Friday, June 29, 2012

Ada DIA ‘antara’ kita.

Sebak. Sedih. Gembira. Akhirnya, termenung dan terasa seperti tidak punya perasaan.

Itu yang ana rasa.

Buat sahabat dunia akhiratku, 
...NUR AZILAH AB. HALIM...

Dia seorang sahabat yang terlalu baik. Jujur menerima ana seadanya.

Dialah yang selalu berdebat dengan ana sewaktu di maahad dahulu.

Dia juga yang membawa harapan ana bersama apabila dia meneruskan kehidupan mencari ilmu di bumi Jordan.

Dia juga yang mengenalkan ana pada kitab-kitab. Kami membaca dari kulit ke kulit. Kami berbicara soal tasawwuf bersama. Dan kami akan ‘pening-pening lalat’ bersama-sama.

Kami sama-sama menghafaz ayat-ayat Allah. Allah masih izinkan kami bersama dalam mencari cintaNya. Dan kami akan sama-sama murajaah dalam kelas.

Tawaf maahad bersama. Puasa bersama. Tamrin bersama.
Namun hari ini. Di hari bahagianya sebagai seorang wanita yang mengharap cinta Rabbnya, ana tidak mampu menghadirkan jasad ini untuk bersama dia.

Seandainya penyesalan mampu mengubat hati ini, maka itulah yang mungkin ana pilih. Namun ana tahu, bukan itu yang seharusnya ana pilih.
Begitu juga di hari keberangkatan dia ke Jordan. Kami hanya sempat bersua mata hanya untuk seketika.

Sanggupnya ana melayan dia sebegitu rupa. 

Tapi, itulah antara peristiwa yang benar-benar membuat ana terasa bahawa hanya Allah yang berhak menentukan segalanya. Dan ana, bukanlah sahabat sebaik dia.

Nikah.
Di saat mendapat tahu tarikh sebenar akad nikah, hati ana merasa kosong.

Allah..bagaimana ana nak selesaikan hal ni.
Ana tak boleh hadir pada tarikh tu. Sedangkan sebelum dia pulang ke Malaysia lagi,ana sudah berjanji untuk cuba sedayanya untuk hadir, kalimah insyaAllah menjadi hiasan di mulut. Doa menjadi nyanyian dalam hati. Mudah-mudahan Allah izin ana bersama dia pada saat itu.

Solat hajat pinta penyelesaian dari Allah. Benar-benar terasa seolahnya seperti seorang manusia yang kehilangan tangan, kaki, mulut, bahkan seluruh anggota. Seolahnya tiada apa yang ana mampu lakukan.

Allahuakbar. La haula wala quwwata illa billah. Apapun,andai menjadi kehendak Allah, tak mustahil ana boleh ke sana, penuhi harapan dia. Kun fayakun. Tidak ada yang bisa menolak andai Allah berkehendak.

Siapa tahu, kelas pada tarikh tu dibatalkan. Atau ana diberi cuti. Atau apa sahaja asbab yang tak mampu ana fikirkan. Segalanya boleh berlaku dengan izinNya. Di saat itu, sedar bahawa hakikatnya apa yang bakal berlaku itu telah ada dalam pengetahuan Allah. Hanyasanya ana sebagai hamba, tidak tahu dan kerana itu usaha sebaiknyalah yang perlu ana lakukan.

Tidak.

Akhirnya. Telah sempurna takdir ana pada tarikh tersebut. Iaitu hari ini. Tercatat di lauh mahfuz.

Jasad ana masih jauh dari jasadnya.

Masih ada harapankah?

Sahabat..
Sungguh, lisan ini tak sanggup mengeluarkan sebarang kata. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa hati ini.

Sungguh. Mengenali dia merupakan suatu nikmat yang cukup besar dalam sepanjang hidup ini.

Melihat wajah dia membuat ana teringat kepada Allah. Ana yakin pada Allah bahawa dia adalah sahabat dunia akhirat ana.

Saat bersama dia yang sangat terhad merupakan anugerah yang sangat indah buat ana.

"Bila seseorang hamba itu benar-benar dekat dengan Allah, maka Allah akan menjadikan kehendaknya sesuai dengan kehendak Allah."

Termenung sendiri tatkala hati teringat akan bait kata-kata ni.

*********************************************************************************

Azilah..
Maaf. Mungkin kehinaan yang menjadi pakaian harian saya ini menyebabkan saya tidak mampu menjadi sahabat yang baik. Ya, benar segalanya dari Allah. Walau ianya baik mahupun buruk pada pandangan mata kita. Hakikatnya segala takdir Allah itu adalah yang terbaik.

Awak hadiah yang sangat indah dari Allah buat saya, insan yang hina dina ini.

Sedih. Mungkin kerana mengenangkan saya tidak mampu membalas kebaikan awak pada saya. Namun akhirnya saya tersenyum bila mengingat kembali bahawa Allah yang memiliki segalanya itulah yang akan membalas kebaikan awak. Dengan balasan yang saya sendiri tidak mampu bayangkan.

Maaf atas segalanya.

Namun. Apa saja yang terjadi antara kita, benar-benar membuat saya semakin mengerti tentang kehidupan dunia. Allah mendidik kita untuk benar-benar mengharap pada Dia. Benar-benar terasa doa menjadi penghubung kita. Benar-benar terasa ada DIA di antara kita.

DIA menjadi penghubung dan penguat hubungan kita.

Takdir saya hari ini. Menuntut kekuatan yang cukup besar untuk membuahkan perasaan redha yang benar-benar kerana Dia semata. Saya mahu air mata yang tumpah itu untuk redha yang sebenarnya sebagai seorang hamba.

“Allah jaga dan sayang awak lebih dari saya sayang awak. Maka saya serahkan awak pada DIA.”

Moga doa awak untuk menjadi bidadari buat zauj tercinta di dunia dan akhirat menjadi kenyataan. Amin.

Tidak terniat di hati untuk mengagungkan dia. Kerana ana yakin Allah yang Maha Agunglah yang telah menjadikan dia sebagai seorang sahabat yang sangat-sangat baik buat ana.

Selama ana mengenali dia, Alhamdulillah Allah tunjuk pada ana, dia seorang yang dekat dengan Allah.  

Alhamdulillah, dia selamat diijabkabul dengan suami pilihan dari Allah, pada waktu dhuha tadi. Waktu tersebut dipilih kerana dhuha memberi makna yang mendalam antara dia dan Allah sebagai Kekasih abadinya.

Jodoh terbaik dari Allah untuk dia. Kuasa Allah, walau ana tak pernah kenal suami sahabat baik ana ni, Allah tunjuk pada ana bahawa dia seorang yang soleh insyaAllah. Pasangan yang soleh dan solehah insyaAllah.  

Moga layaran bahtera kalian sentiasa dalam tuntunanNya.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير.

  ~INNI UHIBBUKI FILLAH~

انا مشتاق اليك جدا  T__T

posted - m225. 300612. 0136a.m.

Monday, June 25, 2012

Dosa yang bermanfaat.


Mata hati.
Ada juga ye dosa yang bermanfaat? Ada. Biasa dengar kan, orang cakap “apa sahaja yang berlaku, itulah yang terbaik untuk kita”. Cumanya, sama ada kita faham atau tidak. 

Maka,beruntunglah bagi mereka yang lihat setiap sesuatu dengan pandangan mata hati.

"....وفي كل خير....."

Ini yang Nabi (saw) sebut pada kita sewaktu baginda (saw) memperihalkan mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah. Antara cirinya, mukmin yang kuat merasakan apa sahaja perkara yang berlaku, itulah yang terbaik.

Rahsia taubat.
Salah satu yang nak ana sentuh dari kitab atTaubah wazifah al-‘umur (Penyucian Dosa Sepanjang Hayat) oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, iaitu:

Terkadang dosa itu lebih bermanfaat bagi hamba, daripada pelbagai ketaatan...
...selama ia disertai dengan taubat.
 
Dosa sebagai ‘catalyst’.
Dosa sebagai pendorong/pemangkin kepada takut,rindu,taubat & cinta kepada Allah? Apa benarrr?

Ibn Qayyim r.h. berkata : “inilah makna perkataan sebahagian salaf yang mengatakan, ‘adakalanya seorang hamba berbuat dosa, namun masuk syurga dan adakalanya seseorang mengerjakan ketaatan, namun masuk neraka’.

Orang-orang bertanya: “bagaimana itu boleh terjadi?”

Beliau menjawab: “dia melakukan dosa, seolah-olah dosa itu selalu nampak di hadapan matanya. Ketika sedang berdiri, duduk, mahupun berjalan, dia selalu ingat akan dosa tersebut sehingga membuat hatinya luluh, bertaubat, menyesal, memohon keampunan kepada Allah, dan menyesali perbuatannya. Hal itulah yang menjadi penyebab keselamatannya.”

Sementara yang melakukan kebaikan, seakan-akan kebaikan itu selalu nampak di hadapan matanya. Ketika sedang berdiri, duduk, ataupun berjalan, dia selalu ingat akan kebaikan tersebut sehingga membuatnya takbur, ujub dan rasa telah mendapat kurnia. Hal itulah yang menjadi penyebab kebinasaannya.


Rahsia yang indah.
Apabila Allah menghendaki suatu kebaikan bagi seorang hamba, maka Dia akan menimpakannya dosa yang membuat hatinya luluh, menjadikan dirinya sedar akan kedudukannya di sisi Allah, dan membuatnya berhenti melakukan keburukan. Kepalanya pun akan tunduk, tidak ujub dan tidak takbur. Di samping itu, Allah akan memberinya kurnia kebaikan kepadanya dan kepada hamba-hamba yang lain sehingga dengan demikian dosa ini lebih bermanfaat daripada sekian banyak ketaatan. Taubat dapat diumpamakan ubat yang diminum untuk mengeluarkan penyakit berbahaya yang ada dalam tubuh.  -madarijus salikin li ibn Qayyim(pendakian menuju Allah).

Hadam ilmu.
Hati-hati wahai hati. Seorang guru pernah menyebut. Tanda sesuatu ilmu itu hadam ke dalam hati adalah; bila kita belajar tentang sesuatu, kita teringat pada diri kita dulu, bukan orang lain. Kita bandingkan diri kita dengan ilmu tu, adakah kita sepertimana yang disebut dalam ilmu yang kita belajar tu. 



Di saat membaca entry ni (taip-buat ana yang menaip), wajah dan hati siapa yang terpapar dalam ingatan?

Andai tak terbayang walau hanya satu perilaku dosa yang pernah dibuat.. Moga ia akan menjadi 'dosa yang bermanfaat'.

‘ala kulli hal, inilah salah satu rahsia yang sangat indah dari rahsia-rahsia taubat. Berita gembira buat yang berdosa (a.k.a manusia), juga peringatan besar buat manusia yang merasa tidak berdosa (???). astaghfirullah.

Akhirnya.
Akhirnya, terpulang pada kita bagaimana menanggapi segala yang berlaku. Bagaimana pandangan dan sikap kita terhadap kesilapan yang saban hari tak terlepas dari insan yang sedar diri. Semuanya telah ada untuk kita pilih.

"Sangat indah bila Allah izinkan untuk kita faham, dan kita, memilih untuk faham."
(^__^)v


m225. 26jun2012. 1222am.

Saturday, June 9, 2012

Berani Berbahagia Sendiri.


Berani. Syajaعah. Jari’. Courage. Brave. Dan segala macam lagi istilah yang ada.
Harus berani menolak segala unsur tidak baik yang datang dari segenap penjuru. 


Hati-hati wahai hati.
Ramai orang boleh bercerita tentang penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itu ada orang sewaktu memperihalkan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

 “Kenapa air muka kak tiba-tiba berubah??”
 Kenapa ana macam tu?
Apa semua yang dilakukan perlu ada penjelasan?
...adakalanya tidak tahu itu lebih baik.

Kenapa reaksi ana begitu?
Adakalanya perlu berani untuk bertindak diluar kebiasaan..
Tak semestinya yang biasa itu benar.

Pernah berasa sukar untuk hati menghadam lumat setiap yang berlaku.
Bahkan sering.
Seolahnya seperti kanak-kanak kecil yang baru mengenal kehidupan.
Tidak mengerti.

Ohh..kerana hati itu kecil. Belum penuh dengan ma’rifah?
Barangkali.
Dan jua kerana ia hanya sekadar hamba.
Sifatnya…hina.

Bahagia sendiri.
Sendiri itu tarbiyah.
Saat buat diri menikmati tarbiyah Ilahi.

Biarkan sahaja diri dibelai kasih Allah.
Biarkan sahaja diri diulit cinta Allah.

 (~__^) .اللهم اني احسنت الظن بك فأحسن عاقبتي في الأمور كلها. اني فوضتك اموري اليك

Bahagia kan?? ^___^


filbeit. 09jun12. 0655pm 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers