Monday, May 13, 2013

cintanya 'aku'



بسم الله الرحمن الرحيم

-------------------------------------------------------------------------------

Kaki mengatur langkah

Tujunya aku mendekat denganMU

Demi mencariMU

Walau tiada di mataku harusnya ia bagaimana

 ------------------------------------------------------------------------------

Mataku mencapai isi bumi

Mencari dan mencari

Aku mahu berbicara

Aku mahu bercerita

------------------------------------------------------------------------------

Bisu. Kosong.

Alam ini hilang bicaranya denganku

Kerna bicara itu hanya aku denganMU

Tiada yang lain

-------------------------------------------------------------------------------

Rasa itu tiada pernah bisa diukur

Cintanya aku tiada berbahasa

Rindunya aku tiada berupa

Hingga kembali menyesak di dada

-------------------------------------------------------------------------------

Memanggil namaMU

Akan bersahutkah ia?

Yakin memukim dihati

ENGKAU ada

------------------------------------------------------------------------------

Tidak aku peduli

Perasaan itu terlalu

------------------------------------------------------------------------------

Rindu memanggil aku

Cinta mendesak aku

Sumpah jiwa setia hanyalah kepadaMU

Sumpah tuju hanyalah kepadaMU

 ----------------------------------------------------------------------------

Telah jauh KAU membawaku

Tidak ku ingin KAU mengembalikanku

Biarkan aku menjauh

Biarkan aku denganMU

-------------------------------------------------------------------------------

Hingga aku...

....................................................................

...tidak lagi bergelar 'aku' .

 ---------------------------------------------------------------------------------


اللهم صلى على روح سيدنا محمد في الأرواح وصل على جسد سيدنا محمد في الأجساد وصل قبر سيدنا محمد في القبور.


اللهم بلغ روح سيدنا محمد مني تحية وسلاما.

m218. 140513. 833am.

11 comments:

  1. Assalamualaikum syahida syahidan :D

    rindu .. lama xdrop komen kat cni.
    ehem..baru 'berkesempatan'.... hehe :D

    aku juga mahu turut juga berbicara denganMu..
    Aku juga mahu bercerita denganMu.
    kerana Engkau tuhan aku, dia,kita semua.
    Allah yang Maha Pengasih...
    sungguh aku rindu..
    tatkala merasa diri ini semakin jauh denganMu..
    Rabb..
    tuntun langkahku dekatiMu..
    kekalkan hidayah yang Engkau berikan..


    Alhamdulillah, alhamdulillah dan Alhamdulillah :)


    #diri turut berpuisi ikut rentak syahida. ngeh3.. :P
    Moga Allah redha kita (^-^)Y

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...

    Ya Allah engkaulah yang menenang,
    menghibur dan menghilangkan kesunyian....
    Dikala seluruh tempat...
    Seluruh waktu...
    Sekalian makhluk meresahkan aku..

    Moga Allah kasih.
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. *Da...
    Suh orang kat atas up n3 1...
    Hik3
    Da macam gaya nak pencen da blog cik sufi tu... Huu~~~

    ReplyDelete
  4. ~kueh

    waalaikumussalam wbt. sufi sufyan^__^

    sempat xsempat, yg penting ado,hehe

    Rabb..
    pandanglah kami.
    kuatkan kami utk terus melangkah mendekat denganMu.

    *tidak mahukah CIK sufi mengikut rentak saya meng-up-kan sebiji entry?
    hehehe
    demi menyahut seruan CIK rumah tua..

    CIK= huruf besaq sbb sat lagi akan bertukar menjadi PUAN,^___^

    jzkk dearrrr...barakallufik!

    ReplyDelete
  5. ~rumah tua

    subhanallah

    hanya Allah tujuanku.

    resahnya hati pada segala makhluk. memandang DIA hati berubah tenang.


    *dah suh sekali, tak up jugak, kita denda dia xboleh pegi sabah sampai bila-bila,hehehe

    ops, terlebih eksen la plak, tapi at least sebulan skali ada juga update,ye dok..(time rajin,hehe)

    jzkk iqa, barakallufik!

    ReplyDelete
  6. aiwah333 ~~~
    #balas komen 'cik' ida >>

    ehehe...
    insyaAllah nti ai akan update satu entri <3
    tgu ~~~~ ngehehehe..

    Amin3 ra Rabb ~~~
    moga Allah permudahkan urusan kita menuju redhaNya :)


    #balas komen 'cik' iqa >>

    upssss.....
    pencen tulis kat blog ja..
    ngehehe <3

    #ehem..jgn terkejut kalau terlebih ghajin update kang..hehe O(^-^)O

    ReplyDelete
  7. kak ida, saya nak share satu tumblr yang bagi saya sangat menyentuh jiwa, dengan izin Allah :)

    http://awwabhafeez.tumblr.com/

    with love from seroja,
    aisyah.
    ^_^

    ReplyDelete
  8. ~aisyah

    masyaAllah, Allah kurniakan dia anugerah untuk menulis sehebat itu..

    mengalir pahala kebajikan..insyaAllah.

    syukran, jazakillah khaer dik..

    *aisyah mana ni ye? hee (maaf kak tak ingat senarai pghuni blok seroja^__^)

    ReplyDelete
  9. ~aisyah

    masyaAllah, Allah kurniakan dia anugerah untuk menulis sehebat itu..

    mengalir pahala kebajikan..insyaAllah.

    syukran, jazakillah khaer dik..

    *aisyah mana ni ye? hee (maaf kak tak ingat senarai pghuni blok seroja^__^)

    ReplyDelete
  10. hihi comel la akak ni. ni aisyah islahuddin. budak tesl sem 3 :D

    ReplyDelete
  11. ~subhanallah, adik comei ni rupanya..

    tau2, asal kuantan, orangnya cute, pakai baju wrne hijau masa liqa qasidah hari tu..etc
    (mengarut sudah,hehe)

    barakallahufik my dear^____^

    ReplyDelete

teguri diri ini..biar sedar; ana bukan memiliki, tapi dimiliki Dia.