Thursday, August 23, 2012

mati kemudiannya hidup


   بسم الله الرحمن الرحيم
 
~ Kebahagiaan itu ada pada menyinta Allah dan RasulNya ~

Hidup dan mati.. mati dan hidup.

Engkau kini sedang menjalani takdirmu.
Tidak lama, takdirmu akan sempurna. Kau akan pulang kepada Tuhanmu.
Hidup ini mencari mati yang sempurna. Mati itu mencari hidup yang sempurna di sana.
  
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم والله غفور رحيم
31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah..
Malu, biarlah diri dengan malu itu. Selayaknya begitu.
Aku menyintaiMU kerana ENGKAU TUHANku.
Dan ENGKAU ya ALLAH..
Bukan kerana cintaku KAU menyintaiku.
KAU menyintaiku bukan kerana diriku.
KAU menyintaiku kerana itulah ENGKAU.

Ya Rasulallah..
Tiada kata mampuku ukir.
Malu untuk ku menyata cinta padamu, sedang aku tiada bukti untuk itu.
Malu untuk ku menyata rindu padamu, sedang hatiku dibayangi dunia.
اللهم صلى على سيدنا محمد.

Cinta itu berbeda.

Cinta Allah dan cinta manusia. Sama sekali tidak sama.
Cinta yang benar dari manusia pada Allah juga berbeza dari cinta yang benar dari manusia pada manusia.

Cinta manusia pada Allah, cinta dari jasad dan ruh. Letaknya jauh dalam hati. Fahamnya sukar untuk dimengerti. Dirasa dan disentuh oleh mereka yang benar-benar merasai.

Pabila cinta pada Allah terbit, maka sayap cintanya akan melebar pada Kekasih Allah. Dan akan terus menebar pada seluruh makhluk ciptaan Kekasih Abadinya.

اللهم أني أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنى إلى حبك  )قال أبو عيسى الترمذي: هذا حديث حسن صحيح سألت محمد بن إسماعيل [يعني البخاري]عن هذا الحديث فقال: هذا حديث حسن صحيح .(
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك . اللهم اجعل حبك أحب إلي من نفسي وأهلي ، ومن الماء البارد )سنن الترمذي(
اللهم اجعل حبك أحب إلينا من أنفسنا وأهلينا ومن الماء البارد على الظمأ.

Ya Allah
Aku mohon cintamu dan cinta insan yang
mencintaiMu serta yang dapat mendekatkan
aku kepada cintaMu

Ya Allah
Jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan
air yang dingi

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan
jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai

Ya Allah
Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap
cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan Mu
(Al Tarmizi)
*او كما قال
 
Rindu & sayang penuh kecintaan buat Allah Tuhanku dan Muhammad nabiku
jua doa kasih & cinta buat seisi keluargaku,
guru-guruku,
sahabat-sahabatku,
 & seluruh saudara seislamku.

filbeit. 240812. 1118am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers