Sunday, October 30, 2011

Pesan buat Hati

Wahai hati…
sabarlah..
Ingat,..Allah mahu kamu bersabar..
Dan tidak mustahil kesabaran yang dipinjamkan buatmu ini, akan diuji nanti..
Sejauh mana kamu mengikatnya kemas dihatimu..
Sejauh mana kamu meyakini janji Allah itu..
Walau itu yang kamu rasa..
Walau itu mungkin menggugat hatimu…

Namun bersyukurlah,.kamu masih mampu kembali sedar dan merasa indah di dalam janji Allah..bahkan setelah itu kamu merasa tenang bukan..

Bersyukurlah…
Walau masih banyak yang tidak mampu kau rungkai..
Kembalilah..kembali untuk sedar bahawa kemampuanmu terbatas…
Dek sifatmu yang sememangnya lemah..

Dia memberi kamu begitu..
Kerana Dia Maha Tahu kamu hanya mampu untuk menanggung itu..
Kamu mendapat apa yang selayaknya..
Kamu menanggung apa yang selayaknya..
Dia berkehendak mengizinkan keadaan itu berlaku…
Kerana Dia mahu mentarbiyahmu wahai hati..
Dia berkehendak mengajar kamu agar kamu tidak mudah hancur..
Tidak mahu kamu hancur buat kesekian kalinya…

Kamu tidak mengerti?

Selayaknya begitu…bila itu yg blaku, maka itulah yg terbaik buatmu..
Redhalah dgn ketentuan Allah…
 

Hati…
Jangan mudah menjadi kecil..hanya kerana kamu tdk mampu memahaminya,
Hidup kamu menjadi lebih bermakna kerana kamu tidak memahaminya..
Kamu ada Allah yg maha memahami dirimu…
Biarkan Dia memahami dirimu, walau kamu sendiri tidak mmpu memahaminya..
Serahkan segalanya utk Dia uruskan..
Kerana selayaknya begitu..hanya Dia yg tahu yg sebaiknya..

Senyumlah…kerana tidak memahaminya…senyumlah kerananya..

Kerana walau kamu tidak memahami, kamu ada Allah yg sememangnya memahami kamu melebihi segala-galanya..

Hati…
Merasa tenanglah kamu dalam dakapan mesra keyakinan terhadap Pemilikmu..

Kamu dicintaiNya!

Kamu sentiasa diperhatikanNya…
Dia senantiasa menjaga kamu..
Walau kamu tidak melihat Dia di mana-mana..
Namun penglihatanNya tidak sedikitpun lengah dari memerhatikanmu..
Tidak lengah dari menjagamu walau sesaat…

Dia tahu dan faham segala yang kamu rasai tatkala tiada seorang manusiapun yg tahu dan memahamimu..

Dia membalas cintamu tatkala cinta sejati manusia tidak kau temui..

Dia memeliharamu dikala manusia menghina dirimu..

Dia memujukmu dikala tiada seorang manusiapun yang mendengar darimu..

Dia kasihkan kamu…

Dia yang menenangkanmu tatkala hatimu resah menanti..

Dia memujukmu untuk sabar di waktu kamu tidak mampu menanggungnya lagi..

Dia memujukmu dengan janjiNya yg benar..

Yang telah kau yakini bahawa tidak akan sekali-kali Dia mungkiri..
 
Maka wahai makhluk bernama hati…
Bersedialah menerima sentuhan kasih dari Pemilikmu! ^_^


made-M214, 0332pm, 150kt2011
 m214, 0114am, 310kt2011


Monday, October 3, 2011

sudah lama…


Saat ini, alhamdulillah, di satu sisi,rasa lega kerana assignment yang berlambakan sejak beberapa minggu ini sudah sepenuhnya disiapkan. Menanti untuk diprint dan dibindkan je. Dan petang esok, ujian akhir kursus (uak) untuk subjek literasi bahasa. Notanya belum disentuh ye,(^_^)

Teramat bersyukur atas nikmat ketenangan ini...

Namun dari sudut yang lain. Ana kira ada sesuatu yang perlu dilakukan. Walau ana sendiri tidak pasti, apakah gerangannya.

musibah itu nikmat,
nikmat itu juga musibah..

agak keletihan? mungkin... jemu? لا ,لا....

Segera! Perlu segera dicari ubat dan solusinya. Tapi

Sejak beberapa hari, alhamdulillah, hati ini dilanda kelegaan walaupun dikelilingi dengan tanggungjawab yang nampaknya tidak penat menjengah ana. Syukru lillah, saat bahagia.

Tapi hati terdetik juga, rasa semacam je nih. Allah..

syahida..
husnuzzon billah..

*********************************************************

semalam.. di saat blogwalking..
 
 "Allah juga begitu, Allah menurunkan kesusahan, kesakitan, tanggungan kepada hambaNya, dalam keadaan hambaNya itu lalai, hanya untuk menyedarkan dan menyuruh hambaNya itu berdoa kepadaNya kerana kerinduan Allah kepada suara hambaNya"

??? masih berfikir... 
                                                  
Speechless..

" Lari dari kebaikan manusia lebih baik dari lari kerana kejahatannya. Kerana kebaikan mereka akan lekat di hati, dan akan mengganggu atau menghijab diri dengan Allah. Sedangkan kejahatan manusia hanya memedihkan dan menarik hamba itu menuju Allah."

Speechless..again..

"Sesiapa yg dapat memerangi nafsunya, keramatnya lebih besar dari berjalan di atas air dan terbang di udara”

Hanya air mata yang mampu keluar dari sepasang mata ciptaan Allah ini.

Sudah lama ana tidak melalui "proses p&p" seperti ini.

"Tanggungjawab melebihi masa yang ada".

****************************************************************

PANDANGAN ALLAH

Tidak malukah ana untuk mengaku diri sebagai umat Nabi Muhammad andai diri ini masih begini...

Di mana janji kamu?

Ke mana kau hilangkan tangisan taubatmu? Masih ingat? Teresak-esak bagai anak kecil yang kehilangan ibunya...

Engkau lupa itu?

Kau hidup seolah-olah kau tidak pernah melakukan dosa..

Seolahnya kaulah yang paling bertaqwa di pandangan Tuhanmu!

Di mana gentar hatimu pada kekuasaanNya?

Ukurlah ikhlas dirimu itu!!

Ikhlas...bak semut hitam yang berada di atas batu hitam dimalam yang gelap gelita.

 حاسبوا قبل ان تحاسبوا..
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab


*sudah lama ku nantikan saatnya*


-break for i'adah and hifz jadid- 0800pm, 01102011


baru sempat dipostkan pada 03112011, 0554pm, m214
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers