Tuesday, April 17, 2012

hidup kita..pilihan kita..


830 tunggu di lobi. Jumpa Tuan Syed dan Timbalan.

Sms dari pengerusi. Alamatnya, ana terpaksa skip separuh kuliah Bahasa Arab kali ni. Allah..

Telefon bimbit vibrate menandakan ada sms masuk. Dek kerana ketika itu sedang musyawarah dengan timbalan pengarah, hanya hujung mata yang sampai ke isi sms tersebut.

Salamullahialaikum..utk liqo esok..asif jiddan lmbt bgtaw..tunggu hdset sembuh..aim, isu semasa..syahida, lau kana bainana..B-)

Gulpp…hampir sahaja lisan ini menjerit…terasa degupan jantung mula bergerak laju..

Astaghfirullah…sollu 'ala Nabi..

Mengingatkan ketika itu di hadapan ana ada insan yang perlu ana hormati. Syukur masih boleh mengawal emosi.

T__T


Kenapa ana? kenapa tajuk ni? Kenapa?

Layak ke ana persoal, kenapa?

Selesai musyawarah, setiap langkah kaki menuju ke kelas ditemani rasa yang tak mampu ana gambar dengan kata-kata.

Apa ini teguran Allah?

Kali kedua.

Inilah kali kedua ana mendapat tugasan berat seumpama ini. Membicarakan perihal ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. Kali pertama, sewaktu diminta dan dijemput oleh sahabat a.k.a roomate ana untuk membicarakan perihal Rasulullah S.A.W dalam usrah pimpinannya, sebagai merai sambutan maulidurrasul tidak lama dulu. Dan tajuk yang sama ana gunakan dalam halaqah usrah tersebut.

Kali ini, tugasan yang hampir sama diminta oleh mas'ulah, untuk pengisian liqa' subuh.

Terdetik di hati. Apa diri ini layak berbicara soal itu?

Tidak mampu ana bayangkan, bagaimana Allah telah mengilhami Sara, mas'ulah kami untuk memilih tajuk ini untuk ana.

Tiada yang Allah jadikan itu sia-sia. Semuanya ada nilaiannya yang tersendiri.

Dan telah tercatat, ini bahagian ana.

Tanggungjawab.

Membicarakan perihal mengingati Rasulullah S.A.W. Pada ana, itu tanggungjawab kita semua. KITA. Siapa yang mengaku dirinya muslim, maka secara automatiknya dia termasuk dalam golongan KITA tersebut. 

Kenapa??

عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال  :
«
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين »  [1]

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak-anaknya, dan manusia seluruhnya."

Kasih dan cinta akan membawa kita untuk ingat pada yang kita kasih dan rindu. Itu sifirnya, itu hukum adat, dan itu sunnatullah.

Berbalik pada persoalan tadi, kenapa?

Kerana KITA umat baginda. KITA pengikut baginda. Baginda sangat mengasihi dan sangat mengingati kita. 

"لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم"
- Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyanyang terhadap orang-orang yang beriman. (9:128)

Sangat wajar untuk kita menyebut tentang baginda. Berbicara bukan hanya bermaksud kita menyebut dengan lisan semata. Malah perilaku kita juga termasuk dalam konteks 'bicara'. (harapnya ahli bahasa tak argue kenyataan ni ye).

Wakil Rasulullah S.A.W

terbuktikah? hopefully..amin

 Tingkah laku kita. Andai mampu membuatkan insan dan makhluk lain yang melihat kita, teringat kepada Rasulullah S.A.W. MasyaAllah, secara zohirnya itu sudah mampu untuk membuktikan kecintaan kita pada Rasulullah S.A.W.


....وإنما نحن قوم نحكم بالظواهر والله يتولى السرائر....
- Adapun kami satu kaum yang berhukum berdasarkan apa yang tersurat dan Allah jua yang mengetahui yang tersirat. (Saidina 'Umar Al-Khattab R.A).


Hakikatnya, nilainya tetap disisi Allah semata.

Tapi bagaimana pula kalau dengan melihat kita, mengingatkan seseorang pada Rasulullah S.A.W, tapi kita sendiri selaku manusia yang tubuhnya diberi pinjam ini tak ingat pun pada baginda?

Ada dua keadaan. Pertama, mungkin orang tersebut melihat kebaikan yang Rasulullah S.A.W wariskan ada pada seseorang, maka orang yang melihat tersebut teringat pada Rasulullah S.A.W.

Kedua, mungkin seseorang itu mempamerkan perkara sebaliknya (buruk), maka orang yang melihat padanya berasa kasihan lantas ingat pada Rasulullah S.A.W.

Maka kita mahu bagaimana? 

حياتك....خيارك....
- Hidup kamu…pilihan kamu….

* masih berfikir, kaedah & teknik yang sesuai untuk sampaikan isi bagi tajuk lau kana bainana ni. Alhamdulillah, perancangan asal untuk liqa' pagi tadi ditunda. Allah a'lam(^__^).

0926pm, 17april2012.
M225.

     




[1] أخرجه البخاري[32] ومسلم[33]

Thursday, April 12, 2012

..tanda Cinta..

Pada suatu hari, seorang alim bernama Fadhl al-Jauhari berdiri di tanah suci dengan menghadap kiblat. Saat itu ia sedang berihram. Ia berseru dengan suara yang sangat kuat,

"Wahai orang yang hancur lebur dalam muraqabah dan ma'rifat,
Wahai orang yang terbunuh dengan pedang-pedang kemesraan dan cinta,
Wahai orang yang terbakar dengan api ketakutan dan kerinduan,
Wahai orang yang tenggelam di lautan musyahadah!
Ini adalah negeri Kekasih, lalu mana orang-orang yang mengasihi itu?
Di sinilah tempat rahsia kedekatan, dimanakah para perindu itu?
Inilah tempat kenangan, dimanakah mereka yang ingin mengenang masa lalunya?
Ini adalah saat menunjukkan diri dan dilihatnya air mata, lalu mana orang-orang yang menangis?"

Kemudian ia pengsan, dan setelah sejam ia sedar, lalu berkata,

"sejak aku melihatmu
Di malam yang penuh rindu di hatiku
Engkau selalu ada, tak pernah menjauh
Bersemayam dalam sanubari"

Pembawa cerita ini lalu berkata, Aku kemudian mendekatinya dan bertanya kepadanya,

"wahai tuan, apa tanda cinta kepada Allah?"

Ia menjawab,

"bahawa para pencinta itu, ketika malam gelap, berada di sisi Allah Ta'ala dengan penuh semangat. Di antara mereka dan Dia telah terjadi keterbukaan. Mereka menyibukkan diri dengan nikmatnya hubungan dengan Tuhan yang mereka sembah, hingga tidak menghiraukan jamuan yang lazat. Kesibukan denganNya memutuskan mereka dari semua makhluk. Mereka lebih memilih bermunajat kepadaNya daripada tidur. Mereka tidak mahu memilih perkataan lain kecuali firmanNya. Hal ini dikenal oleh orang yang mengenalNya, dirasakan oleh orang yang merasakanNya, dan orang yang mencari kebaikan kepadaNya akan merasa senang denganNya".

kat belakang tu jabal rahmah..
 


m225. 12april2012. 0655pm 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers