Monday, December 17, 2012

bantu menikah.


 بسم الله الرحمن الرحيم

......amin.

**************************************************************

Siddiqin; tidak akan berhenti beribadah kepada Allah. Maka dia berdoa, tetapi tidak dikabulkan, dia memohon tetapi tidak diberi apa yang dipohonkannya. Maka iapun mengadu dan bertambahlah apa yang diadukannya.

Dia mencari kebahagiaan, tetapi dia tidak menemuinya. Dia bertakwa, tetapi dia tidak menemui jalan keluarnya. Dia mentauhidkan dan beramal dengan ikhlas, namun dia tidak melihat kedekatannya kepada Zat yang menjadi tujuan amalnya itu, seakan-akan dia bukanlah seorang mukmin dan mengesakan Allah.

Maka dia merupakan orang yang melatih diri, bertahan atas terjadinya sesuatu. 

Dia tahu bahawa sabar adalah ubat bagi hatinya, dan menjadi sebab kesucian dan kedekatannya. Semua kebaikan akan datang setelah itu.

Itulah bezanya mereka.

************************************************************* 

Berfikir-fikir, fokus mana yang lebih penting untuk dijadikan entry kali ini. Sehingga saat ini beberapa permintaan ‘hadiah entry’ dari sahabat-sahabat masih terbengkalai belum dipenuhi. Entry majlis Fathu Rabbani juga belum sempat disambung. ‘ala kulli hal, kali ini cuba penuhi juga permintaan sahabat jauh. Maaf agak panjang entrynya.

Topik berat. Ulas yang ringan-ringan je. (tapi panjang)^_^
Layak ke?

Layak ke nak bagi pandangan?

Sekilas pandang, terfikir juga. Mengingatkan ianya suatu permintaan, cukuplah diberi sedikit pandangan yang ringan, hasil pemerhatian dan sedikit kajian dari pandangan mereka yang lebih berkelayakan.

Lupa, zaman sekarang semuanya perlukan pentauliahan kan.^_^

Matang.

Syahida…. bab ilmu matang…

Itu pandangan manusia yang melihat. Jauh dari kebenaran mungkin. Tapi pandangan ana, bab amal sangat belum matang. Bahaya. T_T


Seingat ana, sejak Syawal beberapa sahabat secara serius datang meminta agar dibantu soal bait muslim mereka. Barangkali kesan tarbiyah Ramadhan, semakin ramai yang mahu menyempurnakan separuh agama. Alhamdulillah.

Nasihat tulus dari hati, pilihlah pihak yang selayaknya. Orang yang benar-benar faham, tidak akan mengambil enteng proses pembinaan bait muslim, dari titik permulaan hinggalah ke akhirnya.

Permulaannya,  mulakanlah dengan doa.

Bantu.

Menjadi orang yang bertanggungjawab dalam hal sebegini, bukan sewenang-wenangnya untuk disandang. Perkara yang perlu diambil kira bukan soal luaran sahaja, bahkan lebih penting perkara yang lebih jauh 'dalamnya'.

Maka ana bukanlah orang selayaknya, ana sendiri bukanlah ejen BM yang bertauliah. Namun harus diingat, tanggungjawab membina pernikahan adalah tanggungjawab masyarakat. Bukan tanggungjawab individu tertentu semata-mata. Masyarakat yang muslim sepatutnya membina suasana yang boleh membantu individu untuk mendirikan pernikahan.     

Atas kesedaran itu, maka persetujuan dimeterai. Beberapa pasangan cuba dibantu. Ada yang berhasil, ada juga yang belum diizin Allah untuk berhasil. Tugas kita adalah berusaha, rezeki; dari Allah sepastinya.

Dan semestinya, proses ini bukan dilakukan sendiri, beberapa individu yang jauh lebih berkelayakan perlu dilibatkan. Tidak kiralah sekecil mana peranan kita, tidak dapat tidak jika kita mengaku kita individu muslim, maka selayaknya pilihlah untuk membantu. Walau ‘hanya’ dengan menyebut mereka dalam doa kita. ‘hanya’ yang hakikatnya sangat dipandang tinggi oleh Allah.

….akak nak minta tolong, carikan calon…..

Siapa mula dulu…?

Masing-masing punya sebab tersendiri untuk memulakan langkah. Alhamdulillah, atas kefahaman yang benar tentang awlawiyat, mereka sanggup mulakan langkah, walau mungkin tidak sedikit yang memandang serong bila wanita yang mula bersuara.

Di pihak lelaki, juga tidak sedikit yang merasakan ego tercabar, tidak memandang wanita yang berusaha menyempurnakan agama ini sebagai suatu usaha yang sangat mulia. Perlu diingat, dalam agama tiada diskriminasi gender. Yang mungkin perlu dipersoal adalah cara dan kaedah yang diguna, adakah sesuai dengan lelaki yang fitrahnya dilihat hebat dengan ‘kegagahan’ dan wanita yang lebih sinonim dengan ‘kelembutan’.

