Tuesday, May 29, 2012

..jawapan balas bagi 'jazakallah khaer'..


Alhamdulillah. Akhir-akhir ini, dapat kita lihat kebangkitan Islam di serata tempat. Anjuran mengingati Rasulullah saw dan mengikuti sunnah baginda sedang berkembang di seluruh pelusuk dunia. Janji Allah itu benar!. Bila kita sebut kecintaan pada Rasulullah saw, sudah pasti setiap sunnah dari baginda saw mahu kita ikut,kan?



 وعن أبي سعيد مرفوعا : من لم يشكر الناس لم يشكر الله عز وجل .(رواه أحمد والترمذي وحسنه) .
-barangsiapa yang tidak bersyukur kepada sesama manusia maka dia tidak bersyukur kepada Allah ‘Azza wajalla. –au kama qal.

Salah satu sunnah baginda saw yang terlintas di minda ana, tatkala mahu mengucapkan penghargaan kepada seorang mursyid. Baru terfikir. Perkara biasa, namun nilainya cukup tinggi bukan hanya dalam soal hubungan kita dengan sesama manusia, malah hubungan jiwa kita dengan Pencipta juga.

Ramai dikalangan kita, termasuk ana sendiri, biasa menjawab doa ‘jazaki/allah khaer’ (moga Allah membalas kebaikanmu @ biasa juga ditambah menjadi jazakallah khaeral jaza-dengan sebaik-baik balasan) dengan ucapan ‘amin waiyyak’ (dan kepadamu juga).

وعن أسامة مرفوعا : من صنع إليه معروف فقال لفاعله : جزاك الله خيرا فقد أبلغ في الثناء  (رواه الترمذي . وقال : حسن صحيح غريب) .
Terdapat satu lagi riwayat yang maksudnya hampir sama;

Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa aaluhu wasohbuhu wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan : jazaakallahu khair (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.At-Tirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya:7/54. Hadits ini dishahihkan Al-Albani dalam shahih Tirmidzi).

Pandangan ulama.

Mengenai hal ini, sedikit research dibuat dan ana menjumpai fatwa ulama iaitu :

Sheikh Muhammad ‘Umar Baazmool, pengajar di Universiti Ummul Quraa Mekah, ditanya: Beberapa orang sering mengatakan “Amin, waiyyaak” (Amin, dan kepadamu juga) setelah seseorang mengucapkan “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalas kebaikanmu). Apakah merupakan suatu keharusan untuk membalas dengan perkataan ini setiap saat?

Beliau menjawab :
Ada banyak riwayat dari sahabat dan dari Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, dan ada riwayat yang menjelaskan tindakan ulama. Dalam riwayat mereka yang mengatakan “Jazakalahu khairan,” tidak ada yang menyebutkan bahawa mereka secara khusus membalas dengan perkataan “wa iyyakum.”

Kerana ini, mereka yang berpegang pada perkataan “wa iyyakum,” setelah doa apapun, dan tidak berkata “Jazakallahu khairan,” mereka telah jatuh ke dalam suatu yang baru yang telah ditambahkan (untuk agama).

Al-Allamah Asy-Sheikh Al-Muhaddits Abdul Muhsin Al-Abbad hafizohullah ditanya:
Apakah ada dalil bahwa ketika membalasnya dengan mengucapkan “wa iyyakum” (dan kepadamu juga)?

Beliau menjawab:
“Tidak ada dalilnya, seharusnya dia juga mengatakan “jazakallahu khair” (semoga Allah membalasmu kebaikan pula), iaitu didoakan sebagaimana dia berdoa, meskipun perkataan seperti “wa iyyakum” sebagai athaf (mengikuti) ucapan “jazakum”, iaitu ucapan “wa iyyakum” bermakna “sebagaimana kami mendapat kebaikan, juga kalian”, namun jika dia mengatakan “jazakalallahu khair” dan menyebut doa tersebut secara nash, tidak diragukan lagi bahawa hal ini lebih utama dan lebih afdhal.”

Sheikh Ahmad bin Yahya An-Najmi ditanya:
Apa hukumnya mengucapkan, “Syukran (terima kasih)” bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita?

Beliau menjawab:
Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, iaitu mengatakan, “Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu.” Dan pada Allah-lah terdapat kemenangan.

Menjawab dengan “Wafiika barakallah”.

Apabila ada seseorang yang telah mengucapkan doa “Barakallahu fikum atau Barakallahu fik” kepada kita, maka kita menjawabnya: “Wafiika barakallah” (Semoga Allah juga melimpahkan berkah kepadamu) (lihat Ibnu Sunni hal. 138, no. 278, lihat Al-Waabilush Shayyib Ibnil Qayyim, hal. 304. Tahqiq Muhammad Uyun).
 
Panduan
Sekadar untuk panduan bersama. Walaubagaimanapun, tidak ada salahnya untuk menjawab doa tersebut dengan apa jua doa yang baik. Terpulang pada diri masing-masing untuk memilih jalan yang terbaik, insyaAllah.

Untuk peringatan kita bersama, terutamanya diri ana yang sedang menulis saat ini, jadikanlah setiap yang berlaku dalam hidup kita sebagai ruang dan peluang untuk kita mencari dan menambah ilmu. Moga dengannya hati kita makin tunduk dan tunduk menjadi hamba yang haqiqi.

*mudah-mudahan perjalanan pengabdian mursyid kami, dan sahabat-sahabat ana (Syakira dan k.Zati) ke Madinah dan Makkah berjalan lancar. Rasanya mahu kembali ke tahun 2005 dulu T__T.  
Buat mursyid kami, sungguh, telah banyak yang kami pelajari darinya. Alhamdulillah, jazakallah khaer!

filbeit. 29052012.
1000pm.

9 comments:

~cik atin~ said...

alhamdulillah, teringat suatu ketike dlu penah anta msg ke ida tanye psal bende ni.. he3 :D

Bulan Syurga Firdausi said...

ilmu yg sgt berguna...pnjg lebar penerangan nye :)

SyaheeDah said...

~cik atin

makanya,entry ni khususon li cik atin!(^__^)

SyaheeDah said...

~bulan syurga firdausi

ilmu Allah tersangat luas.

*tak mampu nak pendekkan,*__*

Angah Rahim said...

Mak Cik :

Salam...

Wahhhhh.........

Satu Ilmu baru buat diri ini...
Sekecil2 perkara membawa ganjaran dan kebaikan kepada diri kita.

Thank you very much, Mak cik sbb kongsi ilmu nih...
InsyaAllah, manfaatkn bersama..

~^^~

SyaheeDah said...

~angah

wsalam anakku angah^__^

walau mungkin kecil pada pandangan kita, tp bisa menjadi besar pd pandangan Allah..andai kena pd caranya.

..tiada yg sia-sia..

u r welcome my dear,insyaAllah^__~

RuMaH TuA said...

Gud!

Jzkk.
Jzkk.
Jzkk.

:-)

Moga Allah kasih.

SyaheeDah said...

~rumah tua

gudgirl!hehe

jzkk
jzkk
jzkk.

copy paste? no no no..=P

moga Allah redha

Shahira said...

Alhamdulillah, syukur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers