Thursday, December 13, 2012

mohon MAAF.


بسم الله الرحمن الرحيم

Kita senyum ya (^_^)y


الحب ذوق في القلب
 
يا رب بالمصطفى بلغ مقاصدنا  #  واغفرلنا ما مضى يا واسع الكرم
wahai Tuhan yang mulia makbulkanlah kehendak kami # ampunkan dosa-dosa kami yang lepas wahai Tuhan yang luas kemuliaan

وائذن لحسب صلاة منك دائمة  #  على النبي بمنهل ومنسجم

ya Allah izinkanlah kami untuk kerap menghadiahkan selawat # ke atas Nabi Muhammad saw biarlah ia tercucur dengan deras dan lebatnya.


*************************************************************************

Teman-teman sehidupku yang dihormati,


Andai pernah walau sedetik cuma,
Fikiran kalian terganggu dengan setiap paparan di ruangan blog ini,
ِAtau mungkin menjadi sebab panjangnya angan-angan,
 Ku rayu pada Allah agar kalian sudi memaafkan insan hina ini.


Moga dengan kemurahan hati kalian memaafi diri ini,
Mudah-mudahan Allah penuhi setiap kebutuhan kalian.


*************************************************************************


Terima kasih sahabat.
Walau jauh di bumi anbiya'.
Sudi menegur.
Diriku tidak punya apa buat membalas perhatian ikhlasmu terhadapku.


Moga Allah berikanmu sebaik-baik balasan.
Inni uhibbuki fillah.


**************************************************************************
             

juga buat yang pernah mengenaliku,
pohon maaf atas setiap kata-kata mahupun tingkahlaku,
moga Allah dengan rahmatNya mengampuni hambaNya ini. 



 
sekadar memanjangkan mafhum nasihat sahabat,
izinkan daku berkongsi peringatan,
JAGAlah apa yang Allah berikan pada kita.


kalam JAGA DIRI,
dari bonda ayahanda dan keluarga,
guru-guru dan sahabat-sahabat,
moga kini telah diizinkan Allah untukku fahami hakikat maksudnya.

jazakumullah khaera.

 عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه) - متفق عليه

inni uhibbukum fillah!.




kita sangat comel bila tersenyum.
(^__^)


14dec12. beit. 1010am.

4 comments:

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum..

Buka je blog ni.
golek2..
Nampak 'keindahan iman' dulu.
Walau yg tu kecil cumil je di situ.
Singkat. Ringkas.
Tetapi hati jadi luas saat membacanya.

Butir cinta sahabat buat sahabat.
Usah risau, kerana gangguan itu berbau peringatan.

(^_____^)y senyum dengan peace!

Moga Allah kasih dirimu.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ya, apa yang Allah anugerahkan kepada kita pasti akan ditanya dan dihisab kelak. Jika direnungkan kembali banyak kesalahan yang kita lakukan atas anugerah Allah itu.

SyaheeDah said...

~rumah tua

waalaikumussalam wbt.

mata dan tangan bergerak dengan kehendak Allah, yang menggolek juga dengan izin Allah, 'golek' la ke mana pun, ke situ juga dia akan pergi,hee

والبلد الطيب يخرج نباته بإذن ربه والذي خبث لايخرج الا نكدا كذلك نصرف الأيت لقوم يشكرون
"dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Rabb.." 7:58

hati yang terpelihara, disiram kebaikan, terbitlah hikmah darinya.^_^

kenangan menjadi indah bertemankan sahabat2 kurniaan Allah, alhamdulillah.

gangguan yang 'memaksa' pandangan tertunduk. peringatan bagi yang merasa begitu, bisa juga menjadi yang sebaliknya.

moga Allah beri petunjuk pada diri ini dan kita semua, amin.

(^_______________^)
senyum # senyum # senyum

barakallahufik.



SyaheeDah said...

~abd razak

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

benar ustaz.
perlu sentiasa koreksi diri, menghitung apa yang diperbuat.

bila sedar ia suatu kesilapan, berat untuk ditanggung. namun itulah nikmat merasa menjadi makhluk.

mana mungkin dirasa nikmat peluang diberi keampunan, andai diri tidak pernah merasa berdosa.

syukran. barakallahufik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers