أطع الله تعال, يحبك الناس, وإن كرهوا

"Taatlah kpd Allah Taala, nescaya manusia akan mengasihimu, sekalipun mereka membenci."


Moga Allah kasih dirimu.
(^___^)y

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Bersungguh-sungguhlah dalam ketaatan untuk memperolehi ketakwaan, Allah akan memudahkan hati kita untuk berpaling dari dunia..

SyaheeDah said...

~rumah tua

taqwa dalam taat adalah ikhlas, dalam maksiat adalah meninggalkan dan berhati-hati. (syarif alJurjani)

jzkk,barakallahu fik^__^

SyaheeDah said...

~abd razak
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

mengambil sesuatu dari makhluk atas kekuasaan Allah alHaq untuk melakukan ketaatan.

dari Allah dan kembali juga pada Allah.

jazakallah, terima kasih.
barakallah fik.

~cik atin~ said...

kalau segalanya kerana Allah. pasti manis yang dirasai. kan?

dan tak kan wujud istilah letih. apatah lagi jemu.

SyaheeDah said...

~cik atin~

^___________________^


"& barangsiapa taat kpd Allah dan RasulNya serta takut kpd Allah dan bertakwa kpdNya, mereka itulah orang2 yg mendapat kemenangan".

jazakillah cik aten..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers