بسم الله الرحمن الرحيم
Saya, penulis blog ini, berharap sekiranya perkongsian di sini tidak bertepatan dengan sunnah, agar tidak dijadikan rujukan dan hujjah. Penulis masih dalam proses memadam post-post yang tidak diambil dari sumber yg sahih dan muktabar.
Mohon dimaafkan kesilapan penulis.
.:. caLm sOuL .:.
Indah memilih yang baik.... Fitrah jiwa yang halus & tenang.
Saturday, April 15, 2017
Tuesday, August 5, 2014
hidup cinta
.............................................................................................................................
Sejuk memandang kekurangan.
Sejuk memandang kekurangan.
Bisa merasa Dia
amat dekat,
teliti hingga
sudah memberi yang cukup.
.............................................................................................................................
Siapa yang paling
cinta, dialah yang paling banyak memberi dan memaafkan.
hamba meminta
dengan keterbatasannya, Allah memberi dengan kesempurnaanNya!
(genta-rasa)
..............................................................................................................................
Sunyi.
Terasa sunyi
kerana sendiri dicipta sunyi itu.
Rasa ramai bila menerima selain sunyi.
Lain itu tidak
sewajibnya sama.
Yang dulu
diambil, diganti yang lain.
Tidak sunyi bila
kamu ada Dia yang segalanya.
Tidak logik air
disamakan dengan nasi.
Namun hati yang
cukup, air setitik dirasa nasi sepinggan!
Segalanya
berbalik pada iman diri.
Kamu mahu, kamu
usaha.
Rezeki.
Bertubi disoal
bila rezeki kunjung tiba.
Sempurnanya gelar
hamba bila rezekinya diputar tuan sendiri.
Kamu
memilih-milih.
Tanya kembali,
apa rezeki itu bisa dipilih-pilih?
Senyum
sendiri-sendiri.
Maaf.
Bukan mahu
mengecewakan.
Sendiri juga
terasa kelat.
Buruk apapun,
itulah yang harus
tegar diplih.
Tak seluruhnya
perlu ada jawab.
Kadang tidak
dijawab itu lebih puas.
Nikmat.
Pinjam.
Yang diberi
pinjam,
sudah banyak
diambil Dia kembali.
Fikir hamba,
sudah berakhir.
Tiba tika
bersenang bersama Rabb di sana.
Lagi,
DiberiNya
berbagai-bagai.
hidup dunia perlu
terus lagi.
Dengan pinjaman
baru ini,
Untuk diuji lagi
dan lagi.
Buat bekal.
Hingga bertemu
Dia itu bukan lagi janji,
namun realiti!
1221pm. 060814. skbp.
Sunday, April 6, 2014
Mahu pada Tarim.
اللهم صلى على محمد |
********************************************************
Aduh hati sudah rindu.
Belum sampai lagi dah rindu?
MasyaAllah, bikin penasaran nih!
Teringin pada Tarim.
Kehidupan ahlinya penuh dengan kelembutan dan ilmu.
Fitrah jiwa mahu yang sederhana.
Sederhana yang tenang.
Yang
di sini?
Beginilah manusia,
Yang jauh dicari dirindu,
Yang dekat diabai dijenuh.
Moga kita kuat untuk sentiasa bersyukur dan menghargai.
Tidak pandai berangan-angan lebih.
Namun tidak salah kan untuk berharap?
Berharap, jadinya sebagai doa.
Oh Tarim.
*********************************************************
Beberapa hari ini rindu benar menelaah bersama guru.
Gara-gara terlihat sekeping gambar.
Duhai, hamba ini masih persis anak kecil.
Masih mahu dituntun lagi dan lagi.
Kenal
nafsu. Kenal diri.
والنفس كالطفل إن تهمله شب على # حب
الرضاع وإن تفطمه ينفطم
Dan nafsu itu seperti kanak-kanak jikalau engkau biarkan ia
akan terus menyusu sampai ke tua # suka menyusu tetapi jika engkau berhentikan,
ia akan berhenti
فاصرف هواها وحاذر أن توليه # إن الهوى ما
تولى يصم او يصم
Maka kendalikanlah hawa nafsumu dan jangan diberikan
kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau # kerana jika ia berkuasa sudah
pasti ia akan membuta dan menulikanmu
وراعها وهي في الأعمال سائمة # وإن هي
استحلت المرعى فلا تسم
Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam
ruang ketaatan # kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan
tujuan ketaatan. Maka jangan engkau lengah dari menguasainya
Cuti baru-baru ini. Alhamdulillah. Perkembangan positif. Suka hati. Agaknya inilah secebis rasa bahagia ma masa tengok anak-anak boleh jalan dulu ^_^ |
<<< 523pm. 6.4.14. bentong. >>>
Saturday, February 22, 2014
HIKMAH, HIKMAH & HIKMAH.
Lama dipandang sepi ruang ini. Hati terus tenang
dengan kasih Allah, cinta dari Rasul. Alhamdulillah akhirnya diizini jua. Diupdate
jua dengan izin Allah. ^__^
*******************************************************************
Ma..
Dulu mahupun sekarang, itulah ma, ibu yang telah melahir dan menjaga insan kerdil ini bersama 5 adik beradik yang lain.
Dengan berjuta hikmah, kehidupan kami
sekeluarga berubah sejak ma diserang angin ahmar, hampir 4bulan yang
lalu.
Setiap dari kami, dari ayah, abang, kakak
sehinggalah ana, masing-masing merasai ‘kehilangan’ ma.
Jasad ma masih wujud di hadapan kami. Namun
perasaan kami tidak seperti dulu.
10 tahun
lalu.
Ya. 10 tahun yang lalu, kami hampir kehilangan
ma. Ma kemalangan saat pulang dari solat tarawih. Takdirnya ma memandu
sendirian. Ayah yang memandu kereta lain di belakang tidak jauh dari kereta ma,
usai sampai di tempat kejadian dikhabarkan isterinya itu sudah ‘tiada’.
Beberapa tahun ma mengambil masa untuk pulih,
dan saat itulah Allah mengajar ana meniti alam remaja dengan kasih seorang ibu
yang masih dalam rawatan pulih dari kecederaan. Berdikari, namun masih penuh
dengan curahan kasih sayang dari ma dan ayah. Rentetan kemalangan itu, ma
mengambil keputusan untuk bersara awal.
Mungkin 10 tahun yang lalu, keadaaan ma
terlantar sakit tidak menjadi suatu kesusahan hati bagi anak bongsu yang baru
berusia 12 tahun saat itu. Melihat ma yang masih boleh senyum, walau terlantar
tidak mampu bergerak, itu sudah menjadi kelegaan bagi diri ana yang seusia itu.
Namun di usia 23 tahun. Melihat insan yang
paling dicintai selepas Allah dan Rasul, yang perilakunya adakala keanak-anakan
sejak diserang angin ahmar, Allah…ana mengaku hati kecil ini tidak setiap saat
tabah.
Pembedahan.
Hari tersebut ana meninggalkan sekolah jam 9
pagi, meninggalkan tugas sebagai mc sebuah program di sekolah. Memandu
sendirian pulang ke Kelantan, air mata tak henti-henti mengalir. Tidak betah
menutup bacaan alQuran yang dipasang sepanjang perjalanan, bimbang hati dan
fikiran menerawang jauh. Setiap kali hati berfikir yang bukan-bukan, kalimah
Allah membawa ana sedar ke fatrah redha dan tawakal.
Allah..Allah..segalanya Allah....
Seminggu selepas pembedahan membuang tempurung
kepala, adalah saat yang paling menguji hati. Ana pulang hampir setiap hujung
minggu, saat itu masih berpraktikum di SK Berchang. Ma tidak mahu bercakap,
tidak mahu makan dan tidak mengenali sesiapa. Saat dibacakan ruqyah bila ma
berlaku agresif, ma memanggil ana ‘ustaz’. Hati akur bahawa itu bukan ma. Akur
bahawa ana perlu bertanggungjawab.
Ikhlas.
Enti jangan menyesal belajar ilmu ni…ikhlas…
Itu ungkapan ayahanda Ustaz Borhan. Guru
merangkap ayahanda angkat yang dengan izin Allah membawa ana sedikit sebanyak
kenal dunia perubatan islam.
Ana tidak menyesal, insyaAllah. Allah menguji,
DIA tahu sejauh mana perasaan ana.
Pernah terdetik, untuk menamatkan pengajian di
IPG. Tidak sanggup menahan perasaan, setiap kali teringat ma, satu kerja pun
tak mampu disiapkan.
Digagahi jua. Alhamdulillah, pengajian semester
lepas berjaya ditamatkan, hadiah keputusan peperiksaan akhir yang ma harapkan
dalam nada gurauannya setiap kali ana minta ma doakan, yang ana fikir agak
mustahil dicapai, akhirnya Allah beri rezeki. Alhamdulillah. walau ma seperti
tidak terlalu faham bila dikhabarkan result tersebut.
Banyak yang Allah ajar. Erti kehidupan. Erti
hamba. Siapa Allah. Siapa Rasulullah saw.
Masih belajar ikhlas. Dan terus belajar…
Tabir
yang disingkap.
Ana melihat sekujur tubuh yang benar taat pada
Allah. Ma sangat-sangat sedih kerana 16 juzuk alQuran yang ma hafaz beberapa
tahun lalu hampir kesemuanya hilang. Ma mula menghafaz alQuran dalam usia 50-an
selepas bersara. Ma menangis bila ma tidak mampu mengingat tahiyat akhir untuk
solat. Namun ma redha. Semuanya hak Allah. Kalimat pengakuan sebagai hamba
sering meniti di bibir ma. Walau taklifan solat telah gugur dari ma, ma masih
tahajud.
لا حول
ولا قوة إلا بالله
Ana melihat kasihnya seorang suami, setia
hingga ke akhir. Seorang hamba yang taat, suami yang sangat baik; ayah yang
setia menjaga, melindungi dan mengasihi ma. Sehinggakan tempat ayah tidak mampu
kami 6 beradik ganti di hati ma. Sungguh Allah telah memuliakan ayah. Moga
Allah mengasihi ayah. Melengkapkan seluruh kehidupan ayah dengan kebahagian
janji Allah yang benar.
Ana melihat kasih anak-anak pada ma. Perasaan
sayu dan cinta yang tidak mampu kami anak-anak ungkap dengan kata. Melihat
wajah ma, sangat susah untuk menahan air mata. Syukur Allah memberi ruang untuk
kami berkhidmat, walau tidak seberapa.
Ana melihat kasih dan hormat abang dan kakak
ipar terhadap ma. Syukur Alhamdulillah Allah memperlihatkan bahawa mereka
menyayangi ma seperti ibu kandung sendiri.
Ana merasai perasaan yang tidak mampu diungkap.
Mengingati ma saat berada di kejauhan, Allah, itu perasaan yang cukup sukar.
Tidak mampu ditafsir mengapa setiap kali ingat pada ma, setiap kali itulah air
mata tidak mampu ditahan. Siapa sahaja yang menyebut perkata ‘ibu’, pasti akan
mengundang perasaan yang cukup berat di hati.
U 'left'
so soon..
Sangat terasa lainnya, kalau dahulu bila ingin
melangkah keluar, pasti akan dimaklumkan pada ma. Sangat-sangat terasa
kehilangan.
Namun kami tidak pernah kehilangan doa ma.
Menemani ma solat, saat itulah baru ana berpeluang mendengar bait doa yang ma
pohon. Sayu. Ma sentiasa sebut kami dalam doa ma!
Mulianya seorang ibu.
Tidak lain dan tidak bukan, Allahlah yang
mencampakkan rasa itu di dalam hati. DIAlah yang memuliakan ibu.
*******************************************************************
Ya Allah..
Walaupun dia begitu…
Di saat dia tidak mampu
menafsirkan katanya sendiri,
Dia tidak pernah mementingkan
diri.
Masih segar di ingatan..
Walau dia yang diuji sakit,
Dia masih bertanyakan
bagaimana makan si suami
Dia masih bimbangkan si anak.
Ya Allah sembuhkan dia.
Peluklah dia erat dengan
hangatan kelembutan kasih sayangMu!
ALHAMDULILLAH,
segalanya penuh hikmah! (",)
*******************************************************************
17jan14.
M219. 6.07pm.
posted : 22feb14. bentong. 7.34pm.
Subscribe to:
Posts (Atom)