Apa khabar saudara-saudaraku? Tergerak juga hati mahupun jari ni untuk mencatat sesuatu di sini, alhamdulillah.
Untuk kali ni, tergerak hati ni untuk berkongsi sesuatu yang pernah ana baca masa muda-muda dulu. Tak nafi, buku ni memberi kesan dalam hidup ana. mudah-mudahan, begitu jugalah buat sahabat-sahabat semua.
Info ini merupakan hasil sebahagian dialog yang berlaku dari sebuah pengalaman rohaniyah Muhammad Isa Dawud dengan jin Islam sahabatnya yang berhasil menghafal alQuran dalam tempoh 4 bulan; seperti yang dicatat dalam bukunya "Dialog Dengan Jin Islam".
- Allah memberi kutukan kepada Iblis dan keturunannya dengan rupa yang buruk, sekalipun dia boleh menjelma dalam bentuk apa saja.
- Mempunyai ekor yang sangat pendek, sekitar 4-6 cm atau lebih sedikit.
- Hanya Iblis dan anak cucu syaitannya sahaja yang memiliki ekor seperti itu, tidak pada semua jin.
- Ekor syaitan tidaklah sepanjang ekor kucing atau binatang lainnya, sebagaimana yang selama ini digambarkan oleh manusia.
- Tingginya sekitar 140-160cm. akan tetapi dia boleh menjelmakan dirinya dalam bentuk yang lebih tinggi dan besar, sampai 10m.
- Mempunyai istana yang sangat besar, dengan jutaan pelayan,pengawal dan syaitan, di samping istana-istana lain di banyak tempat.
- Singgahsananya di atas air, tepatnya di lautan.
- Mempunyai banyak istana. Dari sanalah mereka mengendalikan seluruh aktiviti penyesatan mereka terhadap umat manusia, dalam rangka merealisasikan cita-cita Iblis yang mereka anggap sebagai tuhan mereka.
- Markas besar Iblis terletak di kedalaman samudera (ar-Rahman:20-21)
- Muhammad Isa Dawud : Apakah markas besar Iblis terletak di Segitiga Bermuda?
Jin Islam sahabat saya itu terdiam. Dari sinar matanya saya boleh menangkap bahawa dia terombang-ambing antara mengiyakan dan meragukan pendapat saya. Kemudian dia mengatakan, "sekali waktu nanti, aku akan menceritakan kepadamu lebih dari itu…."
Muhammad Isa Dawud : Tidak. Tetapi akulah yang akan mengungkapkan kepada dunia, insyaAllah, rahsia Segitiga Bermuda yang penuh misteri itu. Engkau tahu bahawa aku banyak tahu tentang hal itu.
Jin Islam : Persoalannya memang seperti yang kau katakan itu.
(dalam catatannya di bahagian ni, terdapat banyak pembongkaran rahsia, kajian dan peristiwa yang berlaku di Segitiga Bermuda. Buku ni sama sekali tidak bercorak taklid. Ia memuatkan pengakuan jin yang sudah masuk islam, yang sesekali terlihat mengejutkan dan membetulkan konsep yang selama ini keliru.)
Wallahu a'lam..
|
macam kenal je gambarGajah ni...bukan ciplak dari ust tau =D | | |
~tahniah buat Ku,k.Zati,kyra atas persembahan yang terbaeeek. buat dalila, gudluck!
& tak lupa pada semua yang berjaya 'menampakkan diri di majlis tersebut' =D~
~& Azilah, & sahabat2 semua, moga Allah redha~
m214, 20july2011, 0228am