Tidak dinafi, sunnatullah perlu dirai. Sesetangah pihak mungkin sangat tidak senang bila ada wanita yang memulakan dan sangat berterus-terang,

….saya berniat mahu menjadi isteri awak/saudara/encik/etc….

Contoh terbaik.


Maka contoh yang paling baik untuk diikuti bagi mereka yang berada dalam keadaan sebegini, tidak lain tidak bukan isteri pertama Rasulullah SAW sendiri.

Tidak perlu diulas panjang, semua mengakui bahawa cara yang digunakan Sayyidatina Khadijah RA adalah sangat mulia. Tapi berapa ramai di kalangan umat islam yang memandang serong dan sanggup mengutamakan ego apabila ada wanita yang cuba mengikut salah satu cara yang halal lagi mulia dalam membina perkahwinan ini.

….kita ni, tak setanding Khadijah….

Apakah lelaki yang berpoligami juga setanding Rasulullah SAW?

Sepertinya orang yang beranggapan begitu, mungkin merasakan bahawa kita perlu ‘ditauliah’ terlebih dahulu sebelum mengamalkan sunnah. Soalan seterusnya diharapkan dapat membuka minda,

Apakah anda setanding Rasulullah SAW untuk mengamalkan sunnah makan dari tangan kanan?

Bernikah, berpoligami, makan, tidur, berjalan. Semuanya ada dalam sunnah, mengapa harus dipilih-pilih, seolahnya ada yang patut kita ikut, ada yang tak layak kita ikut. Sunnah itu diikut dengan ukuran kemampuan, dan kemampuan itu berbeza bagi setiap individu.

Keberhasilan.

Soalan pertama diaju bila ada yang meminta bantuan,

….niatnya bagaimana?....

Saja-saja? Sekadar ingin kenal? 

Saya mahu menikah kerana cinta saya kepada Allah dan Rasul.
ِAyat mudah, manifestasinya....?  

Andai niat utama kerana Allah dan Rasulullah, dan mahu menuju pernikahan, insyaAllah matlamatnya sudah jelas. Kalau nak main-main, sila ke playground je.

Badai sebesar manapun, ana yakin individu atau pasangan yang benar-benar faham akan berusaha berhabisan untuk mencapai matlamat. (terlebih emosi ke? Wanita makhluk emosi ye^_^)

Usaha yang dimaksudkan, semestinya mengikut keadaan masing-masing.

Contoh, jika keluarga tidak bersetuju, bukan bermakna keluarga perlu didesak. Analisis masalah, jalan penyelesaian terbaik akan terbit dari hati yang memandang dengan benar dan ikhlas, insyaAllah, yakin!.

Jangan lupa, restu orang tua walau bukan rukun, namun penting.

Peringatan.

Antara perkara pertama yang diperingatkan, untuk diri ana sendiri dan sahabat yang dibantu, soal jodoh adalah rezeki. 4 perkara yang Allah tetapkan, rezeki, ajal maut, amalan dan pengakhiran hidup (shaqiy aw sa’id). (rujuk hadis keempat matan arba’in Imam Nawawi).

Syeikh Muhammad bin Solih al Utsaimin pernah menghuraikan yang dimaksud sebagai rezeki ialah meliputi rezeki zahir dan batin. Rezeki batin adalah jodoh. Begitu menurut ulama ahli sunnah.

Nusrah Allah.

Allah menjanjikan pertolongan kepada orang yang ingin bernikah, 


وانكحوا الأيمى منكم والصلحين من عبادكم وإمائكم إن يكونوا فقراء يغنهم الله من فضله والله واسع عليم
 
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu(1), dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui." (anNur 24:32).

(1). hendaklah lelaki yang belum berkahwin atau wanita yang tidak bersuami, dibantu agar mereka dapat bernikah.

Rasulullah SAW menguatkan janji Allah itu, 

ثلاثة حق على الله عونهم: المجاهد في سبيل الله، والمكاتب الذي يريد الأداء، والناكح الذي يريد العفاف. رواه الترمذي والبيهقي وأحمد وغيرهم ولفظه كما عند الترمذي: قال أبو عيسى: هذا حديث حسن، كذا قال الشيخ الألباني رحمه الله.

"Tiga golongan yang berhak ditolong Allah; mujahid fi sabilillah, hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya".


Pernikahan adalah anugerah.

Diceritakan bahawa seorang ulama sunni pernah berkata,

"Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.” - Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar.

Maka bagi sesiapa yang masih belum berhasil bertemu jodoh,  jawapannya Allah menahannya dahulu untuk rahmatNya yang lain. 

Tapi bukan bermakna perlu berpeluk tubuh. Usaha tetap perlu, doa tetap perlu mantap (bukan setakat zhan, gabungan tinggi harapan dan takut pada Allah perlu sebati), natijah akhirnya serah pada Allah.

Sentiasa perbaharui niat, kenang kembali apa tujuan kita berusaha untuk mencari jodoh dan bernikah.

Belajar dan belajar. Selepas nikah juga perlu belajar.

Bernilainya pernikahan bila adanya keberkatan yang akan menerbitkan kebahagiaan hati.

Kebahagiaan itu bukan terbina dari satu detik, melainkan ianya menempuh jalan yang pelbagai; senyum, airmata, kejayaan bahkan kegagalan. Mintalah dari DIA pemilik seluruh cinta dan kebahagiaan, maka menjadi hak DIA jualah bagaimana untuk mengabulkan permintaan makhlukNya.  

Selamat berusaha! ^__^

.......amin.

181212. beit. 1257pm.

9 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ya benar apa yang dibicara, cinta kepada Allah dan Rasul perlu dibentuk mendalam di lubuk hati dan diutamakan kemudian barulah lahir cinta kepada manusia dan seterusnya makhluk yang lain.

Bila wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hambaNya, segala apa dipohon dan dituruti dengan langkah yang dibimbing oleh~Nya, maka segalanya akan mudah. Dan apa yang terhasil dari tindakan itu, maka itu pilihan dari~Nya.

iffah nasuha said...

=)

semoga enti dikurniakan yang terbaik...

berbicara soal jodoh,ana terasa malas..
persoalan yang semakin lama ana tidak rasa ianya penting utk ana..

ingin memiliki perasaan menikah membuat ana berfikir akan tanggungjwab ana thadap parents yg tak terlunas lg..

smpai masa..insyaallah ada..
rahmat allah itu maha luas

la tay asu min rahmatillah..=)

Angah Rahim said...

Salam mahabbah buat Syaheedah,

Tiada komen mne tpi cukuplh sekadar menegur hati ila, hehe

In Shaa Allah, perancangan Allah itu yg terbaik (jodoh) tetapi ttp memerlukan usaha dri diri kita jua selaku hambaNya..^____^

SyaheeDah said...
This comment has been removed by the author.
SyaheeDah said...

~Abd Razak

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

ya benar.

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Bukhari)

'pilihan Allah tidak akan pernah silap'.

syukran.

SyaheeDah said...

~iffah nasuha

^_^

enti juga pah..pilihan terbaik dari Allah..amin3

adakala tanggungjawab itu bisa terlunas dgn tanggungjawab yang kita lakukan setelah menikah..

moga dgn berkat pernikahan dari Allah, menjadi asbab kita semua diberi kekuatan utk melaksanakan tanggungjawab2 yang lain.

andaikata tidak ditakdir utk menjalani alam pernikahan, bermakna rahmat Allah yg lain menanti.

rahsia Allah itu teramat banyak, hanyasanya kita mahu memahami atau berpaling dari memahaminya.

syukran sahabat,barakallahufik^_^

SyaheeDah said...

~angah

salam kasih sayang buat ila^_^

moga Allah berkehendak menegur hati kita semua, dan diberiNya kita kekuatan utk memaknai teguran itu.

ye benar ila.
Allah akan datangkan ia pada saat yang paling sesuai.

Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita kehendak.
namun menjadi tugas kita, utk berusaha agar kehendak kita selari dengan kehendak Allah.

bila ia terjadi, maka tiada namanya sedih dan takut disebabkan makhluk.

moga yg terbaik utk kita semua.
syukran ila^__^

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum sahabat...

Seputar isu pernikahan.
Didatangkan setiap perkara itu hanya atas maksud agama.

Selalu kita-kita diperdengarkan cerita pernikahan itu penghujung sebuah cerita.
Sedang. Hakikat pernikahan itu adalah sebuah permulaan.

Dunia didatangkan bersama ujian.
Pernikahan tika didunia pasti hadirnya juga bersama ujian. Kan?

"Belajar dan belajar. Selepas nikah juga perlu belajar."

Tenang juga Allah letak dalam pernikahan. ^^,

Allah, bantu aku!

Moga Allah kasih dirimu.

SyaheeDah said...

~rumah tua

waalaikumussalam sahabat

na'am. benar iqa, pernikahan itu salah satu dari proses kehidupan yang masih terlalu panjang.

ya,setiap saat di dunia merupakan ujian.

dari pernikahan juga Allah menjanjikan ketenangan, beruntung mereka yang melaluinya dengan tenang^_^

ya Allah, bantu kami hamba-hambaMu.

amin...^____^

*moga Allah kasih puan iqa juga
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers