Tuesday, November 29, 2011

Guru Ana

Bismillahirrahmanirrahim

Dup dap dup dap….

Berdebar saat terasa hati ini sedikit mantap untuk melakar sesuatu di sini. Serasanya dah beberapa kali mencuba menulis sesuatu, tapi dibatalkan sahaja niat itu…

Sepertinya tangan ini tidak mampu. Sedar bahawa ia tidak akan terjadi tanpa izinNya.

Teramat banyak peristiwa yang sangat-sangat tidak disangka berlaku. Ceteknya ilmu manusia ni. Apatah lagi bagi hamba kerdil seperti ana.

Seringkali mahu melihat setiap peristiwa itu dengan memahami hikmah-hikmah yang terselit disebaliknya. Kerana yakin.. pasti, pasti disebalik setiap kejadian itu ada hikmah dan 'ibrahnya.

Berita dari sahabat ana, musibah yang dialami ayah kepada sahabat ana, nikmat dan ujian yang dikecapi, permintaan dari insan buat ana….dan bermacam lagi..

Segalanya menuntut hak dari diri ini untuk dilunaskan.

Bila menyedari itu hakikatnya, hati terasa sedikit lelah.

Allah.. ana tidak boleh hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.
Hanya doa mampu hati panjatkan padaMu tika ini.



Mencari Guru.

Ana kurang pasti, apa yang menyebabkan ana mencari seorang guru ana sewaktu di maahad dulu melalui alam maya. Dengan izin Allah, ana terjumpa gambar beliau. Saat ini, beliau sudah berada di bumi anbia', meneruskan tugas di sana.

Ana sangat menghormati guru ana itu. Mungkin, kerana ana dipertemukan dengan guru sewaktu Allah berkehendak untuk ana berubah. Banyak sekali mutiara kata dari guru yang menjadi pedoman untuk ana mencari makna dalam hidup ini.

Pengalaman Rohaniah.

Disaat itu juga, ana mula mengalami pengalaman mengenali Allah dalam hidup ana. Tapi jangan salah sangka ye, bukan pengalaman apa pun. Ana kira pengalaman itu seperti yang orang lain alami juga. Allah berkehendakkan yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Baru Kini Ana Mengerti.

Guru pernah tersenyum pada ana. Pernah juga ana melihat kecewa di wajah guru. Tapi kenapa?
Setelah 3 tahun ana tidak bertemu dengan guru ana itu, akhirnya Allah memberi ana rezeki untuk memahami apa yang pernah berlaku sewaktu dengan guru ana itu. Ada suatu perkara besar yang guru mahu ana lakukan, mahu ana warisi.

Sesuatu yang hakikatnya semakin ana jauhi. Tapi bukan sengaja ana lakukan itu. Ana terpaksa membuat pilihan. Walhal hati sering meronta untuk tidak memilih, ingin melakukan kedua-duanya. Kerana kedua-duanya adalah jiwa ana, erti dalam hidup ana.

Alhamdulillah. Ana sangat berharap dengan langkah ana kini, ana dapat melaksanakan amanat itu. Walaupun ana sendiri masih tidak pasti bagaimanakah ia nanti.
ana hilang ke? ^_^


Hikmah.

Terlalu sulit untuk ana memahami hikmah buat setiap perkara yang berlaku. Ya, kerana lemahnya insan ini. dan kerana itulah yang terbaik.

Sabar Menunggu Kata Dari Tuhan.                                                                                                            

Jalanilah hidup ini sebaiknya, syukur dan sabar menempuh takdir hidup dari Allah.

Setiap manusia itu sudah ada bahagiannya yang tersendiri.

Mempunyai cinta yang tersendiri dengan Kekasih Agungnya itu.

Jangan pernah berhenti belajar, dan beramal dengan ilmu yang benar.

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Adakah kita tahu bagaimana rahmat itu? Maka jangan pernah putus harap dan takut padaNya. Terus-terusan meminta dariNya, dengan cara yang benar. Tanggungjawab kita harus lunas.

Terserah pada Allah bagaimana nasib kita kelak. 

filbait, 
30112011, 1240pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers