بسم الله الرحمن الرحيم
Tuhanku, jika aku adalah orang yang
layak untuk dihalang, maka Engkaulah yang layak memberi
وان كنت بادي العيب فأنت اكرم من
غطى
Jika diriku terdedah dengan keaiban,
maka Engkaulah yang Maha Mulia untuk menutupnya
وان عرفت بالإساءة فانت المعروف
بالاحسان
Jika diriku dikenali dengan
kejahatan, maka Engkau dikenali dengan Ihsan
وان عدت للجهالة فانت العواد
بالغفران
Jika aku kembali kepada kejahilan,
maka Engkaulah yang berulang kali memberi pengampunan.
وان ناديتك لفاقتي فمن اخلاقك
اغاثة اللهفان
Sekiranya aku menyeruMu disebabkan
kefakiranku, maka perlakuanMu adalah menorong orang yang ditimpa kesusahan
وان عجز عني فعلي فانت على رحمتي
قدير
Jika aku lemah melakukan sesuatu,
maka Engkaulah yang Berkuasa untuk mengasihani aku
وان صغر حالي عن سؤالي فلا شيء
عليك كبير
Jika keadaan diriku tidak sepadan
dengan permintaanku, maka tidak ada sesuatupun yang membebankanMu
فان عدلت فانك خبير بصير
Jika Engkau mengubah sesuatu, maka
Engkau adalah Maha Mengetahui dan Maha Melihat
وان تفضلت فما عليك تحجير
Jika Engkau memberi kelebihan, maka
sememangnya Engkau tidak menyempitkan
فبدل دمي مع اخلاقي بخلق حميد
Kerana itu gantikanlah akhlak yang
sebati pada diriku dengan akhlak yang terpuji
وحولني عما تكره الى ما تحب وتريد
Ubahlah diriku kepada suatu yang
Engkau sukai dan mahukan
واسرج باطني من نور اليقين
Pancarkanlah batinku dengan cahaya
keyakinan
وزين ظاهري بسمات الصادقين
Hiaskanlah zahirku dengan
tanda-tanda orang yang benar
وغيب قبائحي في جميل اوصافك
Hilangkanlah kejelekanku dalam
keindahan sifatMu
وتداركني قبل نفوذ القضاء بالطافك
Perbetulkanlah diriku sebelum dilaksanakan
ketetapan dengan kehalusan dan kelembutanMu
يا لطيف يا لطيف يا لطيف
Wahai Yang Maha Halus
وتولني حين تنقطع الاسباب
والعلائق
Pimpinlah aku ketika sebab musabab
dan pergantungan terputus
ويسرلي الشهادة عند الموت بلا
عائق
Dan permudahkanlah kesaksianku tanpa
sekatan ketika kematian
وصل اللهم على مطلع شمس القدم.
والحمد لله رب العالمين.
*** Sebahagian petikan munajat Abdul
Malik Al-Dharir Al-‘Alawi Al-Hasani. ***
200613. 0324pm. m218.