بسم الله الرحمن الرحيم
Agak lama tinggalkan blog ni. Sengaja memberi masa pada diri untuk mentelaah hikmah dalam ilmu yang teramat banyak, itupun hanya sedikit diberi pada manusia. insyaAllah kali ni, rasa teringin nak kongsi syarah 1 hadis ni, ana ulangkaji masa tunggu ayah jemput lepas habis 1 test rabu lepas.(test ape cuti-cuti ni,jeng3) Tunggu punya tunggu sampai tak sedar dah sejam lebih. Sapa orang kat tepi sudah, tengok alam sekitar sudah, what else? Haa, jangan lupa, ada "khazanah" kat dalam beg..
Orang kata, penantian itu 1 penyeksaan. Nak tau cara tunggu tanpa merasa bosan mahupun terseksa?^_^
- Zikir…tak kira dengan apa cara sekalipun. One of it, baca sesuatu yang boleh mengingatkan kita. Hmm,'baca orang' pun boleh^_^.gurau2..
biasanya orang putih cakap, you are what you eat kan, rasanya boleh kot ana tukar jadi you are what you read. Kalau setuju, sila doakan kejayaan kita semua dunia akhirat, ok..
……………………………………………………………………
Hadis 31
Ana petik dari matan arba'iin susunan imam AnNawawi. Matannya insyaAllah boleh lihat dalam kitab ni, terjemahannya :-
Dari Abi al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idiy r.a. katanya: telah datang seorang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulallah! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi aku oleh manusia. Kemudian Rasulullah berkata: hendaklah zahid pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah; dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia.
Zahid Pada Dunia Dikasihi Allah.
Erti zahid dalam kalangan ulama tasawwuf:
# Benci dunia dan berpaling darinya.
# Tinggal kesenangan dunia kerana kesenangan akhirat.
# Kosong hati dari daripada suatu yang tiada di tangan.
# Menghindar duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan apa yang ada.
Yang lebih masyhur dan dipersetujui ulama yang diberi 2 pengertian oleh Ibn Qayyim alJauzi :-
- Zahid itu ialah kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid golongan 'arifin (mengenal Allah).
- Zahid itu ialah kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau dari syurga kecuali Allah; ertinya kepada Allah sahaja tujuannya iaitu untuk mencapai keredaanNya semata-mata. Inilah zahid golongan muqarrabin (yang mendampingi peribadi kepada Allah).
"Bukanlah zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka". – Imam Ghazali.
"Kalau seorang lelaki mengambil sekalian apa yang ada di permukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia". – Sayyidina 'Ali.
"Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada di tangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama seperti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau".1
Makanya, zahid pada dunia ada 3 perkara; semuanya dari amalan hati bukan dari amalan anggota badan, iaitu :-
1- Percaya kepada suatu yang ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yang ada pada diri sendiri.
2- Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia kerana kehilangan sesuatu, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan dikala tiada kesusahan tersebut.
3- Sama saja perasaan dan sikap tatkala dipuji mahupun dicela kerana kebenaran yang dilakukan.
Zahid Pada Barang Di Tangan Manusia, Dikasihi Manusia.
Wasiat Rasulullah kepada seorang lelaki ;-
"Putuslah harapan engkau dari apa yang ada dalam tangan manusia, nescaya engkau dikasihi manusia".
Pernah seorang badwi penduduk Kota Basrah bertanya:
"Siapakah ketua masyarakat di sini?" Ada seorang yang menjawab: "Kota masyarakat ialah al-Hasan". Dengan apa yang mulia itu menjadi ketua?". "Dengan ilmunya dan sikapnya. Kerana manusia berkehendak kepada ilmunya, sedang ia tidak berkehendakkan kepada dunia mereka".
.............................................................................................................
Teringat pada seorang murabbi di maahad. Murabbi pernah cakap, dia sedaya upaya tidak akan meminjam kitab dari orang lain. Hati ana tertanya juga, kenapa begitu, tapi tak tertanya pula. Perhaps, murabbi ni zahid dengan apa yang ada pada tangan manusia, insyaAllah. Pada ana, murabbi ini seorang yang tawadhu'. Dan, dia antara orang yang punctual, kalau masuk kelas lambat, dia akan minta maaf dan sebut berapa minit dia terlambat. Tapi, mungkin rezeki ana yang lain, ana tak pernah belajar dengan murabbi ini secara formal dalam kelas.
Seingat ana hampir setahun lepas, ana pernah balas pertanyaan ustaz semasa di jabatan, ustaz tanya;
enti tak masuk bertanding jadi calon ke?
Zuhud, ustaz. (~_~)
Saja berseloroh. Nak membalas pertanyaan orang pun kena berseni kan. Sunnah tu. (walaupun maksudnya tak kena pada tempat), tapi sekurang-kurangnya kita bawa keluar perkataan yang boleh mengingatkan kita dan orang lain, insyaAllah.
zuhud? insyaAllah mudah-mudahan.. sahabat2 lain,gambar 'Iranian look' yg ni je ida ada,asif jiddanT_T |
________________________________________________
1. maksud hadis riwayat Muhammad bin Muhajir dari Yunus bin Maisarah.fi baiti,
dec2011,25
0933pm