Tuesday, April 17, 2012

hidup kita..pilihan kita..


830 tunggu di lobi. Jumpa Tuan Syed dan Timbalan.

Sms dari pengerusi. Alamatnya, ana terpaksa skip separuh kuliah Bahasa Arab kali ni. Allah..

Telefon bimbit vibrate menandakan ada sms masuk. Dek kerana ketika itu sedang musyawarah dengan timbalan pengarah, hanya hujung mata yang sampai ke isi sms tersebut.

Salamullahialaikum..utk liqo esok..asif jiddan lmbt bgtaw..tunggu hdset sembuh..aim, isu semasa..syahida, lau kana bainana..B-)

Gulpp…hampir sahaja lisan ini menjerit…terasa degupan jantung mula bergerak laju..

Astaghfirullah…sollu 'ala Nabi..

Mengingatkan ketika itu di hadapan ana ada insan yang perlu ana hormati. Syukur masih boleh mengawal emosi.

T__T


Kenapa ana? kenapa tajuk ni? Kenapa?

Layak ke ana persoal, kenapa?

Selesai musyawarah, setiap langkah kaki menuju ke kelas ditemani rasa yang tak mampu ana gambar dengan kata-kata.

Apa ini teguran Allah?

Kali kedua.

Inilah kali kedua ana mendapat tugasan berat seumpama ini. Membicarakan perihal ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. Kali pertama, sewaktu diminta dan dijemput oleh sahabat a.k.a roomate ana untuk membicarakan perihal Rasulullah S.A.W dalam usrah pimpinannya, sebagai merai sambutan maulidurrasul tidak lama dulu. Dan tajuk yang sama ana gunakan dalam halaqah usrah tersebut.

Kali ini, tugasan yang hampir sama diminta oleh mas'ulah, untuk pengisian liqa' subuh.

Terdetik di hati. Apa diri ini layak berbicara soal itu?

Tidak mampu ana bayangkan, bagaimana Allah telah mengilhami Sara, mas'ulah kami untuk memilih tajuk ini untuk ana.

Tiada yang Allah jadikan itu sia-sia. Semuanya ada nilaiannya yang tersendiri.

Dan telah tercatat, ini bahagian ana.

Tanggungjawab.

Membicarakan perihal mengingati Rasulullah S.A.W. Pada ana, itu tanggungjawab kita semua. KITA. Siapa yang mengaku dirinya muslim, maka secara automatiknya dia termasuk dalam golongan KITA tersebut. 

Kenapa??

عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال  :
«
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين »  [1]

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak-anaknya, dan manusia seluruhnya."

Kasih dan cinta akan membawa kita untuk ingat pada yang kita kasih dan rindu. Itu sifirnya, itu hukum adat, dan itu sunnatullah.

Berbalik pada persoalan tadi, kenapa?

Kerana KITA umat baginda. KITA pengikut baginda. Baginda sangat mengasihi dan sangat mengingati kita. 

"لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم"
- Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyanyang terhadap orang-orang yang beriman. (9:128)

Sangat wajar untuk kita menyebut tentang baginda. Berbicara bukan hanya bermaksud kita menyebut dengan lisan semata. Malah perilaku kita juga termasuk dalam konteks 'bicara'. (harapnya ahli bahasa tak argue kenyataan ni ye).

Wakil Rasulullah S.A.W

terbuktikah? hopefully..amin

 Tingkah laku kita. Andai mampu membuatkan insan dan makhluk lain yang melihat kita, teringat kepada Rasulullah S.A.W. MasyaAllah, secara zohirnya itu sudah mampu untuk membuktikan kecintaan kita pada Rasulullah S.A.W.


....وإنما نحن قوم نحكم بالظواهر والله يتولى السرائر....
- Adapun kami satu kaum yang berhukum berdasarkan apa yang tersurat dan Allah jua yang mengetahui yang tersirat. (Saidina 'Umar Al-Khattab R.A).


Hakikatnya, nilainya tetap disisi Allah semata.

Tapi bagaimana pula kalau dengan melihat kita, mengingatkan seseorang pada Rasulullah S.A.W, tapi kita sendiri selaku manusia yang tubuhnya diberi pinjam ini tak ingat pun pada baginda?

Ada dua keadaan. Pertama, mungkin orang tersebut melihat kebaikan yang Rasulullah S.A.W wariskan ada pada seseorang, maka orang yang melihat tersebut teringat pada Rasulullah S.A.W.

Kedua, mungkin seseorang itu mempamerkan perkara sebaliknya (buruk), maka orang yang melihat padanya berasa kasihan lantas ingat pada Rasulullah S.A.W.

Maka kita mahu bagaimana? 

حياتك....خيارك....
- Hidup kamu…pilihan kamu….

* masih berfikir, kaedah & teknik yang sesuai untuk sampaikan isi bagi tajuk lau kana bainana ni. Alhamdulillah, perancangan asal untuk liqa' pagi tadi ditunda. Allah a'lam(^__^).

0926pm, 17april2012.
M225.

     




[1] أخرجه البخاري[32] ومسلم[33]

8 comments:

RuMaH TuA said...

Asal yg namanya umat Muhammad, Insyaallah dia layak berbicara tentang kekasihNya itu. Apatah lagi dirimu sahabatku...

Adanya fikir risau tentang agama itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.

:-)

Moga Allah kasih.

SyaheeDah said...

~rumah tua

sohih2..
"permaisuri baru tu, kawan saya la tu"
kita bangga bila kita kenal "orang besar".
jadi,kena lagi bangga utk sebut ttg Rasulullah, manusia smpurna cptaan Allah..kan..

*kekasih itu stp saat mmikirkan umat=kita.

fikir+risau=(^__^)
tq wahai sahabat!

Angah Rahim said...

"permaisuri baru tu, kawan saya la tu" mcm kenal ke ayat tuh..hehe

Bercakap mengenai kekasih Allah itu menambahkan lagi rasa sayang dan cinta terhadap baginda SAW...

dan InsyaAllah sunnah baginda kita hidupkan dalam hidup kita...

p/s: maaf kalau ade salah silap

I Love Rasulullah SAW...

~>_^~

SyaheeDah said...

~angah

benar ila..sntiasa menyebut ttg Rasulullah, mudah2an zauqnya lbh terasa..rindu pd si dia; Rasulullah lbh mendlm..

*maaf jua..

we luv Allah..
we luv Rasulullah saw!

^__^

Addien said...

salam ya syeedah..good..
mungkin enti boleh gunakan syamail muhammadiah lil tirmizi...

jangan risau berkaitan layak atau tidak..zaman kita ini zaman menyebarkan sunnah nabawiyyah dan ilmu yang sahih wa rajih..

p/s- kalau nak kira layak..kena cek ijazah sanad lah.. :)...

barakallahufik syeedah

SyaheeDah said...

~ad-Dien

wsalam..

alhamdulillah, antara rujukan yang bermain di fikiran, syukran.

syukr lillah,slot tersebut berlangsung dgn kehendakNya.

Allah yubarik fiik,
jazakallah khaer amin.

Addien said...

Slot ape tuu??? :)

SyaheeDah said...

~Ad-Dien

emm..slot lau kana bainana..seperti slot tazkirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers