Sunday, October 30, 2011

Pesan buat Hati

Wahai hati…
sabarlah..
Ingat,..Allah mahu kamu bersabar..
Dan tidak mustahil kesabaran yang dipinjamkan buatmu ini, akan diuji nanti..
Sejauh mana kamu mengikatnya kemas dihatimu..
Sejauh mana kamu meyakini janji Allah itu..
Walau itu yang kamu rasa..
Walau itu mungkin menggugat hatimu…

Namun bersyukurlah,.kamu masih mampu kembali sedar dan merasa indah di dalam janji Allah..bahkan setelah itu kamu merasa tenang bukan..

Bersyukurlah…
Walau masih banyak yang tidak mampu kau rungkai..
Kembalilah..kembali untuk sedar bahawa kemampuanmu terbatas…
Dek sifatmu yang sememangnya lemah..

Dia memberi kamu begitu..
Kerana Dia Maha Tahu kamu hanya mampu untuk menanggung itu..
Kamu mendapat apa yang selayaknya..
Kamu menanggung apa yang selayaknya..
Dia berkehendak mengizinkan keadaan itu berlaku…
Kerana Dia mahu mentarbiyahmu wahai hati..
Dia berkehendak mengajar kamu agar kamu tidak mudah hancur..
Tidak mahu kamu hancur buat kesekian kalinya…

Kamu tidak mengerti?

Selayaknya begitu…bila itu yg blaku, maka itulah yg terbaik buatmu..
Redhalah dgn ketentuan Allah…
 

Hati…
Jangan mudah menjadi kecil..hanya kerana kamu tdk mampu memahaminya,
Hidup kamu menjadi lebih bermakna kerana kamu tidak memahaminya..
Kamu ada Allah yg maha memahami dirimu…
Biarkan Dia memahami dirimu, walau kamu sendiri tidak mmpu memahaminya..
Serahkan segalanya utk Dia uruskan..
Kerana selayaknya begitu..hanya Dia yg tahu yg sebaiknya..

Senyumlah…kerana tidak memahaminya…senyumlah kerananya..

Kerana walau kamu tidak memahami, kamu ada Allah yg sememangnya memahami kamu melebihi segala-galanya..

Hati…
Merasa tenanglah kamu dalam dakapan mesra keyakinan terhadap Pemilikmu..

Kamu dicintaiNya!

Kamu sentiasa diperhatikanNya…
Dia senantiasa menjaga kamu..
Walau kamu tidak melihat Dia di mana-mana..
Namun penglihatanNya tidak sedikitpun lengah dari memerhatikanmu..
Tidak lengah dari menjagamu walau sesaat…

Dia tahu dan faham segala yang kamu rasai tatkala tiada seorang manusiapun yg tahu dan memahamimu..

Dia membalas cintamu tatkala cinta sejati manusia tidak kau temui..

Dia memeliharamu dikala manusia menghina dirimu..

Dia memujukmu dikala tiada seorang manusiapun yang mendengar darimu..

Dia kasihkan kamu…

Dia yang menenangkanmu tatkala hatimu resah menanti..

Dia memujukmu untuk sabar di waktu kamu tidak mampu menanggungnya lagi..

Dia memujukmu dengan janjiNya yg benar..

Yang telah kau yakini bahawa tidak akan sekali-kali Dia mungkiri..
 
Maka wahai makhluk bernama hati…
Bersedialah menerima sentuhan kasih dari Pemilikmu! ^_^


made-M214, 0332pm, 150kt2011
 m214, 0114am, 310kt2011


6 comments:

iffah nasuha said...

we own nothim..thus, bersyukur terhadap apa je yg terjadi lam hidup mjadikan akal dan hati stiasa positif..insyaallah

~cik atin~ said...

oouucch. i'm touched. syukran atas segalenye. menydarkan kembali diri yang sering leka ini :)

SyaheeDah said...

~iffah nasuha

yap..we own nothing..*_*
moga d berikan kekuatan utk sentiasa bersyukur ats segala-galanya,amin..

SyaheeDah said...

~cik atin

afwan..
did i touch u??^_^
ala kulli hal, buat diri ini yg sering terlena, walaupn sbnrnya "xmengantuk"..

RuMaH TuA said...

Moga Allah kasih.

"Ikhlaskan hati"

SyaheeDah said...

~rumah tua..

yap..ikhlas..
the best word here.
moga Allah beri kakuatan utk snantiasa ikhlas,amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers