Monday, October 3, 2011

sudah lama…


Saat ini, alhamdulillah, di satu sisi,rasa lega kerana assignment yang berlambakan sejak beberapa minggu ini sudah sepenuhnya disiapkan. Menanti untuk diprint dan dibindkan je. Dan petang esok, ujian akhir kursus (uak) untuk subjek literasi bahasa. Notanya belum disentuh ye,(^_^)

Teramat bersyukur atas nikmat ketenangan ini...

Namun dari sudut yang lain. Ana kira ada sesuatu yang perlu dilakukan. Walau ana sendiri tidak pasti, apakah gerangannya.

musibah itu nikmat,
nikmat itu juga musibah..

agak keletihan? mungkin... jemu? لا ,لا....

Segera! Perlu segera dicari ubat dan solusinya. Tapi

Sejak beberapa hari, alhamdulillah, hati ini dilanda kelegaan walaupun dikelilingi dengan tanggungjawab yang nampaknya tidak penat menjengah ana. Syukru lillah, saat bahagia.

Tapi hati terdetik juga, rasa semacam je nih. Allah..

syahida..
husnuzzon billah..

*********************************************************

semalam.. di saat blogwalking..
 
 "Allah juga begitu, Allah menurunkan kesusahan, kesakitan, tanggungan kepada hambaNya, dalam keadaan hambaNya itu lalai, hanya untuk menyedarkan dan menyuruh hambaNya itu berdoa kepadaNya kerana kerinduan Allah kepada suara hambaNya"

??? masih berfikir... 
                                                  
Speechless..

" Lari dari kebaikan manusia lebih baik dari lari kerana kejahatannya. Kerana kebaikan mereka akan lekat di hati, dan akan mengganggu atau menghijab diri dengan Allah. Sedangkan kejahatan manusia hanya memedihkan dan menarik hamba itu menuju Allah."

Speechless..again..

"Sesiapa yg dapat memerangi nafsunya, keramatnya lebih besar dari berjalan di atas air dan terbang di udara”

Hanya air mata yang mampu keluar dari sepasang mata ciptaan Allah ini.

Sudah lama ana tidak melalui "proses p&p" seperti ini.

"Tanggungjawab melebihi masa yang ada".

****************************************************************

PANDANGAN ALLAH

Tidak malukah ana untuk mengaku diri sebagai umat Nabi Muhammad andai diri ini masih begini...

Di mana janji kamu?

Ke mana kau hilangkan tangisan taubatmu? Masih ingat? Teresak-esak bagai anak kecil yang kehilangan ibunya...

Engkau lupa itu?

Kau hidup seolah-olah kau tidak pernah melakukan dosa..

Seolahnya kaulah yang paling bertaqwa di pandangan Tuhanmu!

Di mana gentar hatimu pada kekuasaanNya?

Ukurlah ikhlas dirimu itu!!

Ikhlas...bak semut hitam yang berada di atas batu hitam dimalam yang gelap gelita.

 حاسبوا قبل ان تحاسبوا..
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab


*sudah lama ku nantikan saatnya*


-break for i'adah and hifz jadid- 0800pm, 01102011


baru sempat dipostkan pada 03112011, 0554pm, m214

6 comments:

RuMaH TuA said...

Pesan rakan seusaha: Ikram ialah mencari kebaikan dalam keburukan orang lain, manakala ikhlas ialah mencari keburukan dalam kebaikan kita...

"Moga diri ini dapat diperbaiki"

(^-^)y:- Buka spec tanda letih la kot? Ke macam mana?

SyaheeDah said...

~rumah tua~

ikram,dlm kata lainnya, melupakan kburukan orang lain,betul x iqa?

syukran iqa..
moga diri kita sama2 dapat diperbaiki,insyaAllah.

>hmm,agak la..kot..kalau xpenah letih, macam bukan manusia je..hee<

alkammil said...

...comey gambar spek tu, mesti mahal...:)

SyaheeDah said...

~alkammil..

limited edition ok,=D
gambar murah je, isi tu yg penting,hee

harta duniawi, pandai2 la nk bwk ke akhrt.huhu

ili wardah said...

assalamualaik buat si manis.hihi

"" Lari dari kebaikan manusia lebih baik dari lari kerana kejahatannya. Kerana kebaikan mereka akan lekat di hati, dan akan mengganggu atau menghijab diri dengan Allah. Sedangkan kejahatan manusia hanya memedihkan dan menarik hamba itu menuju Allah.""

ida.sentapp.sentapp T.T
sentap dengan ayat ini.Allahu
betapa dunia masih mendiam di hati
saat pujian manusia masih ditagih

Ya Allah
cukuplah dunia sekadar di genggamanku.bukan di hatiku

semoga Allah ampunkan segala dosa kita

salam ziarah.drpd lia :D

SyaheeDah said...

~ili wardah

waalaikumussalam wbt si cantik manis.hehe

ameen3

moga Allah kurniakn kekuatan untuk kita terus kenal Allah.

berhubungan dengan Allah itu terlalu tersendiri, ia tidak pernah bergabung bersama dunia & makhluk.

barakallahufik.jazakillah sahabat^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers