بسم الله الرحمن الريم
*********************************************************
Segala yang ada di sisi Allah akan diperoleh dengan kesabaran.
Segala yang ada di sisi Allah akan diperoleh dengan kesabaran.
*********************************************************
Orang yang mencintai Allah akan
diberiNya ujian, lantas mereka bersabar serta bersemangat dan terdorong
melakukan kebaikan dalam keadaan mereka sedang diuji.
.Pelihara nikmat.
Peliharalah kenikmatan yang
dikurniakanNya dengan syukur. Terimalah perintah dan laranganNya dengan
mendengar dan mentaatinya.
Apabila datang kesukaran, maka
bertaubatlah dan bimbing serta tuntunlah jiwamu, kerana sesungguhnya Allah
tidak akan menganiayai hambaNya. Terimalah kesulitan dan cubaan itu dengan
sabar, serta hadapilah kemudahan dengan syukur.
Demikianlah yang diamalkan oleh
orang-orang sebelum kamu, dari kalangan para Nabi dan Rasul serta orang-orang
soleh.
.Pandangan Allah.
Ingatlah kamu akan kematian dan
perkara selepasnya. Ingatlah kamu akan Allah dengan segala perhitungan dan
pandanganNya kepadamu.
Masa kini adalah masa orang
mengambil keringanan. Masa kini adalah masa riya’ dan munafik. Ramai yang
melakukan sesuatu kebaikan demi makhluk, bukan demi Khaliq. Maka jadilah
penduduk bumi ini sebagai lubang makhluk yang lebur dalam makhluk lain.
.Hamba = berhajat kepada Allah.
Tanpa adanya Khaliq, semua penduduk
bumi berhati beku, bergerak memburu harta semata-mata. Hidupnya suatu hati itu
ialah apabila ia telah keluar dari makhluk dan berdiri secara maknawi. Hidupnya
hati dengan mengikut perintah Allah, menjauhi laranganNya, sabar bersamaNya
atas segala dugaan dan qadha’ dan qadarNya.
Wahai hamba! Serahkanlah kepadaNya
segala sesuatu yang sudah ditentukanNya, kemudian berdirilah bersamaNya sesudah
itu. Setiap sesuatu memerlukan asas,
kemudian di atasnya berdirilah bangunan, lantas tetaplah dalam keadaan demikian
sepanjang waktu.
.Zikir fikir.
Berfikirlah kamu mengenai hati.
Apabila kamu melihat bahawa dirimu mempunyai kebaikan, bersyukurlah kepada
Allah. Sebaliknya apabila kamu melihat keburukan, maka bertaubatlah kepadaNya.
.Umat istimewa.
Wahai umat Nabi Muhammad s.a.w.!
Bersyukurlah kepada Allah, kerana Dia mahu menerima amalmu walaupun sedikit,
dibandingkan dengan amal orang yang terdahulu. Kamu adalah umat yang terakhir,
tetapi kamu adalah umat yang pertama di hari kiamat kelak.
Barangsiapa yang benar di antara
kamu, maka tiada kebenaran yang akan menandinginya.
Kamu adalah selamat selama kamu
tidak duduk dalam lingkungan nafsu, kesombongan dan perangai yang tidak benar.
Sebaliknya kamu golongan yang tidak selamat dan tiada kebenaran bagimu, selama kamu berebut apa yang ada di tangan makhluk, untuk menarik perhatian dengan sifat riya’ dan kemunafikan.
Kamu tidak selamat selama tidak terselit dalam batinmu kepercayaan kepada Allah.
Sebaliknya kamu golongan yang tidak selamat dan tiada kebenaran bagimu, selama kamu berebut apa yang ada di tangan makhluk, untuk menarik perhatian dengan sifat riya’ dan kemunafikan.
Kamu tidak selamat selama tidak terselit dalam batinmu kepercayaan kepada Allah.
~~(Fath alRabbani – Rahsia-rahsia
Agung Berjumpa Allah, Lautan Hikmah Kekasih Allah - Syeikh Abdul Qadir
AlJailani alQuraisyiy).
1134am. 260113. m218.