Tuesday, January 31, 2012

CERITA yang membawa BERITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa lama menyepi, mencuba memahami hikmah, walau mungkin ilmu yang ada teramat dangkal untuk mengerti. Melihat saudara yang lain istiqamah menyampaikan sesuatu di blog masing-masing, ana pula hanya menjadi tukang tatap. Masih terus berfikir dan berfikir.
Seakannya setiap perkara yang berlaku dulu, kembali dalam ingatan. Allah menegur.

Kamu tidak punya apa-apa!

Sungguh,terasa diri sangat kosong. Berdiri pun rasa macam kapas, ringan macam tak ada isi! (walaupun berat mencecah _ _ kg). Tapi serius, itu yang ana rasa.

Jika dibandingkan dengan manusia biasa saja, bedanya sudah seperti langit dan bumi, maka siapalah ana pada yang menciptakan manusia itu.

Kembali teringat masa lalu. Mahu sedalam-dalamnya dihayati, moga ada 'ibrah yang boleh diambil.

Apa pun, yakin, bahawa apa jua yang berlaku sekarang, itulah yang terbaik untuk kita. Zaman yang berlalu, walaupun dirasakan lebih baik @ sebaliknya, ianya telah berlalu, ambillah pengajaran darinya.

Kesembuhan.

Semestinya, ia dari Allah. Setiap kali dihidang santapan rohani, melihat sahabat yang diuji kesakitan, dan melihat mereka kembali sembuh. MasyaAllah, kebesaran Allah di depan mata! Pergantungan sepenuhnya pada Allah.

"Bermula saat ini, enti bertanggungjawab untuk……" –mafhum ayat ustaz.

Sejak menerima 'amanah' itu, setiap hari berfikir dan berfikir, setiap kali itulah Allah mengilhamkan kebesaranNya. Saban hari, kenyataannya lebih jelas; I have nothing!

Dalam minggu yang sama lepas tasmi' ruqyah, Allah uji. Kuasa mutlak Allah, bila Dia berkehendak, tiada yang dapat menghalang. Lagi sekali, rasa diri ni tak ada apa-apa. Semuanya dari Allah. Cuba beberapa kaedah, ada respon, tapi lepas tu ana blur. Istighfar, ingat kesembuhan tu dari Allah, manusia hanya berikhtiar. Cuba dan cuba lagi, alhamdulillah, hajat 
kami Allah permudahkan.

Termenung dan Merenung.
(tapi bukan direnung).

Selalu ingat bila ustaz share tentang kes yang dia handle, bila pesakit dapat kesembuhan, ustaz akan cakap..

Itu dah rezeki dia..

Sangat halus asuhan Allah. Ana yakin, ianya memerlukan penghayatan yang sangat teliti untuk memahaminya. Mungkin kerana itu, bait kata yang keluar dari lisan ustaz juga sangat halus dan mendalam maksudnya. Sering kali ana termenung sendiri bila dihidangkan nasihat dari ustaz.
Syukur dipertemukan dengan insan-insan berjiwa besar ini. Yang tu macam tu, yang ni macam ni. ^_^. & yang paling penting, Maha Hebatlah Allah yang menciptakan mereka ini.

Kes Lama.

Kesnya sudah lama, memang dalam perhatian ana sejak sebelum ana terlibat dalam bidang ni lagi. Tapi semakin lama semakin diberikan petunjuk yang makin jelas. Dan malam ini, ana membuat kesimpulan, untuk kepastian dan tindakan lanjut, kes ni perlu refer pada ustaz. Setakat ana, basic tu tau la sikit-sikit.  

Lepas ustaz pesan supaya tidak mencari kes, biar mereka yang cari kita, ana pun memang tak follow up la kes-kes sebelum ni. Kononnya nak ikut nasihat tu, tapi bila kes ni mula balik, baru teringat, tanggungjawab ana untuk membantu yang memerlukan. Itu yang dipesan pada ana.

Teman Seguru.

Kehendak Allah, buku yang sahabat-sahabat minta tak ada stok. Kadang terfikir, punya plan nak dapatkan buku tu, so that sahabat boleh hafal masa cuti. Ustaz usahakan, tapi lepas cuti pun masih tak dapat. Kesian kat sahabat tertunggu-tunggu, asif jiddan. Terfikir, apa yang Allah nak tunjuk di sebaliknya. Ana teringin nak ada 'teman seguru', tu yang beria sangat minta sahabat tasmi' tu. Hmm, rencana manusia. Bak kata kak zati, mungkin Allah nak beri masa untuk tadabbur ayat-ayat yang dihafaz.              

Pesan Ma Ayah.

Sebelum naik 'flight' hari tu, suatu pesanan yang cukup indah, tapi sangat berat sebenarnya. Lepas salam dan minta maaf pada ma dan ayah, ayah pesan..

Jaga diri..

Perjalanan 6 jam lebih, sambil lihat kebesaran Allah, terfikir dalam sungguh pesanan tu. 2 tahun lebih di sini, betul ke ana jaga diri sebaik mungkin?

 "فالله خير حافظا"
 
* Cerita kehidupan..
..ia membawa berita kebesaran Allah. *


fi m225. 0230am. 01022012.

Sunday, January 8, 2012

.:..tiDak maHukah kiTa?..:.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sedikit ruang hujung minggu yang berbaki ini, Allah kurniakan ilham dan kekuatan untuk menulis sesuatu di sini.

Sesuatu yang sangat menyentuh hati ini.

Ana tidak mahu mencatat sebarang nas mahupun sebarang syahid di sini. Izinkan ana meletakkan sedikit bait kata bagi menggambar rasa hati pemberian amanah Tuhan ini.

..........................................................................................


Buat diri ini dan saudaraku sekalian.

Jagalah kalam Allah, jagalah bacaannya, jagalah hafazannya.

Tolong dan tolong..

Tidak sekali-kali kita dikurniai hadiah berharga seperti itu, melainkan untuk kita memahami bait cinta Allah kepada hambaNya itu..

Siapa hamba itu?

hamba itu kita...kita!

Itu hadiah buat kita. Hargai ia. Tolonglah!

Tolong..dan tolonglah...

Andai pernah, walau hanya sekali, terdetik di hati untuk menghafaz mahupun belajar tentang Al-Quran..

Bangunlah, pintalah kekuatan dari Allah untuk melaksanakannya.

Jangan sesekali membiarkan ilham itu pergi berlalu begitu sahaja.

Saya tak ada masa nak belajar.
Saya tak mampu nak hafaz. 

Kamu tidak akan pernah mampu melakukan apa pun, hatta untuk mengedipkan mata sekalipun!

Kemampuan yang ada pada kamu hanyalah dari Allah semata.

Hati-hati wahai mulut amanah Allah itu.
Jangan kamu menafikan hak Allah untuk memberi kemampuan kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya!

Saya cinta Allah, saya cinta Rasul.

saya akan jaga hubungan sesama manusia setiap hari.

Buktinya, saya rela bersembang berjam-jam, bergelak ketawa setiap hari..berbaik-baik dengan semua orang, baru dapat selitkan dakwah, orang pun suka..itu tanda saya cinta Allah dan Rasul.


Relanya kita mempersembahkan ibadah seperti itu, sedangkan Al-Quran kita tak sanggup baca lebih dari 5 minit!

Zalimnya kita!

Mana hubungan kita dengan Allah?

Relanya kita menghafaz setiap bait teori dari manusia yang sangat dangkal ilmunya untuk menghadapi peperiksaan, sedangkan Al-Quran, kita mind setkan bahawa kita tak mampu untuk hafaz.

Sombongnya kita!

Relanya menipu diri sendiri sedangkan takdir Allah itu tidak akan pernah dapat kita jangkaui.

Sahabat-sahabatku,

Andai pernah terdetik dihati untuk mendalami al-Quran, teruskan.

Andai pernah hati itu terjentik untuk menghafaz al-Quran, jangan biar 'jentikan' Allah itu berlalu begitu saja.

Hargai diri kita, pujuklah diri kita untuk menyemat kemas kalam Allah dalam hati kita.

Setelah kesusahan itu ada kesenangan.
Tidak mengapa andai perlu bertatih di usia ini.

Maaf andai tidak terbit dari mulut amanah Allah ini, untuk mendorong. Maaf.
Diri ini terlalu dho'if, faqir di sisi Allah.

Benar, adakalanya suasana sangat tidak membantu.

Namun..
Kita ada Allah..kan..

Tidak mahukah kita menyarung mahkota buat ayahanda dan bonda di akhirat kelak?

 fi m225, 
080112, 0522pm.

Saturday, January 7, 2012

"wahai saudaraku, hiburlah dirimu..."

 
"Hai saudaraku, hiburlah dirimu sebagaimana engkau menghibur orang lain.
 
& burukkanlah prbuatanmu yang engkau anggap buruk pada orang lain.
 
Ketahuilah bahawa musibah yang paling berat adalah hilangnya kegembiraan & pengharaman pahala,
 
maka bagaimana seandainya kedua-dua keadaan itu berkumpul bersama timbulnya dosa?.
 
Maka terimalah nasibmu hai saudaraku jika telah dekat dirimu sebelum engkau memintanya sedang ia telah jauh darimu.
 
Semoga Allah memgilhami kesabaran di waktu kesusahan dan memberikan pahala kepada kami & engkau."
 -imam syafi'i-
 
 
*semester baru sudah bermula...
 fi m225, 0640pm. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers