Thursday, September 22, 2011

KursuS kahWin

sis & brother in-law

قال رسول الله صلى عليه وسلم : النكاح سنتى فمن رغب عن سنتي فليس منى
  Nikah itu sunnahku..barangsiapa yang tidak suka sunnahku maka dia bukan dari kalangan umatKu”

mak andam??


keif haalukum? (^_^)

Baiklah, kali ni sekadar mahu mengingatkan, tarikh kursus pra perkahwinan ipg Kampus Tengku Ampuan Afzan sudah dekat. Jadi, bagi yang telah berjaya menempahkan kerusi untuk menduduki kursus ini, sila take note ye..

Kursus Pra-perkahwinan
Tarikh : 24-25 sept 2011
Tempat : dewan kuliah
Masa : 8.00 pagi (get ready 7.45 dah boleh jenguk dewan tu ye)

Gitu le sedikit sebanyak info untuk siapa-siapa yang berkenaan.

Buat yang 'kurang' berkenaan (a.k.a belum sampai seru untuk mengikuti kursus ni), pengumuman ni sekadar info tambahan dan sebagai batu loncatan buat antum..(^_^) rasa-rasanya ramai sahabat ana yang terasa nih. Maaf la ye, insyaAllah lain sesi kita jumpa.

Buat yang bakal mengikuti, pasang niat baik-baik, moga beroleh manfaat.

Membina beit muslim bukan perkara kecil ye sahabat-sahabat, adik-adik & wahai diri sendiri. Bermula dari pembentukan diri sendiri dulu sebenarnya, pilihlah jalan yang terbaik, yang termampu. Agar nanti benar-benar dapat membina beit muslim mengikut acuan Rasulullah s.a.w, yang diwahyukan oleh Allah, insyaAllah.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ما نهيتكم عنه ، فاجتنبوه ، وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم ، فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلهم واختلافهم على أنبيائهم . رواه البخاري ومسلم

maksudnya : apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.
* boleh lihat syarahnya dalam hadith 40 oleh imam an-nawawi ye. 

Sesungguhnya, ikutilah kursus ini untuk kebahagiaan dunia & akhirat. Amin.
   
*** To k.tin & k.piqa, barakallah lakuma***


fi ghurfati m214, 1221am, 23092011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers