Thursday, April 12, 2012

..tanda Cinta..

Pada suatu hari, seorang alim bernama Fadhl al-Jauhari berdiri di tanah suci dengan menghadap kiblat. Saat itu ia sedang berihram. Ia berseru dengan suara yang sangat kuat,

"Wahai orang yang hancur lebur dalam muraqabah dan ma'rifat,
Wahai orang yang terbunuh dengan pedang-pedang kemesraan dan cinta,
Wahai orang yang terbakar dengan api ketakutan dan kerinduan,
Wahai orang yang tenggelam di lautan musyahadah!
Ini adalah negeri Kekasih, lalu mana orang-orang yang mengasihi itu?
Di sinilah tempat rahsia kedekatan, dimanakah para perindu itu?
Inilah tempat kenangan, dimanakah mereka yang ingin mengenang masa lalunya?
Ini adalah saat menunjukkan diri dan dilihatnya air mata, lalu mana orang-orang yang menangis?"

Kemudian ia pengsan, dan setelah sejam ia sedar, lalu berkata,

"sejak aku melihatmu
Di malam yang penuh rindu di hatiku
Engkau selalu ada, tak pernah menjauh
Bersemayam dalam sanubari"

Pembawa cerita ini lalu berkata, Aku kemudian mendekatinya dan bertanya kepadanya,

"wahai tuan, apa tanda cinta kepada Allah?"

Ia menjawab,

"bahawa para pencinta itu, ketika malam gelap, berada di sisi Allah Ta'ala dengan penuh semangat. Di antara mereka dan Dia telah terjadi keterbukaan. Mereka menyibukkan diri dengan nikmatnya hubungan dengan Tuhan yang mereka sembah, hingga tidak menghiraukan jamuan yang lazat. Kesibukan denganNya memutuskan mereka dari semua makhluk. Mereka lebih memilih bermunajat kepadaNya daripada tidur. Mereka tidak mahu memilih perkataan lain kecuali firmanNya. Hal ini dikenal oleh orang yang mengenalNya, dirasakan oleh orang yang merasakanNya, dan orang yang mencari kebaikan kepadaNya akan merasa senang denganNya".

kat belakang tu jabal rahmah..
 


m225. 12april2012. 0655pm 

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

"Mencintai Allah adalah cara yang patut ditempuh seorang hamba Allah berlandaskan keyakinan."

[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.]

kueh said...

salam alaik..
ehem..
semoga Allah mengekalkan rasa cinta kita pada-Nya..

"hatiku merayu rindu
kasihmu padaku syahdu
munajat hamba padamu mengharap kasih sayangMu..
carilah ilmu mengenal Allah..
tanamkan takut neraka Allah..
semaikan harap syurga Allah..
carilah keredhaan Allah.".


*seronoknye dipilih oleh Allah tunai haji umrah..
moga diri ini dapat turut serta satu hari nanti..InsyaAllah..:)

Moga redha Allah bersama kito sokmo..^^,y

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,,,

Wali Fudhail berkata kepada seseorang, "Jika ada yang bertanya kepadamu, cintakah kau kepada Allah, diamlah.

Kerana jika kau jawab 'Aku tidak mencintaiNya,' kau telah kafir....

dan jika kau jawab, 'Ya, aku mencintaiNya,' bererti kau dusta kerana banyak perbuatanmu yang bertentangan dengan pengakuanmu."

Allah... Adakah cintaku benar-benar bertanda...



Moga Allah Kasih.

SyaheeDah said...

~abd razak
wa'alaikumusssalam w.b.t

ana percaya, setiap muslim punya pengalaman cinta kepada Allah yg tersendiri,.
..menurut apa yg diyakininya..

syukran atas info tmbhnnya ya!

SyaheeDah said...

~kueh
wa'alaik assalam..

amin3.
my heart is loving U
my heart is just for U
knowing U Allah i'll try to get close to U..^__^

amin ya Allah..

SyaheeDah said...

~rumah tua
wa'alaikumussalam w.b.t

DIAM...
'
'
'
*cintakah aku kepada Allah??

syukran iqa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers