Sunday, December 25, 2011

Zahid pada Dunia & Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama tinggalkan blog ni. Sengaja memberi masa pada diri untuk mentelaah hikmah dalam ilmu yang teramat banyak, itupun hanya sedikit diberi pada manusia. insyaAllah kali ni, rasa teringin nak kongsi syarah 1 hadis ni, ana ulangkaji masa tunggu ayah jemput lepas habis 1 test rabu lepas.(test ape cuti-cuti ni,jeng3) Tunggu punya tunggu sampai tak sedar dah sejam lebih. Sapa orang kat tepi sudah, tengok alam sekitar sudah, what else? Haa, jangan lupa, ada "khazanah" kat dalam beg..

Orang kata, penantian itu 1 penyeksaan. Nak tau cara tunggu tanpa merasa bosan mahupun terseksa?^_^

-         Zikir…tak kira dengan apa cara sekalipun. One of it, baca sesuatu yang boleh mengingatkan kita. Hmm,'baca orang' pun boleh^_^.gurau2.. 
      biasanya orang putih cakap, you are what you eat kan, rasanya boleh kot ana tukar jadi you are what you read. Kalau setuju, sila doakan kejayaan kita semua dunia akhirat, ok..
……………………………………………………………………

Hadis 31

Ana petik dari matan arba'iin susunan imam AnNawawi. Matannya insyaAllah boleh lihat dalam kitab ni, terjemahannya :-


Dari Abi al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idiy r.a. katanya: telah datang seorang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulallah! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi aku oleh manusia. Kemudian Rasulullah berkata: hendaklah zahid pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah; dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia.

Zahid Pada Dunia Dikasihi Allah.

Erti zahid dalam kalangan ulama tasawwuf:

# Benci dunia dan berpaling darinya.

# Tinggal kesenangan dunia kerana kesenangan akhirat.

# Kosong hati dari daripada suatu yang tiada di tangan.

# Menghindar duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan apa yang ada.

Yang lebih masyhur dan dipersetujui ulama yang diberi 2 pengertian oleh Ibn Qayyim alJauzi :-

  1. Zahid itu ialah kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid golongan 'arifin (mengenal Allah).
  2. Zahid itu ialah kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia atau dari syurga kecuali Allah; ertinya kepada Allah sahaja tujuannya iaitu untuk mencapai keredaanNya semata-mata. Inilah zahid golongan muqarrabin (yang mendampingi peribadi kepada Allah).

"Bukanlah zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka". – Imam Ghazali.

"Kalau seorang lelaki mengambil sekalian apa yang ada di permukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia". – Sayyidina 'Ali.

"Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada di tangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama seperti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau".1

Makanya, zahid pada dunia ada 3 perkara; semuanya dari amalan hati bukan dari amalan anggota badan, iaitu :-

1- Percaya kepada suatu yang ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yang ada pada diri sendiri.

2- Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia kerana kehilangan sesuatu, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan dikala tiada kesusahan tersebut.

3- Sama saja perasaan dan sikap tatkala dipuji mahupun dicela kerana kebenaran yang dilakukan.

Zahid Pada Barang Di Tangan Manusia, Dikasihi Manusia.

Wasiat Rasulullah kepada seorang lelaki ;-

"Putuslah harapan engkau dari apa yang ada dalam tangan manusia, nescaya engkau dikasihi manusia".

Pernah seorang badwi penduduk Kota Basrah bertanya:

"Siapakah ketua masyarakat di sini?" Ada seorang yang menjawab: "Kota masyarakat ialah al-Hasan". Dengan apa yang mulia itu menjadi ketua?". "Dengan ilmunya dan sikapnya. Kerana manusia berkehendak kepada ilmunya, sedang ia tidak berkehendakkan kepada dunia mereka".

.............................................................................................................

Teringat pada seorang murabbi di maahad. Murabbi pernah cakap, dia sedaya upaya tidak akan meminjam kitab dari orang lain. Hati ana tertanya juga, kenapa begitu, tapi tak tertanya pula. Perhaps, murabbi ni zahid dengan apa yang ada pada tangan manusia, insyaAllah. Pada ana, murabbi ini seorang yang tawadhu'. Dan, dia antara orang yang punctual, kalau masuk kelas lambat, dia akan minta maaf dan sebut berapa minit dia terlambat. Tapi, mungkin rezeki ana yang lain, ana tak pernah belajar dengan murabbi ini secara formal dalam kelas.  

Seingat ana hampir setahun lepas, ana pernah balas pertanyaan ustaz semasa di jabatan, ustaz tanya;

enti tak masuk bertanding jadi calon ke?

Zuhud, ustaz. (~_~)

Saja berseloroh. Nak membalas pertanyaan orang pun kena berseni kan. Sunnah tu. (walaupun maksudnya tak kena pada tempat), tapi sekurang-kurangnya kita bawa keluar perkataan yang boleh mengingatkan kita dan orang lain, insyaAllah.

zuhud? insyaAllah mudah-mudahan.. sahabat2 lain,gambar 'Iranian look' yg ni je ida ada,asif jiddanT_T



________________________________________________
1. maksud hadis riwayat Muhammad bin Muhajir dari Yunus bin Maisarah.


fi baiti,
dec2011,25
0933pm

Tuesday, December 13, 2011

..:.malu yang dikeji.:..

 
 الحياء المذموم


Ana teringin nak kongsikan video ni. Moga kita sama-sama beroleh manfaat insyaAllahu Ta'ala.

النبي صلى الله عليه وسلم كان أكثر الناس حياء
كان أشد حياء من العذراء في جدرها

*Hitung diri. T_T


fi baiti,
14122011, 0105am

Monday, December 12, 2011

Kenapa awak belum kahwin?

Awak couple dengan someone ye? Maknanya betul la orang cakap tu ye..

Owh, dengan ehem-ehem tu ye…

Yang mana satu ni, yang belajar kat sini atau yang kat oversea tu?

Dia dah khitbah awak ke???

Bila awak nak kawen ni?

Enti, sahabat ana minta ana sampaikan hasrat hati dia pada enti..

And more such questions….T_T

Pleeez…I'm tired of answering such questions.
Tired of thinking how to say in a very pleasant way, so that everyone will understand what actually it is..

insyaAllah, I'm ok with those jokes.

But I think, it's better untuk membiarkan semua persoalan itu kita serahkan pada Allah. Let Him to take care of everything. Every single thing!

************************************************************************************
Agaknya la, kalau ada seseorang yang buat pengumuman kat blog ana ni, and she announces that…


Ye, saya belum berkahwin.


Ye, saya masih single, dan mahu terus single sampai wali saya serahkan saya pada suami saya yang sah.

Ye, saya tidak pernah couple.


Ye, saya tidak kisah jika kisah saya sangat berbeza dengan orang lain.


Ye, saya tidak kisah jika ramai yang pelik dan tak percaya bagaimana saya masih boleh 
"sendirian" hingga kini. (walau hakikatnya kalau saya "berdua" lagi pelik).


Ye, saya tidak simpan sebarang perasaan tidak puas hati bagi mereka yang pernah menyebar berita palsu tentang saya.


Ye, saya tidak marah pada mereka yang lebih memilih untuk mempercayai fitnah berbanding memahami bahawa ia cuma salah faham.


Ye, semuanya silap saya. Saya yang menyebabkan saudara seagama saya sendiri salah faham dan akhirnya tersebarlah fitnah itu.


Ye, silap saya terlalu banyak. Moga Allah dengan rahmatNya mengampunkan saya.


Ye, semua yang berlaku itu saya harus simpan. Kerana saya tahu walau tiada seorang pun manusia yang mahu memahami hakikat yang sebenar, tapi saya yakin, saya ada Allah yang Maha Tahu dan sangat memahami apa yang sebenarnya berlaku.


Dan saya tahu, mungkin mereka asbab untuk saya menuju hidayah Allah.


Disaat seluruh manusia melihat saya seperti itu..

Saya tahu Allah tidak melihat saya dengan pandangan yang begitu.
Saya tahu Allah sangat sayangkan saya.

Awak nak kata saya perasan?


Saya tak kisah pun…


kerana apa?


Kerana saya bangga menjadi hambaNya!


i**…sabar.. i** tak selalu bercerita, walau kami tak mengerti seluruhnya, kami tahu Allah memberi kekuatan buat i** lalui semua ini. i** selalu mendengar luahan kami, dan memberi nasihat. Namun jauh di sudut hati, i** sebenarnya lebih banyak menanggung beban. Moga Allah sentiasa merahmati kamu…
 
****************************************************************************************
*apa agaknya respon kita pada luahan hati wanita ini? hmm, May Allah bless her..sama-sama kita doakan dia.

Mutiara kata yang ingin ana kongsikan kali ini,

"nur (cahaya) iman, keyakinan dan zikir adalah kenderaan yang dapat menghantar hati ke hadirat Allah SWT."

-(imam ibn Ata'illah).
(macam tak ada kaitan pun,kan.. Apapun, sekadar perkongsian. Moga dapat diambil 'ibrah darinya) ^_^

thinking of my sahabat. moga kamu baik-baik saja..

fi baiti,
1242pm, 13122011

Sunday, December 11, 2011

Kisah di Tahfiz Muaz b. Jabal


irfan, ilham, hadi, afiq & yg bakal menyusul, moga menjadi huffaz yg sebenar, amin. budak2 tecik yg lain, cik su tak sempat upload gambar.T_T











Dalam beberapa entry yang lepas, ana banyak bercerita tentang ibu dan ayah, tentang guru. Tak ada idea lain ke? ^_^. Sangat banyak sebenarnya. Tapi idea ni juga yang menjadi pilihan ana. Kenapa??


Kerana hati ini sangat rindu pada insan-insan itu. Terlalu banyak jasa mereka dalam hidup ana, Allah menitip mereka untuk mendidik dan membentuk diri ini.


Ana masih ingat, pengorbanan ayah ana dan ayah sahabat dalam perjalanan kami menuntut ilmu di "sana". Juga sokongan dari ma kami. Sesungguhnya setiap episod hidup kami tidak 
terlepas dari kaitan dua insan hebat bergelar ma dan ayah ini.


Dan semestinya, kisah hidup ini dikongsi agar insan lain juga turut merasai nikmat yang Allah kurniakan ini.


"dalam nikmat yang Allah kurnia, ada bahagian untuk orang lain juga".


Dan…kerana pengalaman itu juga adalah ilmu. Iaitu ilmu yang akan menjadi benar apabila kita mengambil pengajaran darinya.

…………………………………………………………….................................


Enti buat apa sebenarnya?

Terkejut apabila tiba-tiba seorang ustaz memanggil kami 'mengadap'. Waktu itu hampir semua pelajar sudah kembali ke rumah. Dengan memikul beg, dan tangan memegang kitab riyadhus solihin yang ana 'terbawa' hari tu, hati terasa sedikit tenang dengan anggukan dari ustaz mat (Mohamad Johari) yang turut bersama kami.


Sungguh, hati ini merasai keikhlasan dalam diri ustaz mat.


Ana dan sahabat cuma buat pengisian. Tambah-tambah sikit tentang fardhu ain..ibadat, sirah nabawiah..


Sememangnya modul yang kami cuba usahakan mendapat izin dari pihak atasan.


Sirah nabawiah. Hmm, tak salah. Tapi kita bimbang apa mak ayah fikir, kat sini buat ajaran sesat ke? Kita tak tahu, pakai purdah pun, akidahnya kita tak tahu. Kalau tiba-tiba datang jabatan agama macam mana….


(masih tersemat kemas dalam ingatan, setelah beliau tahu dalam kalangan kami ni ada yang berniqab, dalam salah satu ceramah, beliau memberi penerangan pada anak-anak murid tentang "moleknya" berniqab).


?????????????????


Pelik dengan tindakan beliau yang tiba-tiba mempertikai kembali. Sedang apa yang berlaku hanyalah salah anggapan semata.


Tak dinafikan, kami juga tersilap langkah. Dari sudut prosedur, mungkin cara yang diguna tidak sesuai. Namun, kiranya tidak diperbesar, hal tersebut tidak akan disalah tafsir. Bahkan sehingga timbul tuduhan membawa ajaran sesat. Nastaghfirullah.

 (Tapi itu sudah menjadi takdir dari Allah. Ana kira perkataan "kalau" dalam kisah ni sangat tak relevan, kan..)

……………………………………………………………………......................

The next week, sewaktu ana, sahabat dan pelajar-pelajar lain sedang i'adah dan menunggu untuk tasmi'. Seorang ustaz masuk ke ruangan yang menempatkan ana, sahabat dan anak-anak kecil yang sedang muraja'ah.


Mintak dua orang pelajar ke pejabat. (mafhum ayat ustaz tersebut).


Ana dan sahabat memandang ustaz mat, guru kami. Seperti memahami apa yang kami rasa waktu itu, ustaz mat seolah memujuk..


Pergilah, sekejap je tu. pergilah…


Ana memandang sahabat, dan bangun menuju pintu. Di luar kami lihat dua orang ustaz sedang berbual. Tak sanggup berhadapan dengan beliau, ditambah ana tak pakai niqab waktu tu, kami patah balik. Rela turun dan naik tangga balik, semata-mata nak elak dari berhadapan dengan ustaz tersebut.


Kami disambut kerani di situ dan dipelawa duduk.


Agak lama kami mendengar 'komen' dari wakil pihak pengurusan di situ. Dan ana hanya tersenyum. Sepertinya tiada perasaan. Sedar bahawa ada yang membawa cerita bahawa bimbang kami bawa ajaran sesat pada anak-anak di situ.


Sebelum naik semula ke kelas, ana dan sahabat terduduk seketika. Terkejut. Tidak menyangka kami mendapat "hadiah" secantik itu...dari Allah.


Patutla muka ustaz mat nampak lain hari ni. Kesian dia. Mesti ustaz pun kena tempias pasal kes ni sebab dia yang menyokong dan membawa usul kami pada pihak atasan. Allah…

………………………………………………………….....................................


Ditakdirkan Allah.

Takdir Allah itu sangat cantik, walau tersirat pelbagai hikmah yang tak mampu difahami. 

Ana dan sahabat terpaksa berhenti menghadiri pengajian di situ kerana kelas tambahan waktu petang di maahad bermula. Perbincangan dengan ma dan ayah, memang ana tak dapat teruskan pengajian di tahfiz kerana program di maahad makin padat. Nak teruskan dengan mengambil kelas waktu malam, memang jadual kelas tak mengizinkan.

Akhirnya keputusan diambil.


Kami berhenti!


Malam itu, sahabat tidur di rumah ana. Kami bingung memikirkan kejadian yang berlaku. Masing-masing cuba menghitung diri.


Patut ke kami berhenti setelah hal macam ni berlaku? Macam mana dengan ustaz mat?


Kami buat keputusan, nak jumpa murabbi di maahad. Mahu minta pencerahan dari mereka.


Niat asalnya, mahu minta nasihat dari Ustaz Mohamad Nor. Sahabat cuba menghubungi ustaz dan munaqashah serba sedikit dengan ustaz.


Dalam perjalanan ke maahad, masing-masing senyap. Berfikir 'ibrah disebalik susunan takdir Allah ini.


Kami membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang lagi murabbi, Ustaz Azizi. Seorang murabbi yang dikenali dengan sifatnya yang ramah dan sering memberi nasihat dengan tenang. Sementelahan kami agak biasa dengan ustaz.


Berhenti jelah kalau begitu……banyak lagi tempat lain kan…


Itu pandangan dari ustaz.


Suatu rasa yang sangat berat. Tapi kami nekad mahu mengambil keputusan itu.


Kelas tambahan sebagai alasan zahir, namun yang ghaibnya, hanya Allah yang Maha Tahu.


Berat hati kami untuk meninggalkan tempat yang barakah seperti itu.


Di situlah kami kenal menghafaz kitab suci Allah, tanpa sukatan peperiksaan.

Dari situlah kami kenal bangun awal pagi untuk murajaah dan hifz jadid setiap hari (sebab ingat esoknya nak kena tasmi').

Dari situlah kami kenal setiap masa yang terluang di maahad mahupun di rumah, adalah untuk menghafaz.

Dari situlah kami kenal ustaz, zaujah dan anak-anak mereka yang sangat baik.

Dari situlah kami melihat erti hidup mereka yang menghafaz al-Quran.

Dari situlah kami melihat wajah-wajah yang tenang,
 juga wajah anak-anak kecil yang berlari-lari selepas tasmi'.

 Allah..hati ini sangat rindu saat itu.

…………………………………………………………………….....................


Kini, pengajian ana dan sahabat sudah berbeda. Ustaz mat masih di tahfiz, meneruskan perjuangan sebagai murabbi bersama ustaz-ustaz yang lain. Dan kami, insyaAllah tidak ada sebarang perasaan tidak enak tentang peristiwa yang telah berlaku tersebut.

Beberapa ketika sebelum kami berhenti, ustaz mat ditukar ke pengajian banin. Bertahun pihak tahfiz mencari hafizah untuk jadi guru di pengajian banat, mungkin dengan asbab peristiwa yang berlaku ni, mereka lagi eager untuk cari ustazah.


Dan kerana itu ana sempat merasa tasmi' dengan ustazah dari madinah.


Setelah itu ana mendapat khabar, ustazah yang mengajar sering kali bersilih ganti.


Kali terakhir ana ke sana, ustaz mat jemput kami, katanya dia masak nasi arab. tersenyum bila kami dapat pelawaan tu.


Teringat kelas terakhir kami bersama ustaz. Sementara menunggu maghrib, ustaz buat sesi story-mory, ustaz cerita tentang kehidupan ustaz.


Dulu ustaz tinggal di Mekah. Bila dah masuk umur "muda" baru dia datang kat Malaysia.

 Ustaz cerita macam mana ustaz boleh bertemu dengan zaujah. Dan ada pesanan disebalik kisah tu ^_^.


Dan kami tahu, ustaz sangat bahagia dengan keluarga. Bila terkeluar je nama ustaz dari mulut salah seorang dari kami, mesti akan berakhir dengan doa moga mereka bahagia di dunia dan akhirat.


Kami melihat sendiri kehidupan ustaz sekeluarga. Mereka sangat dihormati. Dan kami yakin, itulah janji Allah bagi mereka yang belajar dan mengajar tentang al-Quran. Apatah lagi, setiap kalimah al-Quran itu tersemat kemas dalam hati mereka.


Boleh bayang, macam mana ustaz boleh tasmi' dua orang yang berlainan juzuk sekaligus?


Dalam keadaan berdiri sambil pegang rotan, ustaz suruh ana bangun dan ustaz marah banin yang main kejar-kejar, dan dalam masa yang sama ustaz sedang tasmi' bacaan ana.


Boleh imagine?


Means, ayat al-Quran memang sangat cair dalam ingatan ustaz.


Masa awal-awal belajar memang ana terkejut juga. Then, barulah faham itu cara ustaz. Mungkin kerana kaedah p&p hifz mereka begitu semasa di masjidil haram dulu.



Ya Allah,

Mudah-mudahan kami dapat ke sana lagi,
berukhwah dengan hamba-hambaMu di sana,
dan moga kami masih berpeluang merasai nikmat sebegitu lagi.amin.


*oh ya, kepada sahabat ana itu…bila agaknya kita nak ke sana lagi ye??(^_^)


*keputusan exam baru keluar hari ni, mabruk kepada sahabat-sahabat. Apa jua rezeki yang Allah berikan, moga ia menjadi pemangkin untuk kita menambah syukur padaNya, amin. Alhamdulillah*



tammat fi 0415am 10122011 
-0736pm 11122011

Sunday, December 4, 2011

'abd - bint - tholibah..

Bismillahirrahmanirrahim..

 "وأما بنعمتك ربك فحدث"
11.  Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan / menyebut-nyebutnya.

Suatu episod yang pernah berlaku dalam hidup ana. Perkara biasa, ayat yang diungkap adalah biasa kita dengar (mungkin). Tapi,

…kesanِnya sangat besar buat diri yang kerdil ni…

Mungkin kerana :-
-         Kata-kata itu lahir dari hati yang ikhlas, @
-         Si pendengar itu ikhlas, @
-         Isinya sangat menyentuh hati..
Ceritanya begini…

Suatu pagi, ana dan sahabat menemui seorang murabbi. Ana membawa hasrat seorang junior (berkaitan perubatan islam) untuk ditanyakan pada beliau. Selesai sedikit munaqashah dengan murabbi, entah macam mana terkeluar sebuah cerita. Seingat ana, sahabat yang khabarkan cerita tu pada murabbi.

Murabbi mengalihkan pandangan pada ana.

Enti ni kena………………  Terimalah dengan cara baik.


Terima dengan baik? Maksudnya?


……..(murabbi menjawab dengan tenang)

Macam mana boleh jadi macam tu ustaz?


Mungkin…dari nenek moyang, atau amalan, atau anugerah dari Allah.. atau mungkin, doa dari mak ayah yang mahukan kebaikan untuk enti…biarlah yang tu, tak perlu fikirkan….

(munaqashah kami berakhir dengan beberapa lagi amanat dari murabbi).

The end.

Hidayah.

Hidayah Allah, tiada syarat bagi Dia untuk mengurniakan hidayah kepada hambaNya. Yang ada hanyalah syarat bagi kita sebagai hamba untuk mendapatkan hidayah dariNya. Tapi andai kita tidak memenuhi syarat sekalipun, tetap menjadi hak Allah untuk memberi hidayah kepada sesiapa jua. Hidayah itu hak milik Allah yang mutlak!

Kaitannya..

Sebenarnya ana tersentak. Seolahnya ana baru tersedar. Murabbi kata, doa dari mak ayah yang mahukan kebaikan untuk ana.

Seolahnya saat itu ana baru sedar bahawa ma dan ayah tidak pernah putus mendoakan kebaikan untuk ana. ana yakin. Sangat yakin pada Allah itu sememangnya terjadi!
Sewaktu di ipg, setiap kali selepas meletak gagang handphone atau selepas berbalas sms dengan ma atau ayah, terasa hati ini sangat lapang. Ana boleh tersenyum sepanjang hari, hanya kerana hal seperti itu, yang tak pernah ana rasa dengan siapapun. Magic! 

Kebahagiaan sementara.


Itulah kebahagiaan sementara yang Allah beri pinjam, untuk dirasai, dinikmati, dan disyukuri. Menurut Imam Ghazali, maqam syukur lebih tinggi dari sabar, zuhud, khauf dan sebagainya. Sebab, maqam sabar dimaksudkan untuk diri sendiri, dan ianya tidak terputus dan abadi dalam syurga.

"dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin". (Yunus 10:10)

Imam Ghazali berkata, setiap orang akan mengetahui hal tersebut, jika telah memahami hakikat tentang syukur yang terdiri dari tiga rukun:-

….ilmu, tingkah laku dan amal.

Biasa, tapi..

Ya, cerita yang ana catitkan di sini sangat biasa, bahkan mungkin ada yang pernah mengalaminya sebagai suatu rutin.

Tapi ianya sangat menyentuh hati ini.

Doa ibu bapa itu sangat ajaib..

Kata-kata seorang murabbi itu sangat ajaib..

Kerana apa? Kerana mereka adalah insan mulia. Mulia di mata manusia, bahkan mulia di pandangan Allah, amin.

Teguran Allah itu sangat membekas di hati ini.

…….Kerana itulah kebahagiaan buat diri ini..insyaAllah…..

*ana juga, ramai sahabat dan keluarga yang sentiasa mendoakan ana, tanpa pengetahuan ana. Jazakumullah khaer. Janji Allah buat kalian adalah benar!


Filbait,

Made-1226am, 04dec2011.
posted-0338pm, 05dec2011.

Tuesday, November 29, 2011

Guru Ana

Bismillahirrahmanirrahim

Dup dap dup dap….

Berdebar saat terasa hati ini sedikit mantap untuk melakar sesuatu di sini. Serasanya dah beberapa kali mencuba menulis sesuatu, tapi dibatalkan sahaja niat itu…

Sepertinya tangan ini tidak mampu. Sedar bahawa ia tidak akan terjadi tanpa izinNya.

Teramat banyak peristiwa yang sangat-sangat tidak disangka berlaku. Ceteknya ilmu manusia ni. Apatah lagi bagi hamba kerdil seperti ana.

Seringkali mahu melihat setiap peristiwa itu dengan memahami hikmah-hikmah yang terselit disebaliknya. Kerana yakin.. pasti, pasti disebalik setiap kejadian itu ada hikmah dan 'ibrahnya.

Berita dari sahabat ana, musibah yang dialami ayah kepada sahabat ana, nikmat dan ujian yang dikecapi, permintaan dari insan buat ana….dan bermacam lagi..

Segalanya menuntut hak dari diri ini untuk dilunaskan.

Bila menyedari itu hakikatnya, hati terasa sedikit lelah.

Allah.. ana tidak boleh hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.
Hanya doa mampu hati panjatkan padaMu tika ini.



Mencari Guru.

Ana kurang pasti, apa yang menyebabkan ana mencari seorang guru ana sewaktu di maahad dulu melalui alam maya. Dengan izin Allah, ana terjumpa gambar beliau. Saat ini, beliau sudah berada di bumi anbia', meneruskan tugas di sana.

Ana sangat menghormati guru ana itu. Mungkin, kerana ana dipertemukan dengan guru sewaktu Allah berkehendak untuk ana berubah. Banyak sekali mutiara kata dari guru yang menjadi pedoman untuk ana mencari makna dalam hidup ini.

Pengalaman Rohaniah.

Disaat itu juga, ana mula mengalami pengalaman mengenali Allah dalam hidup ana. Tapi jangan salah sangka ye, bukan pengalaman apa pun. Ana kira pengalaman itu seperti yang orang lain alami juga. Allah berkehendakkan yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Baru Kini Ana Mengerti.

Guru pernah tersenyum pada ana. Pernah juga ana melihat kecewa di wajah guru. Tapi kenapa?
Setelah 3 tahun ana tidak bertemu dengan guru ana itu, akhirnya Allah memberi ana rezeki untuk memahami apa yang pernah berlaku sewaktu dengan guru ana itu. Ada suatu perkara besar yang guru mahu ana lakukan, mahu ana warisi.

Sesuatu yang hakikatnya semakin ana jauhi. Tapi bukan sengaja ana lakukan itu. Ana terpaksa membuat pilihan. Walhal hati sering meronta untuk tidak memilih, ingin melakukan kedua-duanya. Kerana kedua-duanya adalah jiwa ana, erti dalam hidup ana.

Alhamdulillah. Ana sangat berharap dengan langkah ana kini, ana dapat melaksanakan amanat itu. Walaupun ana sendiri masih tidak pasti bagaimanakah ia nanti.
ana hilang ke? ^_^


Hikmah.

Terlalu sulit untuk ana memahami hikmah buat setiap perkara yang berlaku. Ya, kerana lemahnya insan ini. dan kerana itulah yang terbaik.

Sabar Menunggu Kata Dari Tuhan.                                                                                                            

Jalanilah hidup ini sebaiknya, syukur dan sabar menempuh takdir hidup dari Allah.

Setiap manusia itu sudah ada bahagiannya yang tersendiri.

Mempunyai cinta yang tersendiri dengan Kekasih Agungnya itu.

Jangan pernah berhenti belajar, dan beramal dengan ilmu yang benar.

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Adakah kita tahu bagaimana rahmat itu? Maka jangan pernah putus harap dan takut padaNya. Terus-terusan meminta dariNya, dengan cara yang benar. Tanggungjawab kita harus lunas.

Terserah pada Allah bagaimana nasib kita kelak. 

filbait, 
30112011, 1240pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers