Saturday, July 21, 2012

Puasa..& tak puasa..

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Ramai sahabat-sahabat yang memilih pulang menyambut puasa pertama bersama keluarga. Tak mengapalah, setiap manusia ada bahagiannya masing-masing kan. Rezeki buat anak bongsu yang 'ditinggal' ma ayah sebab pergi ‘annual outstation’ ni, Allah dah takdir dengan sangat indah. Stay kat sini dengan kawan-kawan ye(“,). Kali ni rencananya ma ayah pergi lebih sebulan, lama sikit dari kebiasaan. La ba’s, rezeki ma ayah untuk tahun ni.(walaupun agak sedih jugak sebab lama sangat,huhu). Moga Allah beri yang terbaik untuk semua.

Peluang Allah beri, melalui idea roommate ana, Raihan, untuk berbuka dan solat terawih di masjid luar. Perancangan dari sehari sebelum, sehinggalah bermulanya perjalanan dari jam 530 petang hingga jam 1100 malam kami pulang kembali, segalanya dihidangkan dengan pelbagai ibrah. Seronok, dan bermacam lagi rasa yang Allah terbitkan dari hati kami. Alhamdulillah, ikatan persaudaraan itu mudah-mudahan mengundang redha Allah. Terima kasih sahabat-sahabat ‘Teslian dan Paian’ yang menjayakan ‘road tour’ semalam ^__^.

Beberapa minit hampir sampai ke destinasi, barulah uncle Y (bukan nama sebenar) mula nak berbasi basa. Sahabat-sahabat semua, dari tadi lagi riuh dalam taxi uncle tu.

(diubahsuai dari dialog asal yang berloghat cina).

Pemandu teksi melayu yang duk kat ofis tu tak puasee..

 Allah…sudaaah…

Ye ke uncle??

Raihan memberi respon setelah semua tiba-tiba jadi terkedu.

Ye la..tengahari kalau diorang tutup bilik, mesti tengah makan punya.. 99% diorang ni tak puasa.

Maknanya ada la jugak yang puasa…

Tambah Raihan. Dan uncle Y jawab,

Ramai-ramai tu sorang je yang puasa..

(hmm, dialog ni tak memerlukan pengiraan matematik yang tepat)

Ada yang cerita dia puasa 3 hari je, lepas tu tak puasa. Tak larat...


Allah buka ruang.

Waktu tu, ana mula rasa kurang sihat. Lebih banyak diam dan cuba selesaikan tanggungjawab dengan Allah untuk petang tu. Dalam masa yang sama, terdetik, Allah buka ruang untuk betulkan mindset uncle tu.

Diorang tak puasa sebab letih…tak makan takpe, tapi air kena minum…

Ish, takla uncle. Orang lain kerja lagi berat, boleh je puasa..

Ye ke?

Dalam hati terdetik.. “uncle ni bari first time tinggal dengan orang islam ke? Takkan tak pernah tengok orang puasa. Kata dia orang pure lipis. Atau mungkin saja nak test. Hmm, no no, tak payah nak sangka lebih-lebih...”

Kitorang yang belajar ni pun, selalu ulang-alik. Sukan lagi, boleh je puasa.

Tambah Idah yang duduk di tepi ana.

Kamu belajar, bukan buat ape pun.

Ayah saya, kerja bawa van ambulan tau uncle….

Belum sempat Raihan sambung ayat, uncle tu jawab..

Ambulan senang je, tunggu orang call, oncall..

Haish..uncle ni memang kena guna skill mantiq yang lebih ni. Banyak pulak idea dia.

Sebelum tu dia kerja buat telaga dekat perkampungan asli.. boleh je dia puasa uncle…

Jawapan mantap. Takdir Allah, saat kami hampir sampai ke destinasi, ayat tersebut mematikan idea uncle Y. Dia hanya menjawab, “ye?”. Dan perbualan tersebut berakhir di situ, kami dan uncle Y bawa haluan masing-masing.

Alhamdulillah, pertemuan dengan seorang makhluk Allah ni(mungkin dalam lingkungan awal 40an), memberi makna untuk hari pertama ramadhan kami. Terfikir sejenak, andai Allah izin ana bawa kereta ke sini lebih awal, tentu kami tak perlu menaiki teksi. Dan mungkin, kami takkan berpeluang dapat pengalaman yang exactly seperti ni. Ada sesuatu yang Allah mahu beri kepada kami. Dan uncle Y, mudah-mudahan.


Amaran.

Ya, benar. Ada rukhsah bagi mereka yang melakukan kerja yang terlalu berat. Namun itu bukan alasan untuk semua ambil kesempatan.

Nabi menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah).

Sedih mendengar realiti yang berlaku. Meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa keuzuran syar’i, sebenarnya banyak berlaku. Orang dewasa, tapi berfikiran seperti kanak-kanak.

Sedangkan ramai yang menanti-nanti bulan Ramadhan, namun tak dapat puasa sepenuhnya kerana uzur, (macam kami kaum hawa ni). Tapi redha tetap redha ya, ketetapan Allah buat wanita, kita redha mudah-mudahan redha Allah mengiringi kita, insyaAllah.


Fenomena.

Itu fenomena bagi orang yang ‘memilih’ untuk tidak berpuasa, walau hakikatnya mereka tidak berhak memilih dengan keadaan mereka yang sebegitu. Perang Badar ditakdirkan Allah menjadi suntikan semangat bagi orang Islam, berlaku pada 2 Ramadhan tahun 2 hijrah. Dan kemenangan berpihak pada tentera Islam.

Tapi hati, hati-hati. Islam menyuruh kita benci pada kemungkaran, bukan pada si pelakunya. Benci pada kemungkaran, bermakna semakin bertambah simpati dan kasih pada yang melakukannya.

Fenomena bagi orang yang berpuasa pula, bulan Ramadhan, aktiviti dihadkan. Dari satu sisi, ya, hal tersebut dianggap lebih baik supaya kita dapat tumpukan perhatian terhadap ibadah-ibadah lain. Namun dari sudut yang lain, ana melihat ia kurang sesuai jika kurang difahami. Waktu kelas dipendekkan untuk memberi ruang kepada solat dhuha sebagai contoh, satu perkembangan yang baik. Tapi kalau ianya dipendekkan kerana minda yang disetkan dengan ayat – 

*** puasa=letih=tak boleh buat kerja. *** Memang kurang sesuai.

Alihkan tumpuan minda dan hati kepada kerja-kerja (selain makan dan minum), insyaAllah badan kita tidak akan ‘merayu’ supaya makanan dimasukkan ke dalam perut. Bulan ramadhan, biiznillah makanan rohanilah yang akan mengenyangkan kita. Set!. Mudah-mudahan berterusan hingga ke akhir hayat.

14july. hantar ma ayah kat eport PC.

~RAMADHAN ITU saangat INDAH~

.Selamat menyambut bulan Ramadhan yang dinanti.
.barakallah fikum. 
.(^__^).

m225. 220712. 1042am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers